Thursday, 31 May 2012

Alhamdulilah

Assalamualaikum semua..
bagaimana dengan hari anda semua?Alhamdulilah jika masih diberikan kesihatan yang baik.jadi boleh la menjalani rutin seharian dengan mengerjakan urusan-urusan dunia yang tak pernah putus-putus, tapi dalam masa yang sama jangan lupa untuk uruskan urusan disana. bagi yang kurang sihat, Alhamdulilah. setelah diberikan nikmat kesihatan ALLAH sedang menguji hambanya dengan musibah kesakitan agar tidak lupa kepadanya. adalah anda semua tahu bahawa telah menjadi ketetapan dari Allah Azza wa Jalla bahawa setiap manusia pasti pernah mengalami sakit dan musibah selama hidupnya. 

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman :
“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk ”. (QS. Al-Baqaroh : 155-157).

dulu, saya akui..saya seorang gadis yang cukup ''lenje''..dalam bahasa standardnya adalah manja. sehinggalah saya diuji dengan sakit apendiks dan dibedah.saat itu hanya ALLAH yang tahu bagaimana takutnya saya kerana saya pernah mempunyai kawan meninggal dunia kerana apendiks. Alhamdulilah, ALLAH memberi peluang untuk saya masih meminjam nikmatnya didunia apabila saya penyakit saya diketahui disaat awal dan belum lagi diperingkat teruk. diluar sana, ada juga kes yang mana pesakit apendik hanya mengetahui keadaan mereka apabila apendiks sudah pecah. dan ianya boleh membawa maut. ketika di hospital, waktu tu saya masih ingat lagi bagaimana saya menangis kerana tak boleh membuang air besar selepas dibedah, dan waktu itu lah saya sedar, kesakitan ini diberi untuk saya sedar diluar sana mungkin ada yang lebih teruk dari saya. walaupun selepas itu, saya mengalami komplikasi pembedahan dan tidak boleh menjalani aktiviti lasak lagi.alhamdulilah skarang dan boleh dan tapi tak leh over2 sgt, masih terasa sakit kekadang. tetapi saya bertuah dan bersyukur, ianya mengajar saya untuk lebih kuat dari hanya tahu merintih.walaupun sejujurnya saya takdelah sekuat mana pun, kekadang down jugak.huhu..

tapi saya nak kongsikan disini, bersyukurlah jika kita diberikan peluang ke dua selepas musibah yang melanda.Sakit dan musibah yang menimpa seorang mukmin mengandungi hikmah yang merupakan rahmat dari Allah Ta’ala. 

Imam Ibnul Qayyim berkata : “Andaikata kita bisa menggali hikmah Allah yang terkandung dalam ciptaan dan urusan-Nya, maka tidak kurang dari ribuan hikmah. Namun akal kita sangat terbatas, pengetahuan kita terlalu sedikit dan ilmu semua makhluk akan sia-sia jika dibandingkan dengan ilmu Allah, sebagaimana sinar lampu yang sia-sia dibawah sinar matahari. Dan inipun hanya kira-kira, yang sebenarnya tentu lebih dari sekedar gambaran ini”. (Syifa-ul Alil fi Masail Qadha wal Qadar wa Hikmah wa Ta’lil hal 452).

Kita selalu mendengar, '' setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya'', jadi setiap musibah yang melanda pasti ada hikmah disebaliknya. mungkin dengan dugaan yang melanda akan menguatkan lagi ingatan kita padanya. 

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :
“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah”. (QS. Al-Hadid : 22).
“Tidak ada sesuatu musibahpun yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah” (QS. At-Taghaabun : 11).

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda : “Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menetapkan semua takdir seluruh makhluk sejak lima puluh ribu tahun sebelum Allah menciptakan langit dan bumi”. (HR. Muslim no. 2653).

sejak dari kecil, mak selalu kata, '' orang sakit ALLAH sayang'', kenapa?kerana sakit yang diberi adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil yang kita lakukan. tapi bagaimana kita menerima musibah yang mendatang?Dan hikmah ini sayangnya tidak banyak diketahui oleh saudara-saudara kita yang tertimpa musibah. Acapkali kita mendengar manusia ketika ditimpa sakit dan musibah malah mencaci maki, berkeluh kesah, bahkan yang lebih parah meratapi nasib dan berburuk sangka dengan takdir Allah. Nauzubillah, kita berlindung kepada Allah dari perbuatan semacam itu. Padahal apabila mereka mengetahui hikmah dibalik semua itu, maka -insya Allah- sakit dan musibah terasa ringan disebabkan banyaknya rahmat dan kasih sayang dari Allah Ta’ala.

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).

“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. (HR. Bukhari no. 5641).

“Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”. (HR. Muslim no. 2573).

Subhannallah, besarnya rasa sayang DIA pada kita semua. kerana itulah, apabila sakit dan musibah telah menimpa, maka seorang mukmin haruslah sabar dan redha terhadap takdir Allah Azza wa Jalla, dan harapkanlah pahala serta dihapuskannya dosa-dosanya sebagai ganjaran dari musibah yang menimpanya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :

“Allah Yang Maha Mulia dan Maha Agung berfirman : ‘Jika Aku menguji hamba-Ku dengan dua hal yang dicintainya (yakni menjadikan seorang hamba kehilangan dua penglihatannya/buta) lalu ia bersabar maka Aku akan menggantikan keduanya dengan syurga”. (HR. Bukhari).

Rasulullah shollallahu alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika Allah menyukai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan, dan barangsiapa yang murka maka baginya kemurkaan”. (HR. Tirmidzi no. 2396, Ibnu Majah no. 4031, dihasankan Syeikh Albani dalam Shohih Sunan Tirmidzi II/286).


Buat teman-teman yang saya sayang, bersyukurlah jika kita ditimpa musibah.mungkin kita merasa perit tetapi diluar sana. mereka mungkin lebih perit dari apa yang kita rasa. Alhamdulilah, saya selsema hari ini. jalan di hidung mula mengalami kesesakan dan suhu badan yang mula panas menyebabkan mata yang sepet makin sepet. tapi dapat charge energy dengan tengok running man.hehe. ok dah nak start melalut. jumpa lagi di lain entry. terima kasih sudi membaca. 

eh jap , nak share ni jugak ! alhamdulilah. rezeki tahun ni : 
lepas kutip + pulas + jemur + beloh + buang kulit + goreng = dah boleh makan !! nyumm ..



SURAT CINTA : 
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman : “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat sebelummu, kemudian Kami siksa mereka dengan (menimpakan) kesengsaraan dan kemelaratan supaya mereka bermohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri”. (QS. Al-An’aam : 42).

Sakit dan musibah merupakan pintu yang akan membukakan kesedaran seorang hamba bahwasanya ia sangat  perlukan Allah Azza wa Jalla. Tidak sesaatpun melainkan ia perlu kepada-Nya, sehingga ia akan selalu tergantung kepada Robb-nya. Dan pada akhirnya ia akan senantiasa mengikhlaskan dan menyerahkan segala bentuk ibadah, doa, hidup dan matinya, hanyalah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala semata. ALLAHUAKBAR ~

Assalamualaikum sahabat :D

Wednesday, 30 May 2012

H.R. Bukhari

Assalamualaikum semua ..

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Ada beberapa orang bertanya: "Ya Rasulullah! Adakah kami melihat Tuhan di hari kiamat?" Jawab Nabi: "Adakah kamu ragu menampak matahari yang tidak ditutupi awan?" Jawab mereka: ''Tidak, ya Rasulullah!" Tanya Nabi: "Adakah kamu ragu menampak bulan di malam purnama yang tiada ditutupi awan?" Mereka menjawab: "Tidak, ya Rasulullah!" Nabi berkata: "Sesungguhnya begitulah kamu melihat Tuhan di hari kiamat." Tuhan akan mengumpulkan manusia (di hari kiamat), lalu Dia berfirman: "Siapa yang menyembah sesuatu, hendaklah diikutinya!" Lalu orang yang menyembah matahari, yang menyembah bulan dan yang menyembah berhala mengikuti pujaannya.

Maka tinggallah umat ini (yang menyembah Allah), termasuk orang-orang munafik. Maka datanglah Tuhan kepada mereka dalam rupa yang bukan mereka ketahui, lalu Dia berkata: "Aku Tuhan kamu." Mereka berkata: "Kami berlindung kepada Allah terhadap engkau. Kami akan tetap di sini, sampai Tuhan kami datang. Apabila Dia datang nescaya kami akan mengenalNya." Lalu Allah datang kepada mereka dalam rupa yang mereka kenal dan berkata: "Aku Tuhan kamu." Mereka menjawab: " Engkau Tuhan kami!" Mereka hendak mengikuti Tuhan. Maka dibentangkan titian melintasi neraka. Rasulullah saw. bersabda: "Akulah orang yang pertama melalui titian itu. Doa Rasul-rasul ketika itu ialah: "Ya Allah, selamatkan, selamatkan!" Pada titian itu ada beberapa kaitan, serupa dengan duri kayu Saadan. Sudah pernahkah kamu melihat duri kayu Saadan itu?" Mereka menjawab: "Sudah, ya Rasulullah!" Kata Nabi: "Sesungguhnya kaitan itu serupa duri kayu Saadan, tetapi ukuran besarnya hanya Allah yang mengetahui. Setiap orang disambarnya menurut amalan masing-masing. Ada yang binasa kerana amalnya dan ada yang terganggu, kemudian selamat. 


Setelah Allah selesai mengadili hamba-hambaNya dan hendak mengeluarkan dari neraka siapa yang hendak dikeluarkanNya dari antara orang yang pernah mengucapkan pengakuan bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, diperintahkanNya malaikat mengeluarkan mereka dari neraka dan dapat dikenal dengan bekas Sujud (s olat). Tuhan melarang api neraka memakan (membakar) bekas sujud itu. Lalu disiramkan kepada mereka air yang dinamakan "air kehidupan". Maka tumbuhlah badan mereka bagai bibit di atas sampah bekas banjir." Tinggal lagi seorang yang mukanya menghadap ke neraka dan dia mendoa: "Ya Tuhan! Sesungguhnya sangat menyakitkan aku bau neraka dan nyalanya membakar aku. Sebab itu, palingkanlah muka ku dari neraka!" Orang itu terus mendoa dan Tuhan menjawab: "Boleh jadi jika permintaan engkau itu Aku beri, engkau akan meminta lagi yang lain?" Jawabnya: "Demi kekuasaan Engkau, aku tidak akan meminta lagi yang lain." Lalu dipalingkan Tuhan mukanya dari neraka. Sesudah itu dia memohon lagi: "Ya Tuhan ku! Dekatkanlah kiranya aku ke pintu syurga!" Tuhan berkata: "Bukankah engkau telah mengatakan, tidak akan meminta lagi hal yang lain? Ah, anak Adam! Engkau amat penipu!" 


Orang itu sentiasa mendoa, lalu Tuhan menjawab: "Boleh jadi jika Aku perkenankan permintaan engkau itu, engkau akan meminta lagi yang lain?" Katanya: "Demi kekuasaan Engkau, aku tidak akan meminta lagi yang lain." Dikemukakan Allah perjanjian yang dikehendakiNya, ahawa orang itu tidak akan meminta lagi hal yang lain. Lalu dia, didekatkan Tuhan ke pintu syurga. Setelah dilihatnya apa yang ada dalam syurga, dia diam barang seketika. Sesudah itu dia, memohon lagi: "Ya Tuhan ku! Masukkanlah aku ke dalam syurga!" Tuhan berkata lagi: "Bukankah engkau telah mengakui tidak akan meminta kepada Ku tambahannya? Ah, anak Adam! Engkau amat penipu!" Lalu dia memohon: "Ya Tuhan ku! Janganlah kiranya, Engkau jadikan aku makhluk yang amat malang!" Orang itu sentiasa mendoa, sampai Tuhan gembira. Setelah Tuhan gembira, diizinkannya orang itu masuk ke dalam syurga. Setelah dia masuk syurga, dikatakan kepadanya: "Kemukakanlah keinginanmu selain ini" Lalu dikemukakannya keinginannya. Dikatakan lagi kepadanya: "Kemukakanlah keinginan kamu, selain ini!" Lalu dikemukakannya segala keinginannya sampai habis segala keinginannya. Lalu Tuhan berfirman: "Semua ini untuk engkau dan ada lagi tambahannya sebanyak itu pula."

(H.R. Bukhari)

Perkongsiaan dari : syahirul.com

SURAT CINTA : 
Sesungguhnya DIA MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. ALLAHUAKBAR.

Tuesday, 29 May 2012

Fesyen vs Kewajipan

Assalamualaikum semua.. 
saya terkedu, saya kelu..tatkala kawan bukan muslim saya bertanya '' kenapa perempuan tu pakai tudung tapi leher dia nampak?bukan ke kena tutup jugak?'' .. bagaimana anda? dapat anda lihat semua itu di luar sana? saya bukanlah manusia yang bersih dari dosa, saya juga bukanlah manusia yang sempurna.tapi saya berpegang kepada " skalipun kita jahat, tak kan kita nak seret orang sama buat jahat.dan jangan berubah jadi baik sorang-sorang, kalau sama-sama berubah kan bagus?'' ..dulu, saya akui tatkala tudung awning mula glamer, saya juga tidak terlepas untuk membeli.mudah dan senang untuk dipakai. tak perlu digosok. tapi saya terlepas pandang satu perkara. tudung itu singkat dan hanya tutup dada smata-mata. saya malu, baju longgar tapi dada terdedah juga.. maksudnya tudung singkat. sehinggalah suatu hari waktu ingin balik ke trg, dalam bas ayah mula menegur ''fesyen tudung gape gni?'' .. dari situ saya mula sedar satu perkara saya dah lakukan satu benda yang salah. ye..saya bertudung tapi tidak menutup aurat. sekarang, kalau kita dapat tengok, semakin ramai artis mula bertudung.Alhamdulilah. tapi apa yang cukup mengecewakan adalah apabila ada yang menyalahgunakan keadaan ini untuk publisiti semata-mata. artis diberi gelaran Idola Muslimah sedangkan hanya menutup sebahagian dari rambut dan berjambul didepan, bertudung dikatakan menjadi fesyen dan trend terkini sedangkan sejak dari dahulu lagi itulah kewajipan seorang wanita islam. menutup aurat. 


Persoalan aurat ini telah diputuskan secara jelas oleh Allah Ta’ala dalam Al-Qur’an menerusi ayat hijab iaitu ayat 30 dan 31 Surah al-Nur yang bermaksud:

30.”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..” sehingga akhir terjemahan ayat ini.

Kehendak ayat ini adalah jelas, kecuali maksud “perhiasan tubuh yang zahir” itu. Allah tidak menerangkan maksudnya, begitu juga tiada hadis qawli (ucapan Nabi ) yang sahih tentangnya. Tetapi hadis iqrari (perakuan Nabi ) yang sahih amatlah banyak sekali, iaitu perakuan Nabi terhadap para Sahabiat (sahabat wanita) yang semuanya bertudung setelah turun ayat hijab itu, seperti berikut:
Pertamanya, hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada ‘Aishah r.a.:

“Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.”
Kedua, hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Abu Dawud daripada Safiyyah bint Shaybah katanya:

“Ketika kami bersama ‘Aishah r.a., kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu ‘Aishah menyampuk: “Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw, seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka.”

Lihat tentang tafsiran dua ayat dan dua hadis di atas dalam Muhd Ali al- Sabuni, Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir, (percetakan Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.)


jika dibelek-belek majalah yang ada, ruangan fesyen mula memaparkan fesyen-fesyen untuk wanita bertudung. tapi hanya sekadar bertudung bukan menutup aurat. saya masih lagi belajar dan saya mahu kita belajar sama-sama bahawa bertudung bukan lagi tiket untuk kita menempah gelaran wanita yang yang sudah menutup aurat. sebagai seorang muslimah, bukan hanya dari segi aurat yang harus kita jaga.tetapi masih banyak yang harus kita jaga. Jadi mari kita berubah sama-sama dari satu langkah ke satu langkah yang baru, saya takmboh jd baik sorang-sorang, nok ajok awok-semua sama-sama. sebab kita ni bukan barang perhiasan, semua orang boleh tengok, tapi jom jadi yang misteri dan bila disingkat yang tersembunyi.terselindung keistimewaannya. 


SURAT CINTA : 
Dont proud being the cheap one..but you must proud being a Pure Muslimah. -LOVE-

Thursday, 17 May 2012

KHAMAR.

ASSALAMUALAIKUM semua.. 

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“ "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90).

Arak yang juga disebut “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.

Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“ “ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-
Pembuatnya,
pengedarnya,
peminumnya,
pembawanya,
pengirimnya,
penuangnya,
penjualnya,
pemakan wang hasilnya,
pembayarnya
dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)


berikut adalah beberapa hadis yang berkaitan dengan minuman haram ini , hadis-hadis ini saya gogel di intenet.dan juga saya dapatkan diruangan soal jawab di FB. jika ada sebarang kesalahan. sila betulkan saya ya. 

Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733)  ”


Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“ "Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392) ”

Daripada Abu Malik al-Ays’ari katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“ "Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis. Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera atau babi." (Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman.) ”


SURAT CINTA : 

HUKUM ORANG YANG MINUM ARAK

Dalam Qanun jenayah syar’iyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atai tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak tidak kurang dari 40 kali sebat. Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a yang bermaksud:

”Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling aku suka”.

KESABITAN KESALAHAN MINUM ARAK(KHAMAR)

Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak (khamar) adalah tertakluk dibawah tiga sebab:

i) Minuman yang diminum itu ialah khamar, iaitu minuman yang memabukkan dan yang menghilangkan akal fikiran manusia

ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminum tadi memabukkan dan menutup akal fikiran.

iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan.

Seseorang yang meminum minuman yang boleh memabukkan, dan ia tidak tahu bahawa dengan meminum minuman itu ia akan menjadi mabuk tidak boleh dikenakan hukuman had keatas orang yang meminum minuman itu, sekalipun dengan sebab meminum tadi ia menjadi mabuk.

PEMINUM ARAK YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUM HADD

Orang yang melakukan kesalahan minum arak (khamar) yang wajib dikenakan hukuman hadd adalah tertakluk dibawah syarat-syarat berikut:

i) Baligh
ii) Berakal
iii) Kemahuan sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa
iv) Minuman itu masuk kedalam rongga melalui mulut

Kanak – kanak yang belum baligh atau orang yang gila yang minum arak (khamar) tidak boleh dikenakan hukuman hadd ke atas mereka, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh dianggap sebagai perbuatan jenayah syar’iyyah yang boleh dikenakan hukuman hadd. Ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-

”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gila’.
(Riwayat Bukhari dalam Sahih)

BUKTI-BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN MINUM ARAK (KHAMAR)

Bukti – bukti yang mensabitkan kesalahan seseorang itu minum arak (khamar) yang boleh dikenakan hukuman hadd adalah sebagaimana berikut:-

1) Syahadah (kesaksian)
2) Ikrar (pengakuan)

Kesalahan minum arak (khamar) boleh dibuktikan dengan keterangan lisan yang diberi oleh dua orang saksi atau dengan ikrar (pengakuan) yang dibuat oleh oarang yang dituduh itu dengan kerelaan dirinya sendiri tanpa paksaan dari mana-mana pihak.

Saksi-saksi dari pihak pendakwa atau penuduh mestilah terdiri dari dua orang lelaki yang mempunyai syarat-syarat yang cukup. Jika saksi-saksi itu semuanya terdiri dari orang-orang perempuan atau seorang lelaki berserta dengan beberapa orang perempuan, maka kesaksian mereka itu tidak boleh diterima dan tidak boleh disabitkan kesalahan orang yang dituduh tadi, kerana kesaksian mereka itu boleh mendatangkan keraguan.


kalau kita lihat, dikedai-kedai malahan juga dipasaraya, minuman haram ini dijual secara tbuka. adakah kita mempunyai rakan-rakan yang menjadi cashier atau mungkin juga salah seorang pekerja di kedai-kedai ini?atau salah seorang kita juga terlibat dengan minuman haram ini?jika ya. sebarkan kepada mereka-mereka semua. ayuh.. kita harus bertanggungjawab.jika bukan kita, siapa lagi? :D

Monday, 14 May 2012

Hukum Bersalam.

ASSALAMUALAIKUM semua..


Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah mengenai bai’ah yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah berkata: 
” Demi Allah, tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai’atan itu. Baginda hanya membai’ah mereka dengan perkataannya: “Benar-benar telah aku bai’ah kamu atas hal itu.” (Riwayat Bukhari)

Hadith di atas amat jelas menunjukkan bahawa Rasulullah tidak bersalaman dengan wanita bukan muhrim walaupun mereka menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Rasulullah, rasulullah tidak menyambut mereka dengan bersalaman tetapi Rasulullah bersalam pula dengan lelaki iaitu para sahabat lelaki yang membai’ah baginda dengan cara bersalaman.

Dari ini membuktikan sunnah Rasulullah sekiranya berlaku pada kita wanita yang bukan muhrim menghulur tangan untuk bersalaman dengan kita atau lelaki bukan muhrim menghulur tangan kepada wanita itu bersalaman maka sunnah dan terbaiknya adalah kita TIDAK menyambut dengan bersalaman tetapi dengan memberi isyarat lain atau mengucapkan salam atau selamat kepadanya sahaja tanpa bersalam.

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari berkata: “Maksud ucapan Rasulullah: “Benar-benar telah bai’ah kamu dengan ucapan.” Adalah ucapan tanpa berjabat tangan sepertimana yang biasa terjadi, di mana lelaki berjabat tangan sewaktu bai’ah dijalankan.

Dari Abdullah bin Amr bin al-Asr. berkata: “Rasulullah tidak pernah berjabat tangan tangan dengan perempuan dalam pembai’atan.” (Riwayat Imam Ahmad)

Dalil kedua,Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan. Ucapanku kepada seorang perempuan seperti kataku pada seratus perempuan.”(HR Ibnu Hibban, Malik & Nasa’i)

Dari Ma’qil bin Yasaar katanya, “Rasulullah telah bersabda: “Sesungguhnya jika dicerca kepala salah seorang dari kamu dengan alat dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahramnya).” (HR At-Thabrani & al-Baihaqi, sahih).

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah bersabda: “Sudah ditakdirkan bagi anak cucu Adam bagian dari zina yang pasti akan menimpanya. Kedua mata, zinanya ialah memandang; zina dua telinga ialah mendengar; zina lisan ialah ucapan zina tangan ialah menyentuh; zina kaki ialah melangkah; zina hati ialah menginginkan sesuatu, berangan-angan dan farajnya membenarkan atau mendustakannya.”

Rasulullah juga bersabda: “Tidak pernah aku menyentuh tangan perempuan (ajnabi/bukan mahram)” (HR At-Thabrani, dari Uqailah binti Ubaid).

*hadis-hadis ini saya ambil diinternet di ruangan soal jawab agama, jika ada sebarang kesilapan.sila tegur ya :)

Dalil-dalil di atas adalah untuk menunjukkan pengharaman bersalam lelaki dengan wanita yang bukan muhrim.jadi dengan siapa kita boleh bersalam?jom kita lihat : 




SURAT CINTA : 
ISLAM itu tidak memberatkan malahan banyak memudahkan kita, tetapi kita pula jangan ambil mudah. :)

Friday, 11 May 2012

Kenduri Kahwin

ASSALAMUALAIKUM semua..

sebelum saya berceloteh panjang lebar, teruja untuk berkongsi disini, SAYA AKAN BERKAHWIN.INSYA ALLAH.bila masa yang dirancang dan tertulis itu tiba.sampai lah jemputan walimatulurus tu*ok tengah kira bulan.ngeee :) *(ceh..saje nak bikin gempak).jadi hint awal-awal dah bagi, celoteh kali ini adalah berkenaan PERKAHWINAN(HUTANG ATAU BERKAT).*dah macam program bual bicara la pulak ye.huhu. siapa yang tak nak kawin kan?semua orang nak kawin dan semua orang sebenarnya bakal berkahwin.cuma masanya sahaja belum tiba, atau sedang dalam perjalanan untuk tiba atau sedang menghampiri dan dah tersangat-sangat hampir.INSYA ALLAH.

Bagi yang sedang membuat persiapan perkahwinan pastinya pelbagai perancangan sedang bermain difikiran.semakin hari kita dibuai cerita-cerita ''wedding of the year'' yang mana baju pengantin sahaja dan sama harga dengan jumlah pinjaman PTPTN.*eh?huhu..tu belum lagi kek bertingkat-tingkat, pelamin..bla..bla..dah akhirnya lepas kawin nanti get ready ye suami-suami di luar sana. kalau tak gugur rambut.agak-agak sampai cucu ke berapa baru habis nak bayar hutang.tu belum campur hutang coki-coki lagi tu.eh?*PESANAN PENAJA : DAH HUTANG JANGAN LUPA BAYAR :)

seriously, sepanjang saya membesar dan menjadi besar sehingga sekarang, saya difantasikan dengan majlis kawin yang memang gah-gah, dikampung atau juga dibandar.sehinggalah saya dibukakan mata tentang majlis perkahwinan yang BERKAT dalam ISLAM itu bagaimana. dulu bila ke kenduri kawin, satu sahaja soalan yang sering bermain diminda saya.''kenapa lepas makan kena pergi bagi duit kat pengantin?mcm kedai makan pun ada''..dan hari ini saya tahu bahawa ianya hanyalah adat. 

ADAT?YES..ADAT yang semakin hari semakin menengelamkan apa yang seharusnya kita lakukan sebenarnya dalam mencari keberkatan sesebuah perkahwinan. ''kalau tak buat grand-grand nanti orang mengata'', percaya tak kalau saya cakap, dalam 10 orang, susah nak jumpa sorang yang tak akan berfikir mcm ni?kenapa?kerana kita semua semakin hari lupa KEREDHAAN siapa yang harus kita cari. meh kita baca ape kata ENCIK dari Syahirul.Com :)


Rasulullah s.a.w bersabda: Adakanlah walimah (kenduri kahwin) sekalipun dengan seekor kambing. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Seekor kambing nilainya sama seperti 1 dinar emas. dalam lingkungan rm700-rm800 sahaja. seekor kambing boleh dimakan oleh berapa orang? tak ramai bukan? jadi itulah seminima yang mampu untuk seseorang melangsungkan kenduri kahwin. kenduri ni sunat, tak buat pun takpe, namun ia sunat yang dituntut untuk buat. kenduri ni tujuan menghebahkan bahawa lelaki dan perempuan ini telah sah bernikah.

Dalam kehidupan seharian masyarakat akhir zaman ini, ramai yang terpedaya dengan mengikut nafsu walaupun ia seorang yang faham agama. Ini kerana adanya dalam diri sifat 'mengharap keredhaan manusia' lebih dari 'mengharap keredhaan Allah'. Oleh kerana itu, maka ramai golongan muda yang ingin bernikah 'disusahkan' dan 'dilambatkan' dengan 'pandangan manusia' ini kerana terpaksa menurut hawa nafsu mereka dalam hal perkahwinan dengan terpaksa mencari harta sampai cukup, walhal islam tak pernah membebankan umatnya.

Jom kita berubah dan cuba sedikit demi sedikit mengikut sunnah, yakni mahar yang murah yakni yang berkat, dan kenduri yang semampunya dari kedua pihak. Di samping itu kita buang semua amalan yang bercanggah dalam perkahwinan seperti bersanding, tabarruj, ikhtilat lelaki dan perempuan, "selamat pengantin baru", berlebih-lebihan, pembaziran, kemegahan, dll..

Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api. (H.R. Tirmidzi)



Jadi, apa yang nak dibimbangkan dengan kata-kata orang atau desakan nafsu sehingga sanggup berhutang. apa guna majlis meriah tapi segalanya hanya pinjaman yang menanti untuk menjerut leher selepas hari bahagia yang hanya seketika. hutang cokelat 20 sen belum tentu dah bayar ke tidak.ni pulak beribu. jadi renung-renungkan dan selamat beramal :) *sila komen jika  ada yang tidak kena, tapi jangan mencarut okeh?! good ! wassalam (_)v


SURAT CINTA : 
NAK KONGSI YANG NI JUGAK BOLEH? :)

mak ayah, saya nak kahwin.. janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

mak ayah, saya nak kahwin. janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

mak ayah saya nak kahwin.jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

mak ayah, saya nak kahwin. walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

mak ayah, saya nak kahwin.. jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

mak ayah, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.

mak ayah, saya nak kahwin.. dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.

mak ayah, saya nak kahwin.. percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.


mak ayah, saya nak kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.

mak ayah, saya nak kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.

mak ayah, saya nak kahwin.. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.

mak ayah, saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.

mak ayah, saya nak kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.

mak ayah, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.

mak ayah, saya nak kahwin. tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan ayah, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan ayah ini, amin. 

Tuesday, 8 May 2012

HARI IBU

ASSALAMUALAIKUM semua.
tiba sahaja bulan mei, kedai-kedai cenderamata mula dipenuhi hadiah-hadiah buat ibu-ibu diluar sana, rancangan televisyen mula memaparkan rancangan-rancangan sempena Hari Ibu. secara logiknya, adakah pada hari ini sahaja para ibu yang bertarung nyawa melahirkan kita dilayan dengan istimewa? mari kita lihat apakah makna sebenar disebalik sambutan HARI IBU atau MOTHER'S DAY ini : 

menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Maksudnya di sini ialah.. bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]

''Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”

Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.''

Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]

SUMBER HADIS : DAKWAH ISLAM

SURAT CINTA : 
ha..meh kita pakat dengo pulok Ustaz Azhar kate gape :)


kalau kita belikan mak kita emas permata, belum terbayar lagi harga susu yang diberinya tatkala kita merengek kelaparan. jika kita berikan wang berjuta-juta, belum tentu terbayar lagi penat lelah dia menjaga kita dari kecil. kerana itu, setiap hari adalah hari istimewa untuk ibu dan juga ayah kita. sayangi mereka dan hargailah mereka ketika mereka masih ada. saya sayang mak ayah saya. anda? 




Monday, 7 May 2012

Tuan Guru AL-Fadhil Ustaz Azhar Idrus.

ASSALAMUALAIKUM semua..


rasanya tak perlu ditanya kenal atau tidak dengan insan dibawah kerana mendengar namanya sahaja sudah dapat membayangkan celotehnya yang bukan sahaja 1001 pengisian tetapi juga mengundang fenomena dalam kalangan  semua peringkat usia. siapa tidak kenal dengan USTAZ AZHAR IDRUS atau UAI. orang ganu kiteee tuu !! :)


di facebook, hampir setiap hari ada sahaja persoalan yang diutarakan kepada beliau dan sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kita juga untuk mengambil ilmu dari persoalan yang dijawab oleh beliau. jadi dari sini kita dapat lihat bahawa anak-anak muda pada hari tidak hanya sekadar menghabiskan masa berfacebook sahaja tetapi ada manfaat dan kegunaan yang boleh diaplikasi untuk belajar ketika berfacebook.anda semua bagaimana? pernah menjengah ke page beliau? jika belum..ayuh..jum ke sini : Ustaz.Azhar Idrus Original . Insya Allah, kita boleh sama-sama belajar dan mengambil ilmu dari sini. :)


Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.


Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga. 

kisah ini kita semua boleh jadikan motivasi untuk kita teguhkan semangat untuk berubah menjadi lebih baik dari hari semalam. takut disindir?takut dihina?ha..meh kita dengor gape ustaz azhar pesan : 




siapa cakap setiap manusia tak boleh berubah? lihat.. persoalannya adalah bukan siapa kita pada masa lalu tetapi siapa kita pada hari ini..sebenarnya saya tertarik untuk berkongsi kisah tentang beliau bukan sahaja sebagai motivasi kepada anda semua tetapi juga kepada diri sendiri. setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. siap kita untuk menghukum manusia lain sedangkan kita sendiri masih lagi banyak khilafnya. jadi jangan takut untuk melangkah menuju ke jalan yang lebih baik. ingat. jangan hanya terduduk. kerana kejayaan tidak datang bergolek dan ilmu tidak hanya jatuh ke riba jika tidak digali. jadi apa kata kita DELETE sahaja kata-kata hina dari orang lain dan OPEN NEW TAB untuk kita SEARCH kehidupan baru yang lebih baik. ayuh.sama-sama POSITIF !! :) 





SURAT CINTA : 

sebelum kita tutup cerita pada hari ni. jom kita tengok dan baca beberapa pesanan dan perkongsiaan ilmu dari UAI. gambar-gambar beserta kata-kata ini bukan saya edit sendiri tapi saya dapat dari perkongsiaan kawan-kawan yang sama-sama belajar dan terus belajar.  








nak lagi?hah..pakat-pakat la tengok etek page ustaz.kita facebook sambil belajo agama. :) 

Saturday, 5 May 2012

KELEBIHAN BERSELAWAT.

ASSALAMUALAIKUM semua..

Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim. 



Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata pula Mikail A.S. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”

Berkata pula Israfil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.”

Malaikat Izrail A.S pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.” 



SURAT CINTA : 
Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.) 

Allahuakbar..mudahnya untuk kita semua mencari bekalan untuk yang disana. bagaimana saudara-sudara ku semua? jom kita sama-sama mencari bekal untuk dibawa ke sana.ala..bukan susah pun kan? 2 3 lagu kita boleh hafal, tak kan kita tak boleh luangkan masa untuk berselawat buat junjungan Mulia kita. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.Aminn ya Rabbalalaminn . 

Wednesday, 2 May 2012

KITAB SUCI-ALQURAN ~

ASSALAMUALAIKUM semua..
teringat zaman kanak-kanak dahulu, setiap petang selepas habis waktu sekolah. dengan bergaun dan berseluar, mak pakaikan tudung berbunga-bunga untuk aku pergi mengaji. kalau dulu time mengaji, aku lah yang paling selalu kena marah sebab sampai lambat tapi nak balik awal.huhu.. zaman semakin berubah..segalanya berubah..pembangunan disana sini.. tapi yang pastinya Al-Quran terpelihara dan susunannya tidak berubah-ubah dan tidak boleh dipinda atau dihapuskan. tapai bagaimana dengan kehidupan kita semua pada hari ini? emak selalu mengingatkan '' bacalah walau sepotong ayat''.. dan adakalanya aku yang terleka dan lalai..khilafnya aku :(

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang berbunyi:

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:
Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia. 

sebagai seorang umat islam, cuba bandingkan dan kira berapa minit yang kita ambil setiap hari untuk menghayati dan mengalunkan ayat-ayat suci ini? kita punya masa untuk berhibur, kita punya masa untuk berjalan-jalan ke sana ke mari, kita punya masa untuk dunia..tetapi bagaimana dengan masa menyiapkan bekalan untuk ke sana?


Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir. Disini aku ingin berkongsi beberapa riwayat hadis yang menunjukkan betapa besarnya kemuliaan AL-QURAN kepada kita semua..

Dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman:

Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus.
(Surah Al-Maidah: 14 &15)

Firman Allah S.W.T lagi:

Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.
(Surah Al-Baqarah: 2)
Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehdupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.” 

pernahkah anda membaca kisah-kisah bagaimana saudara-saudara mualaf kita mendekati islam, ada di antara mereka yang mengkaji AL-QURAN sehinggalah akhirnya jatuh cinta pada kesempurnaan ayat-ayat suci ini.. masih lagi aku simpan nota-nota yang diberi ketika aku   mengambil subjek PENGAJIAN AL-QURAN di Unisel dibawah bimbingan Ustaz Abd. Rahman. semalam tatkala menyipan nota-nota lama, mata terpandang nota tentang tentang kelebihan membaca ayat-ayat suci AL-QURAN ...

Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya.

Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.

Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat. Ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.

Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.

alangkah ruginya kita jika masa 24 jam yang kita ada, tidak kita luangkan untuk duduk dan hayati seketika ketenangan ayat suci ini..bagaimana nanti jika masa yang ada ini sudah tidak mampu kembali lagi? 

Dalam hadis Rasulullah s.a.w baginda ada menyebut tentang orang yang tidak ada langsung membaca Al-Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat-ayat Al-Quran seperti rumah yang kosong dari penghuni.

Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong.

SURAT CINTA : 
Diriwayatkan dari Tirmizi dari Abdullah bin Masud daripada Rasulullah s.a.w telah bersabda sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah (Al-Quran) maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

ALLAHUAKBAR..mudahnya untuk kita mencari pahala, jadi ape tunggu lagi? jom :)

kredit to : gambar-gambar AL-QURAN diatas saya copy dari gogel. dan rasanya diedit oleh Blogger terkenal dari indonesia iaitu cik Dian Pelangi.