Tuesday 13 March 2012

Puisi Buat Rakyat Kelantan.

ASSALAMUALAIKUM semua..
cuti sekolah pun bermula..hehe..it's good to be homeeeeeee !! kemalasan bertambah-tambah bagai lemak yang semakin dipam-pam bila duk kat umah.masakan mak memang mengoda perut.hoho..

baiklah..straight to the point.tertarik untuk berkongsi isu negeri kelantan baru-baru ni yang dikatakan ''negeri termiskin''.ops..sebelum tu jangan salah anggap.ini bukan cerita isu politik.sebarang kata-kata kesat dilarang ya.sebenarnya saya pun agak ketinggalan tentang isu ni, tapi bila bukak internet sana sini duk share berita ni.agak terkejut jugak.dan sememangnya ini satu juga penghinaan bagi rakyat kelantan tapi rakyat kelantan seharusnya tersenyum lebar kerana kebenarannya adalah :  

ok.senyum semua. klikkk !!..buat jiran negeri saya, pedulikan segala kata-kata penghinaan tu & bersyukur dengan nikmatNYA. :)
kita tutup cerita sedih.kita bukak cerita baru. Baru-baru ini Oki Setiana Dewi datang ke kelantan.kejelesan yang melampau kerana teringgin juga nak jumpa dia.oh syaimaa..saya jeles sama kamu :(. 

siapa OKI SETIANA DEWI? meh meh jom kita kenal dia.jika anda peminat sinetron indon.pasti kenal dong sama dia.pernah nonton ''KETIKA CINTA BERTASBIH''?..ha..klu ni.ingat dah?


untuk pengetahuan semua, selain daripada menjadi seorang pelakon, beliau juga merupakan penulis. antara karya beliau adalah Pelangi Catatan Hati. kedatangan beliau ke KELANTAN pastinya meninggalkan 1001 kenangan yang cukup manis & penghormatan yang pastinya berbekas di hati rakyat kelantan adalah puis indah yang di syairkan khas buat rakyat cik siti wan kembang.



SUMBER : KapanLagi.com

SURAT CINTATanpa perpaduan yang erat akan mewujudkan pelbagai masalah kepada masyarakat dan mengundang kepada perpecahan. Masyarakat yang lemah bermula dengan konflik persaudaraan yang wujud dalam sesebuah negara dan akhirnya ia akan melahirkan bibit perpecahan dalam interaksi perhubungan komuniti.kita melaungkan '' bersatu bersatu'' sedangkan dalam masa yang sama kita mewujudkan perpecahan.

Yusuf al-Qaradhawi dalam karyanya “Wabak Kemiskinan Dan Cara-cara Islam Merawatinya, 1988” menjelaskan, Islam menjadikan orang yang ada hubungan persaudaraan dan pertalian kaum kerabat sebagai golongan yang bersatu padu dan saling memikul tanggungjawab bersama. Individu yang kuat membantu yang lemah dan yang kaya pula membantu yang miskin. Itulah yang mendorong mereka kepada saling bersimpati dan tolong–menolong serta mengukuhkan ikatan antara mereka. Jelaslah di sini menunjukkan betapa Islam itu menekankan peri pentingnya komponen-komponen asas bagi menerapkan roh persaudaraan di kalangan umatnya. Oleh yang demikian sekiranya asas-asas ini dicemari dengan elemen yang boleh menjejaskan keharmonian dalam persaudaraan maka ia akan melahirkan satu entiti masyarakat yang bersifat individualistik. Ini disebabkan pembangunan manusia didorong kepentingan material dan tidak diseimbangkan dengan pembangunan insan yang ideal.

kita semua adalah bersaudara.berlainan negeri ,loghat & juga tempat kelahiran.kita masih dibumi dan di negara yang sama.jika kita yang menjatuhkan bangsa & saudara kita sendiri.bagaimana jika nanti negara lain memulakan perang?kita masih mahu bertikan sesama sendiri?

Dalam sebuah hadis ada menyebut tentang kerjasama dan bertimbang rasa dengan jiran dan sahabat-handai. Sabda Nabi s.a.w. yang maksudnya:“Hak jiran jika ia sakit hendaklah diziarahi, jika ia meninggal dunia, hendaklah dihebahkan kematiannya, jika ia minta pinjam hendaklah diberi pinjam, jika ia berada dalam kesusahan hendaklah menolongnya. Jika ia mendapat kebaikan hendaklah mengucapkan tahniah, jika ia ditimpa kesedihan hendaklah mengucapkan takziah, janganlah engkau meninggikan binaan rumah engkau melebihi binaan rumahnya kerana itu akan menghalang angin ke rumahnya. Janganlah engkau mengganggu dengan bau masakanmu kecuali engkau berikan sedikit kepadanya.” (riwayat al-Munziri)

Begitu juga dalam hadis yang lain, diriwayatkan oleh al-Hakim yang bermaksud:“Sesungguhnya Allah mengharamkan atas orang Mukmin darah, harta dan harga diri sesama Mukmin, dan (mengharamkan) berprasangka buruk kepadanya”.

KITA ADALAH BERSAUDARA.CUBIT PEHA KANAN, PEHA KIRI PUN TERASA SAMA .

-LOVE-

2 comments:

  1. btul2..ada jgk terbaca ttg negeri kelantan yg d katakan miskin tu tp kebenarannya rumah2 banglo kat kelantan ramai di huni org melayu kan.

    entah kenapa tp sy suka jalan ke kelantan..rs tenang je wpun kat sna xde pun tmp2 menarik =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka sgt bila balik kelantan,.mcm2 makanan terhidang.walaupun manis..hehe

      Delete