Thursday 1 March 2012

Buah Hati Pengarang Jantung

Bismillahirrahmanirrahim..

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.


Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik. Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.


Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini... pimpinlah hati hambaMu ini... pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.


Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbal Alamin.
.............................................................................................................................

BUAT MUHAMMAD HAFIZ AMIN BIN  MOHD SOBRI

kehadiran putera ke tiga melengkapkan 
3 Putera dan 3 Puteri
Mohd Sobri & Norizam
dimanja dan ditantang semua beradik
itulah hero kami
menginjak ke usia semakin dewasa
jejak langkah abg menjadi inspirasi
gelanggang sukan mahu ditawan
gelak tawa celoteh matang
mejadi kerinduan abg dan kakak di kala berjauhan.
SELAMAT HARI LAHIR ADIK..
KAMI MENDOAKAN YANG TERBAIK UNTUK MASA DEPANMU .
WE LOVE U SO MUCH !!








SURAT CINTA : Ayah kata : '' kawan kita boleh jumpa ramai, tapi adik beradik kita tak boleh cari yang sama mcm yang kita ada'' :) .. ILOVEUFAMILY-LOVE-

3 comments:

  1. happy birthday adik :D
    mmg keluarga adalah segala-galanya...sampai bile2 pun & apa yg kite semua buat arini adalah utk anak2 & keluarga kite... :D

    tersentuh bace entry nurul :)
    selamat berkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik juju :)
      terima kasih juga sudi membaca.
      dalam dunia ni kita akan dapat ramai kawan tapi belum pasti kawan yang akan ada waktu kita senang sahaja atau sanggup susah bersama. tapi adik beradik adalah ikatan yang kita akan bawa ke mati.dan pastinya susah dan senang mesti bersama :)

      Delete
  2. setuju sgt....
    mereka lah segalanya.sush sng mereka stiasa bersama kita.
    syg mereka smp syurga =p

    ReplyDelete