Sunday 12 February 2012

Hari CINTA.

ASSALAMUALAIKUM semua..


Apabila Februari tiba, kita dibulan berkasih sayang.oh..betulkah jolokan yang diberi?adakah hanya dibulan FEBRUARI sahaja untuk kita menghargai insan-insan teristimewa dalam hidup kita? dan disana sini mula lah Beruang kutub beruang selatan dijual, pakwe-pakwe mula saving untuk belikan selori bunga, kilang coklat busy buat overtime nak siapkan lebih banyak tempahan, sana sini lagu-lagu cinta mula kedengaran..dan sayitan-syaitan mula ''let's get party babeh''...



Budaya menyambut Hari Kekasih ini semakin popular dari semasa ke semasa. Anak-anak muda yang baru mencecah usia baligh pun sudah tahu apa itu Valentine, sedangkan pada masa yang sama mereka masih terpinga-pinga apabila ditanya tentang tarikh kelahiran Rasulullah s.a.w. Apabila menjelangnya bulan Februari, didapati iklan-iklan tentang sambutan Valentine's Day ini boleh didapati dimana-mana, yang sekaligus menyemarakkan jiwa remaja untuk menyambutnya. Media arus perdana juga tidak ketinggalan dalam menghidangkan promosi secara besar-besaran melalui iklan dan tayangan filem yang berkisar tentang perayaan ini.

Mengikut sejarah, Valentine atau nama sebenarnya St. Valentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Paderi besar Pope. Ada beberapa versi yang mengaitkan paderi St. Valentino ini dengan sambutan Valentine's Day. Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap sesuatu yang tidak boleh dilupakan dan sangat bermakna. Sehubungan dengan itu, tanggal 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum untuk merayakan kemenangan tersebut pada setiap tahun, sekaligus dapat mengenang jasa St. Valentino itu.

Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaannya menumpaskan kerajaan Islam Sepanyol, dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam, manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana berlainan agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila beliau ditanya tentang bentuk ganjaran yang beliau inginkan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan bahawa dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu. Perkara ini menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengikut mazhab Protestan, apatah lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.

Ratu Isabella murka dengan hasrat St. Valentino itu, lantas memerintahkan agar beliau dipenjarakan. Namun, baginda tetap mahu mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan tarikh 14 Februari sebagai 'Hari Mengingati Kekasih' yang ditujukan khas untuk memperingati St. Valentino.

Versi yang seterusnya menyatakan bahawa pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentino dibunuh kerana penentangannya terhadap penguasa Rome pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Ekoran daripada itu, St Valentino telah dianggap sebagai simbol ketabahan dan keberanian dalam menghadapi cabaran hidup, lalu untuk mengagungkannya, para pengikutnya telah menjadikan tarikh memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.

Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang bermaksud: 'Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.' 

SURAT CINTA : jika hanya ibu & ayah hanya diingati ketika ulangtahun kelahiran mereka, suami pula hanya dibelai manja hanya ketika hari berkasih sayang 'kononnya'', insan-insan teristimewa hanya istimewa dihari-hari yang setahun sekali tiba.adakah mereka hanya untuk dihargai setahun sekali? Setiap hari adalah hari untuk kita bersama-sama menghargai mereka yang kita ada.semalam telah berlalu.esok belum pasti ada.jangan biarkan kehilangan yang memberi kita pengajaran yang tak dapat ditebus. -LOVE-

No comments:

Post a Comment