Sunday 5 February 2012

Harga Sebuah Cita-cita~

ASSALAMUALAIKUM semua..
SALAM MAULIDUR RASUL 1433H..semoga kita bukan hanya mengingati & berselawat di fb, ketika berarak dan hanya ketika tibanya hari kelahiran baginda sahaja. apa cerita menarik hari ni di surat khabar?tertarik untuk berkongsi kisah yang nampaknya semakin hangat & menjadi perhatian.jom layannnn...

TENGKU ABDULLAH (tengah) bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Exco FAM, di Kuala Lumpur semalam.

18 PEMAIN TERLIBAT RASUAH 

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah mengenalpasti 18 pemain dan seorang jurulatih yang didapati terbabit dalam skandal rasuah pada saingan Liga Malaysia musim lepas.
Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menjelaskan bahawa pemain dan jurulatih berkenaan akan dikenakan hukuman penggantungan antara dua hingga lima tahun.
"Hukuman tersebut dibuat selepas mengambil kira pandangan serta nasihat Jawatankuasa Disiplin FAM.
"Pemain dan jurulatih berkenaan akan diambil tindakan dan senarai nama mereka akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur semalam.
"Ini membuktikan keseriusan FAM untuk memerangi gejala rasuah dalam bola sepak. Saya berharap ia akan memberi pengajaran kepada pemain dan pegawai yang terlibat dalam semua kejohanan kelolaan FAM," titah baginda.
Pemain-pemain terbabit terdiri daripada enam pemain dari pasukan Negeri Sembilan dan seorang jurulatih, pasukan T-Team (enam) dan pasukan MP Muar (enam).
Terdahulu, Tengku Abdullah telah menyampaikan sumbangan kepada dua badan kebajikan NCWO Negeri Sembilan dan Yayasan Kemiskinan Kelantan dan mereka masing-masing menerima cek bernilai RM50,000 hasil kutipan tiket daripada Piala Sumbangsih 2012.
Pada awal bulan lalu, saingan bola sepak tempatan turut dikejutkan dengan aktiviti mengatur perlawanan membabitkan perlawanan antara Perlis dengan Majlis Perbandaran Muar (MP Muar) dalam aksi pembukaan Liga Premier musim 2012.
Pada perlawanan tersebut, pemain Perlis yang dibelasah sehingga tujuh gol oleh MP Muar mengakui terdapat penglibatan bookie dalam mengatur keputusan perlawanan tersebut.
Tidak mahu gejala tersebut berlarutan, Presiden Persatuan Bola Sepak (PFA) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mengambil tindakan segera mengadakan perjumpaan dengan semua pemain selepas perlawanan tersebut yang membawa kepada pengakuan bahawa terdapat segelintir pemain dipancing oleh seorang bookie.
Ekoran pengakuan tersebut, beberapa pemain Perlis telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tunjuan penyiasatan.
Setakat ini, kes membabitkan pemain Perlis masih dalam proses penyiasatan.
sumber : KOSMO ONLINE

..................................................................................................................................................................

Ertinya:
Daripada Muazd Bin Jabal r.a. berkata, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ambillah pemberian itu selama ia masih sebagai pemberian. Tetapi apabila ia telah menjadi rasuah dalam pandangan agama maka jangan kamu mengambilnya. Namun kenyataannya kamu tidak akan dapat meninggalkan rasuah itu kerana kamu takut fakir dan kamu sangat berhajat untuk mengambilnya”.
H.R. At Thabrani dan Abu Nuaim
Keterangannya:
Di akhir zaman rasuah akan menjadi-jadi di masyarakat dan wang  mempunyai kuasa untuk membeli pangkat dan kedudukan dan wang juga diperlukan untuk mendapat kemudahan dari pihak yang berpangkat dan berkuasa. Wang telah menjadi Tuhan yang disembah oleh setiap orang yang tamak dan rakus. Dalam keadaan yang sebegini rupa, orang sudah tidak mempedulikan sesiapa. Maka musnahlah akhlak dan runtuhlah segala budi dan yang wujud hanyalah kezaliman dan penindasan dari setiap lapisan terhadap lapisan yang memerlukannya.
..................................................................................................................................
SURAT CINTA : anda masuk ke dunia yang anda pilih, anda bawa bersama harapan dan doa mereka-mereka yang sayangkan anda.anda tempah tiket glamer & kejayaan bukan hanya dengan satu sepakan.kemudiannya anda menjadi harapan mereka yang mahu lihat anda berjaya.semalam anda gugurkan titisan air mata kegembiraan mereka-mereka yang sayangkan ada.tapi hari ni? jika cita-cita dan sebahagian dari hidup anda punya harga hanya diatas sehelai kertas & kepingan wang kertas yang boleh dikira.MARUAH ANDA BAGAIMANA? -LOVE-

No comments:

Post a Comment