Tuesday 21 February 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SKTBT.

ASSALAMUALAIKUM semua..
baru berkesempatan nak menyapu sawang-sawang diblog ni.ceh.baru je beberapa hari tak update.huhu.sebelum terus merepek dan membuatkan mata anda bertaik mata bila membaca, kita teruskan ke berita yang agak terlewat beberapa hari iaitu pada hari JUMAAT yang lalu bersamaan 17 FEBRUARI telah diadakan MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH TAMAN BUKIT TERATAI

Jadi sebagai guru pelatih disana, keinsafan mula muncul tatkala menyedari mcm ni la perasaan cikgu-cikgu bila nak kawal kita semua time berarak sambut MAULIDUR RASUL dulu.huhu. macam-macam kerenah ada : 
'' baju saya lagi cantik dari cikgu''
''cikgu-cikgu, samping saya terlodeh''
''cikgu-cikgu, warna baju kita sama,cikgu tiru saya eh?''

waktu berarak lain pula ceritanya :
'' cikgu-cikgu, saya nak balik.mak saya marah jalan jauh-jauh''
''cikgu nak kencing''
''cikgu dukung boleh tak?''
''cikgu dah penat,nak balik rumah''

ingat senang jadi cikgu?tu belum lagi nak suruh berbaris.bila suruh selawat ada yang tak tahu tapi gi baca ABC pulak =_='' *semangat belajar melampau-lampau.

tapi semua ni bila dikenang balik,mereka-mereka semua buat saya dan kawan-kawan tersenyum sendiri.Tak nak berleter panjang.layankan beberapa gambar yang sempat di KLIK !! 

 semua bergaya sakan dengan baju raya..kalah cikgu.murid india kelas kami pula terlibat dengan aktiviti moral bagi murid-murid bukan islam.

hah..ni dia hero-hero & heroin Permata & Mutiara

 Guru Penbimbing kami iaitu Cikgu Muzirah & Cikgu Nizam bersama Guru Besar SKTBT iaitu Puan Nik Aziah.
 waktu mula-mula berjalan semua dalam barisan lagi.

Cikgu Aza & Cikgu Wan mengawal budak-budak yang asyik terpesong ke lain nak berjalan 

 sakit kaki wooo jalan..tapi duk tgelak je dengan gelagat budak-budak ni..haha

 YEAHH..kami berjaya sampai dah !!

 anak-anak PERMATA yang keletihan tapi masih semangat nak bergambar 

 kami serasi..cikgu suka bergambar..anak murid pun sama.haha
 pose yang tak boleh tinggal -PEACE- !
 ni pun ada lagi yang masih nak bergambar ! hehe
 Murid-murid SKTBT 

 TOKOH MAULIDUR RASUL LELAKI KELAS KAMI : FATEH FATIHIN :)
TOKOH MAULIDUR RASUL PEREMPUAN KELAS KAMI : ALEYA AMANI tapi AISYAH mewakili dia untuk ambik hadiah .

kami juga memenangi tempat ketiga bagi kategori sepanduk..ALHAMDULILAH.tak dijangka menang kerana berlaku satu kemalangan pandangan yang tak ada sape-sape cedera tapi terlepas pandang..boleh anda kenalpasti? 


SURAT CINTA : Kalau sanggup berkorban kerana manusia, kenapa tidak sanggup berkorban kerana Allah? Pasti ganjarannya lebih lumayan.Allah loves you. Buktinya, Dia menciptakan kita sebagai MANUSIA, semulia-mulia makhluk.Bersyukur kita bernafas dan masih merasai nikmatNYA pada hari ini.-LOVE-

2 comments:

  1. assalam ....
    good sharing ...
    comel betul anak2 murid cikgunyaaa..
    heee..memang meriah kalau ada kanak2...tgk gelagat masing2 .

    siap ada tokoh maulidur lagi..bagus2....
    moga anak2 ni jadi anak yg soleh & solehah yg boleh pimpin negara kita masa akan datang....

    ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..terima kasih sudi membaca.alhamdulilah..semoga mereka semua menjadi anak-anak yang soleh dan solehah :D

      Delete