Monday 23 January 2012

Resdung~

ASSALAMUALAIKUM semua..
sebelum kita memulakan bebelan yang akan membuatkan anda semua menyampah sambil garu-garu gigi, pernahkah anda semua mengalanami situsi dibawah?

  • Hidung tersumbat dan kerap bersin.
  • hidung kerap berhingus terutamanya apabila makan benda pedas.
  • hidung kerap berdarah dan bernanah.
  • rambut gugur dan kelemumur.
  • sakit kepala.
  • jerawat pada belakang badan.
  • muka terasa gatal seperti ada benda merayap dan jerawat bernanah pada muka.
* salah satu keadaan yang akan dialami oleh pesakit resdung

Jika pernah,anda adalah salah seorang pesakit Resdung.apa itu Resdung?

Penyakit resdung atau kalau kat kg saya orang panggil 'seduan'' ialah penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus (dinding sinus).Sinus ini adalah rongga dalam bahagian muka anda yang mengandungi udara.Permukaan sinus ini diselaputi kulit yang mengeluarkan mukus atau pun hingus.Resdung terjadi akibat daripada alahan kepada habuk,makanan,asap,jangkitan pepijat,hama atau kutu.Sekiranya dibiarkan atau pun tidak dirawat dengan sewajarnya,radang  pada ruang sinus akan merebak sehingga ke seluruh bahagian kepala pesakit.Ia menyebabkan radang pada tulang tengkorak yang dipanggil osteomyelitis .Radang ini akan merebak ke bahagian mata yang mengakibatkan kelopak mata sakit dan membengkak.Pandangan akan menjadi kabur dan boleh menjadi buta sekiranya sampai pada tahap kronik.Radang ini juga boleh merebak ke selaput otak yang mengakibatkan meningitis.*Sekiranya resdung dibiarkan,ia juga boleh membawa maut.

Antara punca resdung yang telah dikenalpasti adalah:
  • Jangkitan kuman dan virus yang berulangkali pada rongga hidung,menyebabkan seseorang itu mendapat demam dan selsema
  • Struktur tulang hidung yang abnormal seperti patah akibat kemalangan dan sebagainya juga salah satu faktor.Ini disebabkan kawasan rongga yang tersumbat dan dijangkiti kuman.sesiapa yang mempunyai struktur hidung yang sengat atau dipanggil deviated nasal septum juga berisiko tinggi mendapat resdung.
  • Kuman atau pun bakteria daripada gigi atas yang rosak ataupun sakit akan merebak ke kawasan rongga sinus.
  • Tabiat menyelam ke dalam sungai yang kotor atau laut yang tercemar.
  • tabiat mencabut bulu hidung juga perlu dielakkan keran bulu hidung bertindak sebagai penapis kepada habuk atau benda asing yang terdapat dalam udara. *
Setiap penyakit pasti ada penawarnya, disini saya juga nak kongsikan beberapa petua yang saya baca untuk menghilangkan resdung,kalau ada lagi.boleh la anda kongsikan jugak untuk kita semua sama-sama jadikan input berguna :).

Petua  1
Petua Resdung yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Petua 2
Setengah orang baik lelaki mahupun wanita ada antaranya menghadapi masalah bila bangun pagi selalu bersin yang sukar untuk diberhentikan. Maksudnya bersin tidak pernah berlaku sekali dua sahaja, sebaliknya beberapa kali hingga menimbulkan masalah pada anda. Untuk mengatasi masalah ini terlalu mudah iaitu dengan memasukkan air dingin (sejuk) kedalam hidung anda. Kemudian anda tumpahkan keluar semula. Ulangi beberapa kali nescaya bersin anda akan hilang.

Petua 3
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.

Petua 4
Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.

 Petua 5
Resdung di muka - Wapkan wajah dengan air rebusan jintan hitam.

Petua  6
Akar bunga melur boleh di jadikan penawar resdung.Cabut Pokok ni dan keringkan akarnya. Lepas tu bakar dan hidu akarnya,bagi pesakit resdung akan berasa pedas pada hidung masa hidu akar pokok ni. Mata juga rasa pedih dalam masa yang sama. Amalkan beberapa kali dan boleh lihat kesannya lepas tu. Selain akar melur pokok bunga raya juga ada khasiat yang sama.

Petua  7
DAUN pisang kelat amat berguna bagi memulihkan penyakit resdung. Daun pisang kelat ini di katakan mempunyai khasiat yang boleh membunuh kuman serta memulihkan rongga pernafasan. Cara memproses untuk di jadikan ubat adalah dengan mengeringkan daun ini selama beberapa hari sebelum di jadikan rokok daun atau di panggil rokok resdung. Asap yang di sedut dari rokok itu masuk ke saluran pernafasan bagi membasmi segala kuman yang berada di dalam hidung. Khasiat asap daun pisang kelat ini bukan saja membunuh kuman malah ia juga akan mengering dan memulihkan lapisan dalam hidung yang di dapati rasa gatal atau berair. Walau baunya agak keras tetapi mujarab untuk penyakit jenis ini. Manakala mereka yang tidak merokok pula terdapat cara kedua, Bakarkan daun pisang kelat itu ke dalam bekas sambil menutupnya. Apabila api yang membakar daun itu mulai padam hendaklah membuka penutupnya dan anda akan saksikan asap-asap daun itu berkepul-kepul keluar. Hendaklah menyedut asap-asap tersebut beberapa kali sehingga anda berasa lega.
Sumber : Petua Warisan

inilah dia rokok resdung. * benda ni bukan untuk dimakan mcm rokok yang hari-hari perokok duk makan tu.

 ini pula adalah rawatan resdung * rembat gogel

selain petua-petua tradisional diatas, disini saya sarankan : 
  • -Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah atau menggunakan sebarang barang-barang berbulu contohnya bantal atau juga cadar.
  • -rajin-rajinkan diri kemas rumah selalu, jangan 2 tahun sekali baru nak bersihkan rumah, tukar cadar, mop lantai dan yang penting sekali bersihkan habuk-habuk.kotoran dan habuk-habuk adalah punca yang akan menyebabkan resdung akan semakin teruk.selain drpd tu juga jangan lupa pakai mask masa mengemas.
  • - kalau keluar berjalan-jalan, bila balik kat rumah amalkan cuci muka dan lap dengan kain yang bersih bagi menghilangkan kotoran-kotoran yang melekat kat muka.lagipun bila kita keluar.kita terdedah dengan mcm-mcm habuk. 
  • -elakkan dari makan makanan yang anda tak boleh makan.contohnya makanan laut.* tapi saya kekadang lupa diri jugak.huhu =_=''
PESANAN ini adalah tajaan saya sendiri-peace yaww-

SURAT CINTA : anda ada Petua atau juga apa-apa untuk dikongsi tentang RESDUNG? jom share sama-sama :)-LOVE-

4 comments: