Sunday 8 January 2012

Keenakan MAGGI~

kehidupan di alam kampus banyak yang berbeza dari kehidupan dirumah, salah satunya adalah apa yang kita makan, kalau ada duit berjuta-juta, hari-hari boleh la nak makan kat kedai, lagi best boleh sediakan barang-barang untuk masak kat hostel mcm kat rumah.dan lagi best boleh bawak mak gi sana jugak..dan lagi best boleh bawak satu family duk kat hostel jugak * statement nak kena pelempang..huhu...

dan bila hal ini berlaku, 99.123% rakyat universiti-universiti yang ada pastinya mengenali artis berikut ; 

kenal x?kalau x kenal sila cek balik tempat kelahiran anda,mungkin berasal dari planet yang gagal mendapat permit menjual maggi.huhu

setiap hari iklan di televisyen jugak 5 6 7 kali duk tayang, anak tengah main sorok-sorok..mak pulak masak megi..kesian kat kawan-kawan yang duk menunggu dicari, dia pulak duk makan megi.huh..kejam..huhu..ok jadi apa kita nak cerita pasal megi hari ni?mcm mana nak masak megi?apa yang boleh dibuat dengan megi ni selain dari dimakan?

JAWAPANNYA : 
ini 

masih berselera nak makan?atau membayangkan anda sedang makan kanta lekap corak harimau yang anda pakai?ini tambahannya untuk menankutan dan membuatkan anda mimpi ngeri. * aku sendiri pun tengah rasa ngeri T_T


Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit binatang juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf yang mungkin menjadi penyebab kanser.
Rujukan : Akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.(Bahaya Maggi)
Surat Cinta : memetik pesanan dari artikel yang saya baca : Jadi kurangkanlah makan mee segera, walaupun murah dan menjimatkan ianya membahayakan kesihatan. Malah, lebih banyak kos yang diperlukan untuk melakukan rawatan kalau kesihatan kita terjejas. 
 -LOVE-

2 comments: