Tuesday, 3 January 2012

i'm going to be...~

dan cuti sekolah pun tamat..maka tinggal beberapa minggu je lagi sebelum aku bergelar cikgu praktikal..perasaan?xde perasaan =_='' ..gemuruh?tak de darah gemuruh tapi lapar je hari-hari * ada kaitan ke?
ape aku nak buat ni?buat ape?ape buat?..jawapannya aku ulang tayang baca novel Salina karya A.Samad Said.kenapa?kerana aku tak tahu apa nak buat.jadi jawapannya aku sebenarnya tak sabar nak praktikal walaupun aku masih ada rasa berdebar * apesal berbelit je ni?..

Hari semakin menghampiri
Detik makin mendekati
Aku bakal jadi GURU
Seorang GURU
Keluhan demi keluhan
Oh tidak
Jangan !!!!
Keluhan bukan penyelesaian
Bukan ketegasan
Bukan juga kelembutan
Tapi aku mahukan keredhaan
Aku mahu seperti guru-guru ku sebelum ini
Punya inspirasi
Punya motivasi
Bukan mengharap jadi seperti LILIN
Tapi
Cukuplah mampu menyempurnakan
Apa itu AMANAH
Mampu untuk memberikan SEPENUHNYA ILMU YANG ADA
Bukan sampai ke CHINA mampu ku hantar  kamu semua belajar
Tapi biarlah inspirasi dan motivasi yang aku berikan
Menghantar kamu kelangit
Menjangau sehingga ke planet yang tersembunyi
Aku bakal GURU
Apakah aku mampu??
Mengapa tidak?
Aku punya tangan,punya mata,punya segalannya
Jika mereka mampu
Kenapa tidak aku??

NURUL FATIHAH MOHD SOBRI
26/2/2011

bila aku mbayangkan RPH, BBM..bla..bla...oh tidak !!
..mcm mana nanti?adakah situasinya nanti begini?


atau mcm ni?

atau?atau? atau? 
eh ape aku melalut ni.. =_=''
HARUSLAH mcm kat bawah ni...




dan yang pastinya aku mengharapkan segalanya berjalan dengan baik..anak-anak..jangan buat cikgu bertukar jadi The Hulk ye =_+''

ha..bagi cikgu comel camni selalu.ahakss..

Surat Cinta : back to normal..Alhamdulilah..aku bersyukur teramat sangat kerana akhirnya pengajian aku selama 2 tahun setengah di UNISEL bakal sampai ke penamat bila aku memulakan praktikal dan seterusnya grad di hari konvo nanti. saban hari aku berharap semuanya akan berjalan dengan pantas.nak kata aku rajin stadi atau top ten student pun x.tapi Alhamdulilah aku bersyukur dengan apa yang aku dapat.bukan itu sahaja.aku juga dah belajar banyak perkara sepanjang melengkap diri menjadi seorang guru.memang kadang-kadang kenyakinan tu hilang.tapi bila difikirkan.kalau orang lain boleh.kenapa bukan aku?kenapa tidak aku?people look down to me.aku dah berjanji dengan mak ayah & adik-adik aku.aku akan buktikan pada mereka yang mulutnya berbau, akan telan balik segala air liur mereka yang berbau tu masa mengutuk aku.YES, THAT'S MY PROMISE. aku tidak boleh menduga kemungkinan yang akan berlaku pada masa akan datang, tapi aku mengharapkan aku dapat membahagiakan dan menunaikan impian mak ayah & adik-adik untuk tengok aku berjaya. dan untuk praktikal akan datang. I WILL DO MY BEST.doakan CIKGU NURUL FATIHAH MOHD SOBRI ye. May ALLAH bless u always.-LOVE- 

6 comments:

  1. semoga berjaya mencapai cita2..biarlah harapan di iringi kejayaan kelak

    ReplyDelete
  2. belajar kemudian mengajar ... itulah yang terbaik

    ReplyDelete
  3. baik.insya allah akan dipraktikkan dan terus belajar untuk mengajar lebih baik. :)

    ReplyDelete
  4. alhmdulillah dh nak habis.. insyaallah nnt akak jd cikgu terbaik.. hehe..

    ReplyDelete
  5. aminn..thanks a lot sis praying for me.may ALLAH bless u always :)

    ReplyDelete