Tuesday, 20 December 2011

saya nak cakap.... ~

Awak,
Saya tak boleh menjanjikan awak bulan dan bintang
Sebab bulan dan bintang bukan kepunyaan saya sorang
Saya tak boleh petikkan bulan dan bintang
Bukan macam  nak petik daun kat pokok
Jauh tu..tinggi pulak tu
Bukan ke saya budak pendek???
Kalau nak katakan ‘ you jump i jump’ pun tak boleh
Macam  mana nak jump, saya gayat
Kalau saya jump jugak
Macam mana janji kita nak hidup bersama?
Nanti kubur lain-lain
Neraka pula menanti sebab sama-sama bunuh diri
Kalau awak kentut bau telur
Tak kan saya nak pura-pura tahan sedangkan  saya dah habis sesak nafas tahan
Saya tak nak jadi hipokrit
Sebab nanti kita kan janji nak kawin
kalau dari bercinta bersikap hipokrit
Masalah yang kecil pun boleh jadi besar bila selalu  pendam
tak sampai setahun dah kawin
Bila dah tahu perangai masing-masing tapi tak berani tegur sebab nak jaga hati
Bila nak ada perubahan???
Tak kan kita nak bahagia hidup dalam hipokrit?
Saya tak boleh dan tak nak awak janjikan saya emas dan permata
Tapi cukupla awak mampu untuk beri saya kehidupan yang selesa
Dan saya mampu menyelesakan awak
Saya tak mintak awak jadi segagah ultraman
Tapi cukupla awak mampu melindungi dan menjaga saya
Saya tak mintak awak makan nyamuk yang gigit saya
Tapi jauhkan saya dari airmata derita dan saya juga cuba melakukannya
Saya tak boleh untuk janji akan jadi sebaik khadijah
Tapi saya boleh katakan
setelah ijabkabul dilafaz
Selagi restu keluarga kita berdua mengiringgi
Selagi kita sujud padaNYA memohon di takdirkan bersama
Selagi ada kejujuran dan kesetiaan bersama kita
Selagi itu
Hubungan yang kita bina kekal hingga nafas terakhir
amin.. 
NURUL FATIHAH MOHD SOBRI
5 MAC 2011


motif : kepingin piza gara2 post gambar dekat kmyra T_T  

2 comments:

  1. aku da songlap sumapiza kat dunia nie. oh. aku suka ble mouse over kat kau punya blog..ada titik-titik yang mengekori pointer aku.hahhaha

    ReplyDelete
  2. xpe lah kalau kmyra dah songlap.alhamdulilah ada lagi baki untuk thah makan tadi..hahaha.

    ReplyDelete