Monday, 12 December 2011

Krim Muka Beras ~

'sebutir beras ibarat setitik peluh petani'' cewah..iklan gtu..heee ) * sengih mintak penampar..pernah dengar kata2 ni dalam iklan?what?kau dgr dalam iklan olay? sila cuba lagi.tettttt..huhu..ok entry kali ni bukan nak membebel pasal nak mcam mana nak tukarkan beras kepada nasi tapi menukarkan kulit anda lebih jelita dengan beras.menghadapi masalah jerawat yang teruk?kulit muka kusam dan tidak bermaya?kita anda bakal temuai satu ramuan ajaib yang akan menukarkan kulit anda menjadi sehalus sutera * sudah2 la tu buat iklan.. =_=''

Masa mula memasuki usia remaja dulu2..kulit muka aku teruk sgt..jerawat memenuhi muka..then dahi aku yang seluas padang gol ni seperti dipenuhi cendawan tumbuh segar selepas hujan..pipi pulak alahai..masa terluang je picit jerawat..mak aku la yang masa tu btindak sebagai perunding kecantikkan..hari2 tumbuk beras paksa aku pakai..xcukup dengan beras..dicampur segala bagai ramuan...hasilnya jerawat kat pipi hilang sedikit demi sedikit..Alhamdulilah..terima kasih mak..lap u.hmuuah !

tapi bila masuk unisel, maklumlah kulit sensitif..keadaan muka jadi teruk gak balik..dan masa akhir sem hari tu..menjadi2 dengan kulit berminyak..huhu..malu tgk kulit muka sendiri..dahla suka bgambr..bila tgk gambar..haiyaa...berminyak..kusam segala mcm..mak kata mungkin salah satunya faktor air dan tambahan lagi debu, asap segala mcm..alhamdulilah..bermula ct sem baru2 ni..aku mulakan balik pakai beras dan..hasilnya semakin baik :)

Jom mulakan operasi petua nenek bagaimana nak kerjakan beras ni : 



 1) air basuhan beras sebenarnya elok untuk hilangkan habuk2 dan juga membersihkan wajah.jadi bila basuh beras tu.air basuhan yang pertama sekali simpan.nanti basuh muka sambil urut2 sikit sambil selawat.kulit muka pun akan rasa segar.

2) rendamkan segengam beras.biarkan selama bebrapa jam.kemudian tumbuk.jangan mesin.sebab nanti akan menghancurkan beras tu.kemudian.pakai mcm bedak sejuk.bila dah kering.bersihkan macam pakai scrub kat wajah.amalkan setiap pagi dan malam.jangan lupa selawat :)


3) kenal dengan ulam daun pegaga?hah..beras + daun pegaga = tumbuk dan tampal2 kat muka.heee..selain boleh dijadikan ulam ketika makan nasi.cicah budu..daun pegaga jugak boleh dibuat jus dan sebagai ubat jerawat..amalkan jugak 2 kali sehari setiap malam.nanti dah kering bersihkan.kemudian boleh la nak bersihakan muka ngan pembersih wajah yang anda selalu guna.

mcm mana?senang kan? yang penting jangan kisar.kalau boleh tumbuk sebab xnak terlalu hancur dan..tapi jangan xhancur pulak.sedang2..mcm biji2 scrub tu..ni petua orang2 dulu.dan yang pastinya seratus peratus bebas bahan pengawet.melainkan anda sendiri campur sos cuka kicap bagai..huhu

Selamat mencuba..tapi jangan makan pulak lepas tumbuk.ni bukan jamu untuk kuruskan badan ye..huhu..ha..lagi satu..amalkn sentiasa berwudhuk.* maksudnya bukan waktu solat aje.that's what my mom always said..berikhtiar xsalah..tapi jangan jauh menyimpang dari landasannya :) .. salam sayang semua ! 

4 comments:

  1. hehe, dulu dok umah rajin buat scrup beras ne. Pastu sebelah rumah dulu ade jambu batu liar, amik, blend n wat scrup 1 badan tau..best. terbaek dari alam semulajadi.

    ReplyDelete
  2. wah.petua baru tu jambu batu liar..maseh berkongsi petua juga :)

    ReplyDelete