Tuesday, 28 February 2012

AWAS HADIS PALSU!

ASSALAMUALAIKUM semua..
sila perhatikan gambar dibawah & baca dengan mata yang celik : 


dah baca?ok GOOD ! sekarang jom jenguk berita pulak :)


KUALA LUMPUR – Sesiapa yang mencipta, mengguna dan menyebarkan hadis “palsu” dianggap telah melakukan pendustaan besar terhadap Nabi Muhammad SAW.
“Jika mereka ini berniat jahat, ia boleh menyebabkan umat Islam hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap agama mereka,” kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha kepada Bernama.
Sambil melahirkan rasa bimbang terhadap penggunaan hadis palsu yang kini menular di Internet, beliau berkata ia boleh menyebabkan umat Islam beramal dengan suatu syariat yang salah kerana hadis berkenaan tidak berlandaskan sumber rujukan yang diperakui kesahihannya.
Othman berkata mereka yang terlibat menggunakan hadis daif dan palsu disebarkan melalui blog atau laman sosial peribadi ini, kebanyakannya tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai hadis.
“Ada pula yang tidak dapat membezakan antara kata-kata sahabat atau hukamak (cendekiawan) dengan hadis Nabi. Mereka menganggap semua itu sama sahaja daripada segi statusnya,” katanya.
Othman berkata hukum mengguna dan menyebarkan hadis palsu adalah haram di samping bererti suatu pengkhianatan kepada syariat Islam itu sendiri.
Beliau berkata jika hendak menyebarkan sesuatu hadis kepada umum, sama ada melalui media cetak, media eletronik atau media baru, ia mestilah terlebih dahulu merujuk kepada mereka yang arif tentang hadis atau daripada sumber yang muktabar.
Kesalahan menyebarkan hadis palsu boleh dikenakan tindakan mengikut pelbagai seksyen seperti mencerca agama dan penerbitan agama bertentangan dengan hukum syarak.
Kesalahan ini terletak di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan, Seksyen 13 (1).
Othman berkata tindakan boleh juga diambil mengikut Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-negeri.
Memandangkan kesalahan ini dilakukan di alam siber, pihak berkuasa agama negeri perlu mendapat kerjasama daripada pihak yang mempunyai bidang kuasa dan kepakaran khususnya Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), katanya.
Othman berkata penyebaran seumpama itu akan memberi kesan yang besar kerana ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja di serata tempat.
“Perbuatan ini seolah-olah menyebarkan fitnah dan pendustaan terhadap Rasulullah SAW kepada seluruh umat manusia dan merosakkan aqidah umat Islam dan kewibawaan nas-nas syarak itu sendiri,” katanya.
Beliau berkata berdasarkan penelitian Jakim, masih banyak kes yang berbentuk menghina Islam dan Rasulullah SAW yang dibuat secara terang-terangan, namun ia sentiasa dipantau.
Credit to Bernama
Ditemui dalam : RINDOK BLOG


SURAT CINTA : sudah terlalu terdesak?atau merasakan dunia akan berakhir apabila ditinggalkan?atau juga mungkin kita merasakan dengan cara begitu kita mampu mendapatkan apa yang kita mahu.jangan terlalu cepat meletakkan tanda harga pada nilaI yang tak mampu kita sendiri kira.kita bukan baju di kedai bundle, bila dibuang boleh dikutip balik dan hadis yang boleh diguna untuk menunjukkan kepentingan sendiri kita war-warkan sedangkan hadis yang menuntut kita untuk ke sana nanti bagaimana?pernah kita baca & fahami? 
-LOVE-

Monday, 27 February 2012

TIDUR.

ASSALAMUALAIKUM semua..
sudah mula berdengkur dan melakar peta-peta dunia ? sebelum tido apa kita mesti buat murid-murid?* sambil tunjuk ke depan..betulll !! baca doa. jom kita semua baca ! 




ok GOOD semua !! ALHAMDULILAH.
JOM TIDO.KROOHHHhhhHHH..opss ! =_=''
eh tunggu jap..nak kongsi satu artikel yang saya baca ni..lepas baca baru tido ya. 

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud “Daripada rahmat-Nya (Allah) menjadikan bagi kamu malam dan siang untuk kamu berehat dan mencari rezeki, mudah-mudahan kamu bersyukur." (Surah al-Qasas)

Tidur juga secara mudahnya didefinisikan sebagai berada di dalam keadaan tidak sedar dengan mata terpejam kerana berehat. Persoalan berapa lama jumlah jam tidur yang patut kita ambil dalam sehari, sebenarnya tiada peraturan tertentu atau khusus mengenainya. Bagaimanapun, begitu kebanyakan ahli perubatan menyarankan untuk tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Berapa jumlah tidur yang kita ambil yang bertujuan untuk beristirahat bergantung kepada usia, jenis pekerjaan dan keadaan setiap individu. Ini kerana jumlah tidur bagi kanak-kanak adalah lebih banyak berbanding dengan orang dewasa. Bagi orang yang bekerja manggunakan akal fikiran memerlukan lebih banyak tidur berbanding mereka yang bekerja menggunakan fizikal.
Malam hari adalah waktu terbaik untuk tidur. Ini berdasarkan fitrah kejaian manusia itu sendiri. Menurut pendapat ulama dan pakar perubatan, waktu tidur yang lebih baik ialah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira pukul 10.00 malam. Manakala waktu yang tidak seharusnya kita tidur ialah selepas Subuh hingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak. Menurut mereka lagi, tidur pada waktu-waktu ini tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya. Sebagai contoh yang biasa kita dengar, jika tidur selepas solat Subuh, orang tua mengatakan bahawa rezeki lambat dan susah untuk hadir.

Antara sedar atau tidak, tidur sebenarnya mempengaruhi metabolisma dan merangsang daya penyerapan. Oleh hal yang demikian itu, banyak tidur juga tidak sihat untuk tubuh badan. Ini kerana tubuh kita menyerap wap-wap kotor di udara. Jumlah tidur yang banyak bukan menjadikan kita lebih bersemangat, malah menjadikan tubuh kita lemah. Mereka yang banyak tidur akan mematikan hati, memberatkan badan, membazirkan masa, mewarisi sifat kemalasan dan kelalaian. Menurut hukum juga, tidur yang banyak hukumnya adalah makruh di sisi Allah.

Contoh tidur yang terbaik ialah sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda biasanya masuk tidur tidak terlalu malam, kemudiannya bangun beberapa minit setelah lewat tengah malam untuk melakukan sembahyang solat sunat Tahajud dan berehat sementara mengunggu fajar menyingsing untuk solat Subuh.

Satu perkara yang amat sinonim dengan tidur adalah solat Tahajud. Solat Tahajud adalah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya lewat tengah malam. Solat ini juga dikenali sebagai solat malam. Pendapat ulama mengatakan bahawa solat Tahajud boleh menjauhkan panyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat daripada tidur malam.

Dari segi posisi tidur, cara berbaring dengan posisi terlentang adalah kurang sihat. Ini kerana cara demikian akan menekan atau menyesakkan tulang punggung, bahkan ia kadangkala menyebabkan kita ingin ke tandas. Tidur secara menelengkup pula tidak praktis untuk pernafasan. Tidur pada posisi mengiring ke kiri juga akan mengganggu kesihatan kita, kerana menghimpit jantung sehingga peredaran darah tergangga dan mengurangi alirah darah ke otak, jika ini terjadi kita akan mengalami mimpi sedih atau buruk. Posisi tidur yang terbaik adalah mengiring ke kanan atau menghadap kanan.

Perlu kita ketahui dan ingat, sehubungan dengan fenomena tidur ini, iaitu jika terdapat suatu keinginan dan niat di dalam fikiran sebelum tidur, maka hal-hal tersebut akan meresap di dalam alam bawah sedar kita sepanjang malam tanpa disedari akan mempengaruhi fikiran dan tindakan kita. Sebagai contoh, jika seorang anak kecil tertidur dalam keadaan menangis, maka pada umumnya ketika anak itu bangun, dia akan menangis lagi. Jadi, emosi sebelum kita tidur akan mempengaruhi apa yang akan kita alami di dalam mimpi.

Rasulullah s.a.w menggesa umatnya untuk membaca dan merenungkan ayat-ayat al-Quran, iaitu ayat Kursi, dan tiga surah terakhir daripada al-Quran sebelum tidur. Mungkin ada yang tersalah anggap dengan mengatakan bahawa ayat-ayat itu sebagai jampi atau mantera, tetapi sebenarnya dibaca untuk kita mengingati Maha Pencipta. Ayat-ayat tersebut lebih kepada bicara mengenai keagungan dan keindahan sifat Tuhan. Merenungi sifat-sifat ini akan membantu kita dalam proses pembersihan rohani serta mendapat perlindungan Allah s.w.t terhadap segala godaan syaitan dan hal-hal yang merugikan.


Rasulullah s.a.w memberikan contoh yang baik untuk tidur dengan doa-doa yang lengkap. Tidur itu sendiri sebenarnya mempunyai adabnya yang berlandaskan ajaran Islam, antaranya ialah:
a) Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti muzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi s.a.w membenci untuk tidur sebelum Isyak.

b) Berwuduk sebelum tidur. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Jika kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat.”

c) Mulakan tidur atau baring atas rusuk kanan sebagaimana sabda Nabi s.a.w kepada al-Barra´: “Mulakanlah tidur kamu di atas rusuk kanan.”

d) Jangan tidur dengan cara meniarap atau menekan perut kerana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya cara tidur meniarap adalah tidur ahli neraka.”

e) Amalkan membaca doa-doa tidur sebelum dan sesudah bangun dari tidur seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Ringkasnya, pengajaran Islam dalam persoalan tidur memberi penekanan bahawa tidur itu sebahagian daripada nikmat yang diberikan Allah. Demikianlah, ajaran-ajaran Islam yang begitu sempurna merangkumi segala persoalan harian hidup.

Subhanallah, tidak terfikirkah kita, sehingga ke aspek tidur sekalipun Islam ada menggariskan cara yg terbaik.



SURAT CINTA : jangan main letak kepala je terus lelap, waktu tidur lah syaitan dan iblis busy bekerja overtime untuk mengoda kita dan mcm2 gangguan boleh berlaku.jadi adab tidur juga perlu kita jaga :). -LOVE-

Sunday, 26 February 2012

Mata Palsu.

ASSALAMUALAIKUM semua..
it's sunday yawww ~ ceh..hujung minggu pun tak tahu nak buat apa..sadis teramat sangat bila kelaparan *menangis teringat masakan sedap kat umah.huhu..kemalasan yang bercampur dengan tak tahu nak buat apa, maka mengadap laptop dan ulang dengar lagu yang sama untuk ke berapa ratus kali pun tak tahulah.bersimpati pada roomate aku si aza yang terpaksa jugak terbabit sama dengar lagu yang sama.huhu.tengah-tengah skodeng &stalker cite-cite di home, tetiba ada sorang kawan tegur difb. 

kawan : hoi tehah, ape kes?
aku : kes ape?aku bukan jadi polis sekarang ni =_=''
kawan : sengal..ape cerita sekarang?
aku : aku tak tahu lagu nak bikin cite ape skarang ni.lisa baru kawin.nak ambik dia blakon pun dia nak ct gi honeymoon..haha *saje nak bikin dia panas.
kawan : kesian aku kat asyraf.tak betul dh rupanya awek dia ni. *hambik sebijik.haha
aku : dia bangga la weh.sebab aku ni kan comel.hakhak
kawan : layan kau buat aku senak perut je.huhu..weh..nak tanya ni, pakai bulu mata palsu tu haram tak?
aku : bulu mata palsu tu najis ape?haha..setahu aku tak boleh pakai sebab nanti membawa kepada tabarruj.kenapa?
kawan : saje nak tahu. sebab aku nak g dinner nanti.kawan aku suh try pakai.aku mcm teragak2 .silap2 aku pakai tiba2 dah dalam makanan.haha.. aku brdebat ngan kawan aku sebenrnya isu bulu mata tu.tu yang aku nak tnya kau.
aku : oh..nanti aku bagi kau artikel pasal bulu mata yang aku baca.
kawan : boleh gak..kau tulis dalam blog takpe.nanti aku tengok
aku : terharu aku kau baca blog aku..sob..sob..
kawan : eh mestilah..aku baca pun sbb bimbang kau letak gambar comel aku kat blog kau..haha
aku : cis..tu tak ikhlas namanya.haha
dan kami pun mula melalut-lalut..bla..bla...





Soalan : 
Apakah hukum memakai bulu mata palsu dan maskara?

Jawapan: 

Pemakaian bulu mata palsu adalah haram selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakain rambut palsu:


“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” (Shahih al-Bukhari, no: 5934)



Apa-apa perbuatan tabarruj yakni 
berhias diri dengan melampau 
maka ia diharamkan dalam Islam.

Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur syubhah dan tidak kalis air. Ini dibimbangi ketika mengambil wudhuk air itu tidak rata ke anggota wudhuk.
Sebagai peringatan Panel menasihatkan gunakanlah maskara yang tidak menonjol ketebalan bulu mata tersebut sehingga menarik perhatian kaum lelaki.Sesungguhnya tabarruj atau pemakai perhiasan yang berlebihan itu adalah amalan zaman jahiliyyah.
Wallahua’lam.


sumber : Soal jawab agama


SURAT CINTA : cantik yang tidak diubah-ubah bukankah lebih cantik. 

Saturday, 25 February 2012

IQRA'

ASSALAMUALAIKUM...


Wahyu yang pertama kali turun kepada Nabi saw. adalah Iqra' atau 'membaca',
meskipun Beliau dalam kondisi Ummi (yang tidak pandai membaca dan menulis).
Mengapa Iqra'? secara etimologis Iqra' diambil dari akar kata qara'a yang
berarti 'menghimpun', sehingga tidak selalu harus diartikan 'membaca sebuah
teks yang tertulis dengan aksara tertentu'. Selain bermakna 'menghimpun', kata
qara'a juga memiliki sekumpulan makna seperti menyampaikan, menelaah,
mendalami, meneliti, mengetahui ciri sesuatu dan membaca, baik teks tertulis
maupun tidak. . Allah swt. berfirman :
                                                    
.اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ. خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan
manusia dari segumpal darah".

Kata Iqra' dalam surah al-'Alaq di atas oleh banyak ahli tafsir diertikan
'bacalah!', tetapi apa yang harus dibaca? dalam satu riwayat, Nabi saw. setelah
mengalami kepayahan karena dirangkul dan diperintah membaca oleh malaikat
Jibril a.s. beliau lantas bertanya: Ma aqra' ya jibril? namun pertanyaan
tersebut tidak dijawab oleh malaikat Jibril a.s., kerana Allah menghendaki agar
beliau dan umatnya membaca apa saja, selama membaca tersebut dilandasi
bismirabbika (atas nama Allah), dalam arti bermanfaat untuk kemaslahatan
sosial. Pengaitan ini merupakan syarat sehingga menuntut dari si pembaca bukan
saja sekedar melakukan bacaan dengan ikhlas, tetapi juga antara lain mampu
memilih bahan-bahan bacaan yang tidak menghantarnya kepada hal-hal yang
bertentangan dengan 'nama Allah' itu.

Jika begitu kata Iqra' bererti bacalah, telitilah, dalamilah, ketahuilah
ciri-ciri sesuatu, bacalah alam, bacalah tanda-tanda zaman, sejarah, diri
sendiri baik yang tertulis maupun tidak. Alhasil, objek perintah iqra' mencakup
segala sesuatu yang dapat dijangkau.

Lalu, mengapa setelah kata اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ, dilanjutkan
dengan خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ. Dalam konteks ini Allah menegaskan
bahwa Dia-lah yang telah menciptakan manusia dari segumpal darah, lalu apa
maknanya? Manusia diarahkan untuk meneliti, memahami, dan mendalami proses
penciptaan dirinya. Dimana manusia diciptakan oleh Allah dari segumpal darah,
sesuatu yang menjijikkan nan hina, lalu berkembang hingga berbentuk sempurna
dan diberikan kepadanya ruh. Namun ditegaskan ulang memang manusia memang harus
membaca sebagai kunci utama untuk menghimpun pengetahuan. Itulah ajaran Allah
yang Maha Agung untuk meninggikan darjat manusia sebagai khalifahnya di muka
bumi.

Sungguh, perintah membaca merupakan sesuatu yang paling berharga yang pernah
dan dapat diberikan kepada umat manusia. 'Membaca' dalam aneka maknanya adalah
syarat pertama dalam pengembangan ilmu dan tekhnologi, serta syarat utama
membangun peradaban. Semua peradaban yang berhasil bertahan lama, justru
dimulai dari satu kitab (bacaan). Peradaban Yunani dimulai dengan Iliad karya
Homer pada abad ke-9 sebelum Masehi. Ia berakhir dengan hadirnya Kitab
Perjanjian Baru. Peradaban Eropa dimulai dengan karya Newton (1641-1727) dan
berakhir dengan filsafat Hegel (1770-1831) . Peradaban Islam lahir dengan
kehadiran al-Qur'an.

Selanjutnya, Allah berfirman:

.اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ. الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ.عَلَّمَ
الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

"Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan
perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya".

Pengulangan perintah membaca dalam wahyu pertama ini, bukan sekadar menunjukkan
bahwa kecekapan membaca tidak diperoleh kecuali mengulang-mengulangi bacaan,
atau membaca hendaknya dilakukan sampai mencapai batas maksimal kemampuan.
Tetapi juga untuk mengisyaratkan bahwa mengulang-ulangi bacaan dengan
bismirabbika (atas nama Allah) akan menghasilkan pengetahuan dan wawasan baru
walaupun yang dibaca hal itu juga. Mengulang-ulang membaca al-Qur'an tentunya
akan menimbulkan penafsiran baru, pengembangan gagasan, dan menambah kesucian
jiwa serta kesejahteraan batin. Berulang-ulang 'membaca ' alam raya, membuka
tabir rahasianyadan memperluas wawasan serta menambah kesejahteraan lahir.

Kenapa Iqra' pada ayat yang ketiga diulang dan digandingkan dengan warabbukal
akram? 'warabbukal akram' mengandung pengertian bahwa Dia (Allah) swt. dapat
menganugerahkan puncak dari segala yang terpuji bagi segala hambanya yang
membaca.

Lalu, pada ayat keempat dilanjutkan dengan kata-kata 'Dia (Allah) swt. Dzat
yang mengajari dengan (perantara) qalam'. Objek iqra' yang sedemikian luas itu,
memang seola-ola dapat menyempit apabila hanya dilihat dari rangkainnya
perintah membaca dengan qalam. Namun harus diingat bahwa sekian pakar tafsir
kontemporer memahami kata qalam sebagai segala macam alat tulis-menulis sampai
kepada mesin-mesin tulis dan cetak yang canggih dan juga harus diingat bahwa
qalam bukan satu-satunya alat atau cara untuk membaca atau memperoleh
pengetahuan. Hal ini tegas disebutkan dalam ayat selanjutnya bahwa Allah
memiliki kuasa untuk memberikan pengetahuan kepada manusia apa yang tidak ia
ketahui, baik lewat wahyu, ilham, karamah, intuisi dan lain sebaginya.

Dari tiga potongan ayat di atas kita juga dapat memahami bahawa pengetahuan dan
peradaban yang dirancang oleh al-Qur'an adalah pengetahuan terpadu yang
melibatkan akal dan kalbu dalam perolehannya (out put-nya). Wahyu pertama
al-Qur'an menjelaskan dua cara untuk memperoleh dan mengembangkan ilmu. Setiap
pengetahuan memiliki subjek dan objek. Secara umum subjek dituntut berperan
guna memahami objek. Namun pengalaman ilmiah menunjukkan bahwa objek terkadang
memperkenalkan dirinya kepada subjek tanpa usaha sanga subjek. Komet Halley,
memasuki cakrawala, hanya sejenak setiap 76 tahun. Dalam kasus ini walaupun
para astronom menyiapkan diri dan alat-alatnya untuk mengamati dan mengenalnya,
tetapi sesungguhnya yang lebih berperan adalah kehadiran komet itu sendiri
untuk memperkenalkan diri. Wahyu, ilham, intuisi, atau firasat yang diperoleh
manusia yang siap dan suci jiwanya atau apa yang diduga sebagai 'kebetulan'
yang dialami oleh ilmuwan yang tekun, kesemuanya tidak lain kecuali
bentuk-bentuk pengajaran Allah yang dapat dianalogikan dengan kasus komet di
atas.

Dalam tiga ayat di atas, terlihat betapa al-Qur'an sejak dini telah memadukan
usaha dan pertolongan Allah, akal dan budi, pikir dan zikir, iman dan ilmu.
Akal tanpa kalbu menjadikan manusia seperti setan. Iman tanpa ilmu sama dengan
pelita di tangan bayi, sedangkan ilmu tanpa iman bagaikan pelita di tangan
pencuri. Dan al-Qur'an sebagai sebuah kitab terpadu, tentunya menghadapi dan
memperlakukan peserta didiknya dengan memperhatikan keseluruhan unsur
manusiawi, jiwa, akal, dan jasmaninya.

Demikianlah, perintah membaca merupakan perintah yang paling berharga bagi
perkembangan kebudayaan dan peradaban umat manusia. Kerana, membaca merupakan
jalan yang menghantar manusia mencapai darjat kemanusiaannya yang sempurna,
sebagaimana janji Allah swt.

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِيْنَ أَمَنُوْا مِنْكُمْ وَالَّذِيْنَ أُوْتُوْا العِلمَ
دَرَجَاتٍ

"Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang memiliki
ilmu dengan beberapa darjat yang tinggi"

Sehingga, tidak berlebihan bila dikatakan bahawa 'membaca' adalah syarat utama
guna membangun peradaban. Dan bila diakui bahwa semakin luas pembacaan semakin
tinggi peradaban, demikian pula sebaliknya. Maka usaha untuk menggalakkan
budaya membaca adalah hal yang sangat urgen untuk selalu dikampanyekan dan
diusahakan. Maka, tidak mustahil jika pada suatu ketika 'manusia' akan
didefinisikan sebagai 'makhluk membaca', suatu definisi yang tidak kurang nilai
kebenarannya dari definisi-definisi lainnya semacam 'makhluk sosial' atau
'makhluk berfikir'.

Sejarah umat manusia, secara umum dapat dibagi dalam dua priode uatama:
'sebelum penemuan tulis-baca' dan 'priode sesudahnya' sekitar lima ribu tahun
yang lalu. Dengan ditemukannya tulis-baca, peradaban manusia tidaklah merambah
jalan dan merangkak-rangkak, tetapi mereka telah berhasil melahirkan tidak
kurang dari 27 peradaban dari peradaban Sumaris sampai peradaban Amerika masa
kini. Peradaban yang datang mempelajari peradaban yang lalu dari apa yang
ditulis oleh generasi yang lalu dan dapat dibaca oleh generasi yang kemudian.
Manusia tidak lagi memulai dari titik nol, berkat kemampuan tulis-baca itu.

Kejayaan peradaban romawi, peradaban Islam, peradaban Eropa saat ini tentunya
semua dibangun dari tradisi membaca dan menulis. Beribu-ribu karya intelektual
serta penemuan-penemuan yang original yang muncul pada zamannya. Intelektual
bukanlah komunitas manusia yang hanya bergelut dengan tulis menulis, tetapi
lewat berbagai macam eksperimentasi sehingga melahirkan suatu teori baru,
begitu seterusnya hingga kini.

Tugas sebagai 'Abd lillah dan khalifatullah fi al-ardh yang diemban oleh
makhluk manusia adalah merupakan konsekuensi dari potensi keilmuan yang
dianugerahkan Allah kepada manusia, sekaligus sebagai persyaratan mutlak bagi
kesempurnaan pelaksanaan kedua tugas tersebut. Dengan ilmu yang diajarkan oleh
Allah kepada (Adam) manusia, ia memiliki kelebihan dari malaikat, yangtadinya
meragukan kemampuan manusia untuk membangun peradaban. Dan dengan ibadah yang
didasari oleh ilmu yang benar, maka manusia menduduki tempat terhormat, sejajar
bahkan dapat melebihi kedudukan umumnya malaikat. Ilmu, baik yang kasby
(acquired knowledge) maupun yang ladunny (abadi, perennial), tidak dapat
dicapai tanpa terlebih dahulu melakukan qira'at - bacaan dalam arti yang luas.

Kekhalifahan menuntut hubungan antara manusia dengan manusia yang lainnya,
dengan alam serta hubungan dengan Allah. Kekhalifahan menuntut juga kearifan.
Karena, dalam kaitannya dengan alam, kekhalifahan mengharuskan adanya bimbingan
terhadap makhluk agar mampu mencapai tujuan penciptaannya. Untuk maksud
tersebut, diperlukan pengenalan terhadap alam raya. Pengenalan itu tidak akan
dapat tercapai kalau tanpa usaha qira'at (membaca, menelaah, mengkaji, dan
sebagainya).

Demikianlah, Iqra' merupakan syarat pertama dan utama bagi keberhasilan
manusia. Berdasarkan hal tersebut, tidaklah menghairankan jika ia menjadi
tuntunan pertama yang diberikan oleh Allah swt. kepada manusia.

SURAT CINTA : Jika anda pernah ternampak papan iklan ini, pernahkah anda terfikir mengapakah ''IQRA' BACALAH'' menjadi kata-kata yang tercoret dipapan iklan UNISEL? setelah anda baca keterangan mengani surah iqra' diatas.bolehkah kita huraikan yang tersirat bersama? 
JOM BELAJAR UNTUK DISINI & DISANA. :)
-LOVE-

Wednesday, 22 February 2012

SURAT AKAD NIKAH.

Untuk Calon Suamiku

Wahai engkau yang disana,
ditempat para pengabdi pemimpin syurga

Syurga pelangi ciptaan Sang Maha cinta,
dengarkanlah aku...

Ketahuilah…
Sesungguhnya tidaklah aku ingin menikah melainkan kerna aku tidak ingin mati dalam keadaan agamaku ini hanya setengah.
Dan tidaklah aku ingin menjadi orang yang menikah melainkan kerna aku meyakini janji Allah bagi orang yang menikah itu benar adanya.

Tahukah kau bahwa setiap hubungan suami isteri yang halal itu adalah sedekah yang dapat mendatangkan pahala?
Tahukah kau bahwa hanya dengan merengkuh tangan isteri maka berguguranlah dari jari jemari dosa-dosa?
Dan tahukah kau bahwa bila seorang isteri meninggal dunia sementara suaminya dalam keadaan redha padanya maka ia akan masuk surga?
Dan bila semasa hidup dia taat kepada Allah dan taat pula kepada suaminya maka ia boleh memasukinya dari pintu mana pun yang dia suka?

Duhai, calon suamiku…
Tidaklah aku ingin menjadi seorang isteri melainkan kerna janji Allah yang satu ini.
Kerna sesungguhnya aku takut mengetahui bahwa penghuni neraka itu kebanyakan wanita.
Dan hanya kepada Allah aku berharap perlindungan-Nya dan petunjuk-Nya di manapun aku berada.

Wahai calon suamiku…
Telah ditakdirkan Allah bahwa akhirnya engkau memilihku.
Semoga inilah perlindungan dan petunjuk yang Dia berikan agar aku bisa mendapatkan kebenaran janji Allah itu...
Namun, wahai calon suamiku,
Aku ingin kau menyedari bahwa aku bukanlah makhluk yang sempurna seperti juga dirimu.
Maka mengertilah bahwa setelah kita menikah nanti akan banyak hal baru yang akan sama-sama kita ketahui...
InsyaAllah, akan ku jaga apa yang harus ku jaga darimu,
Dan kuharap kau pun menjaga apa yang harus kau jaga dariku.

Bila kau menemukan ketidak sukaanmu padaku kerna kekuranganku
Maka bersabarlah, calon suamiku…
Kerna kadang-kadang pada sesuatu yang tidak kau sukai, Allah menjadikan kebaikan padanya.
Temukanlah kelebihan yang kau sukai dari diriku,
Bukankah kau memiliki alasan mengapa kau ingin menikahiku?

Tetapi, wahai calon suamiku…
Bila ketidak sukaan yang kau temukan itu adalah kerna kesalahanku,
Maka nasihatilah aku, pisahkanlah tempat tidurku dan pukullah aku bila akhirnya aku meninggalkan kewajibanku.
Namun janganlah kau bermaksud menyakitiku hingga membahayakan hidupku kerna aku adalah bahagian dari dirimu.

Janganlah kau luruskan kebengkokanku, kerna aku bisa patah.
Tetapi berhati-hatilah terhadapku, kerna aku bagaikan gelas kaca.
Ingatlah bahwa manusia yang baik adalah yang baik pada keluarganya,
Dan lelaki yang baik adalah yang baik pada isterinya.

Dan cukuplah engkau menjadikan aku seseorang yang patuh kepadamu dengan menjadi seseorang yang pantas aku patuhi.
Sehingga aku mempunyai alasan mengapa aku harus berhias setiap hari,
Dan mengapa aku harus menjaga diriku, kehormatan dan juga hartamu saat kau tidak ada di sisi…InsyaAllah...

Jadikanlah aku sebaik-baik perhiasan duniamu, hartamu yang paling berharga.



SURAT CINTA 
“Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi”. (Hadist Riwayat Thabrani dan Hakim). 

“Benarkah kalian telah berkata begini dan begitu, sungguh demi Allah, sesungguhnya akulah yang paling takut dan taqwa di antara kalian. Akan tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku shalat dan aku juga tidur dan aku juga mengawini perempuan. Maka barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka ia tidak termasuk golonganku”. (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).