Assalamualaikum semua..
Pernah membaca keratan akhbar ini?
Di era globalisasi ini, pemakaian tanjak hanya dapat dilihat oleh generasi masa kini hanya di majlis-majlis perkahwinan atau juga didalam drama-drama melayu lama. jika pakaian barat ''skinny jeans'' kita agung-agungkan, cuba telusi kembali keunikan yang kita miliki tetapi hanya kita pandang sebelah mata. kini segalanya dihidupkan kembali dengan adanya generasi yang masih lagi menyanjung tinggi apa yang nenek moyang kita tinggalkan pada kita untuk dijaga.siapa mereka?apa yang mereka perjuangkan? mereka bukan pelakon teater bangsawan atau juga generasi alaf baru yang tenggelam dalam rimbunan teknologi dunia tetapi mereka adalah :
Sejarah penubuhan GPMS Caw Khas UNISEL Bestari Jaya
Pada tanggal 24 Februari 2008, GPMS Cawangan Khas UNISEL Bestari Jaya secara rasminya telah ditubuhkan oleh Saudara Mohd Haidir Anuar Bin Zubir yang juga merupakan Pengerusi Penaja GPMS Caw Khas UNISEL Bestari Jaya. Pada ketika itu, beliau telah dibantu oleh 4 orang ahli jawatankuasa penaja iaitu saudara Abdul Taib B Maerad, saudara Khairul Zaman B Mohd Nor, Saudara Ahmad Zahry Iswandi B Yunus serta saudara Mohd NorHazri B Abu Bakar. Kesemua mereka inilah yang telah membawa dan memainkan peranan terhadap penubuhan GPMS di UNISEL.
Abang Long Haidir ( Mohd Haidir Anuar Bin Zubir )
Saudara Ahmad Zahry Iswandi B
Yunus
SEDAR - atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar Melayu di Semenanjung
Tanah Melayu
SEDAR - akan kemunduran kami di alam pengetahuan
SEDAR - atas kewajipan kami untuk meningkatkan darjat pengetahuan bangsa
SEDAR - bahawa maju mundur, kaya miskin, dan hina mulianya bangsa itu terletak
ditangan kami
Diatas rasa tanggungjawab dan kesedaran terhadap prinsip inilah yang telah menyebabkan GPMS Caw Khas UNISEL Bestari Jaya perlu ditubuhkan. Di awal penubuhan, GPMS Caw Khas UNISEL Bestari Jaya telah menempuh pelbagai rintangan dan halangan. Ia termasuk penentangan daripada pelbagai pihak yang memandang penubuhan ini sebagai alat perkauman dan pelbagai tohmahan yang telah dilemparkan ke atas penubuhan ini. Kertas cadangan penubuhan ini pada awalnya telah ditolak oleh pihak atasan sebanyak 3 kali. Namun itu, pelbagai usaha telah dijalankan antaranya mendapatkan sokongan daripada Presiden GPMS Kebangsaan, dato' Reezal Merican Naina Merican. Hasil berkat usaha pengerusi dan ahli jawatankuasa serta rahmat daripada Allah SWT, akhirnya GPMS Caw Khas UNISEL Bestari Jaya ditubuhkan. Prof Dato Dr Razali B Agus yang ketika itu merupakan Naib Canselor UNISEL telah meluluskan penubuhan ini.
Selepas itu, GPMS Caw Khas UNISEL Bestari Jaya julung kalinya mengadakan program iaitu program "Perjumpaan Mahasiswa Melayu". Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan GPMS disamping memberi pendedahan dan kesedaran mengenai kepentingan menuntut ilmu. Perjuangan GPMS bukanlah bersifat materialistik dan politik semata-mata, dasar yang diperjuangkan adalah untuk membela dan menjaga hak mahasiswa Melayu di UNISEL Bestari Jaya. Pendirian yang dipegang GPMS Caw Khas UNISEL Bestari Jaya adalah menolak politik partisan atau dengan kata lain tidak berpihak kepada mana-mana badan politik diluar. Penubuhan ini juga diwujudkan atas kesedaran yang wujud dalam diri terhadap memperjuangkan pendidikan mahasiswa Melayu selain menjadi platform kepada penyatuan mahasiswa. Kesedaran ini wujud kerana persekitaran di UNISEL sendiri iaitu kebanyakkan mahasiswa Melayu UNISEL ketinggalan dalam bidang akademik disamping ketandusan daya kepimpinan.
Jadi sebagai usaha kearah membendung permasalahan ini, barisan penggerak GPMS Caw Khas UNISEL Bestari Jaya merasakan penubuhan ini adalah relevan dan rasional. Dalam erti kata lain, penubuhan ini dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada mahasiswa melayu UNISEL Bestari Jaya tetapi keseluruhan warga termasuk pentadbiran UNISEL. untuk mendokong cita-cita untuk melahirkan mahasiswa yang berketerampilan, GPMS Caw Khas UNISEL Bestari Jaya akan berusaha seupaya mungkin bagi mencapai hasrat mengikut konteks UNISEL.
Baru-baru GPMS UNISEL BJ telah tercalon dalam senarai GPMS CAW KHAS TERBAIK bersama-sama GPMS UITM MACHANG dan GPMS UTEM..penyampaian anugerah telah disampaikan oleh Datin Seri Rosmah Mansur pada 21 Oktober di UPM sempena perasmian seminar motivasi SPM dan pelancaran Dana Ibunda Pendidikan Negara.Di majlis tersebut GPMS UITM MACHANG telah memenangi Anugerah Khas Presiden GPMS CAW. KHAS TERBAIK. Alhamdulilah, walaupun tidak mendapat sebarang tempat, kejayaan menempatkan diri diantara 3 finalis terbaik sudah jelas membuktikan segala usaha penat lelah mereka yang terdahulu dan pelapis yang ada berjaya menempatkan GPMS UNISEL BJ diantara cawangan yang terbaik.
Finalis Anugerah Khas Presiden (GPMS CAWANGAN KHAS TERBAIK 2012)
Pelbagai kejayaan & program yang telah dijayakan ahli-ahli GPMS UNISEL BJ atas tali yang dipaut kukuh dengan ikatan ''belajar terus belajar''
Pertandingan bowling anjuran GPMS Uiam.
Karnival Sukan GPMS Unisel BJ
Pasukan Bola Sepak Unisel Bestari Jaya.
Program Pemerkasaan Pemimpin Mahasiswa Dan Pengurusan GPMS Caw.Khas
Penyerahan Netbook 1Malaysia daripada GPMS Selangor kepada YDP GPMS Caw Khas Unisel Bestari Jaya Saudara Mohd Abu Al Ghida Bin Jamaluddin.Disaksikan oleh Yang Berhormat Dato’ Ir Mohamed Busho Mat Johor, ADUN Paya Jaras serta Kepimpinan GPMS Selangor.
bukan ini sahaja, untuk mengenali dan menyelusuri lebih banyak lagi pengalaman dan aktiviti menarik yang telah dijalankan oleh GPMS UNISEL BJ anda juga boleh melawati laman page fb ini : GPMS UNISEL BJ.
SURAT CINTA :
Timbulnya Gabungan Pelajar Melayu,
Setelah menempuh halangan,
Bahagia hendaknya memimpin pelajar,
Bagi ibu kandungan .
Kekal berpanjangan, khidmat mulia,
Dengan tulus dan setia,
Cekal bersatu lambang kita,
Menuntut hingga berjaya
Timbulnya Gabungan Pelajar Melayu,
Setelah menempuh halangan,
Bahagia hendaknya memimpin pelajar,
Bagi ibu kandungan .
Kekal berpanjangan, khidmat mulia,
Dengan tulus dan setia,
Cekal bersatu lambang kita,
Menuntut hingga berjaya
Allahyarham Aminuddin Baki ada menyebut beliau tidak kesal sekira bangsanya menitiskan "air mata darah bercampur keringat" tetapi tidak mahu bangsanya menitiskan "air mata darah bercampur kekesalan" akibat kealpaan mereka sendiri. Jangan merelakan bangsa Melayu "ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan" menjadi kenyataan. Semoga Singa GPMS akan terus mengaum untuk membela anak bangsa. GPMS SINGA PERJUANGAN BANGSA. InsyaAllah. Allahuakbar !
*saya tidak hanya belajar ketika didalam kuliah tetapi juga dihutan.mahu tahu?jom jenguk disini:
tanjak? serban lagi baik sebenarnya :)
ReplyDelete[link blog saya kat sini]
iye.itu tak boleh dinafikan. tapi disini saya bercakap dari segi kita menjaga apa yang ditinggalkan oleh pahlawan2 negara kita terdahulu. bukan ke itu lebih baik dr kita menyanjung budaya skinny jeans? :)
ReplyDeleteheheheh.. sblum sy nk olah tentang tanjak dan serban, sy mulakn dgn Assalamualaikum wbt semua... Bismillah
ReplyDeleteHai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Al Hujuraat:13)
Ayat ini menyeru manusia atas nama manusia, bukan bangsa tertentu. Kemudian mengakui kewujudan pelbagai bangsa dan suku kaum. Tujuannya agar kenal-mengenal dan mempelajari sesuatu yang baik antara satu sama lain.
Kelebihan tidak balik kepada jenis bangsa, tetapi kepada takwa. Inilah ISLAM.
Budaya Diiktiraf
Islam tidak menghapuskan adat dan budaya kaum yang tidak bercanggah prinsip-prinsip yang ALLAH mahu dalam kehidupan manusia. Adat dan budaya yang tidak membawa kepada kesyirikan, kezaliman, kekejian, bidaah, pendustaan, khurafat dan keruntuhan maruah tidak ditentang oleh Islam. Tidak penting adat itu berasal dari mana kaum sekalipun. Setiap kaum boleh mengekalkan adat dan budaya baik yang ada pada mereka. Bukan perjuangan Islam memaksa adat Arab ke atas bangsa lain. Begitulah juga sebaliknya.
Maka bukanlah perjuangan Islam itu memaksa bangsa lain berjubah dan berserban Arab. Tidak juga memaksa mereka memakan masakan Arab ataupun menggunakan ubatan Arab seperti yang disangka oleh sesetengah pihak. Bahkan Arab itu sendiri mempunyai perbezaan budaya dan adat disebabkan perbezaan kabilah dan tempat.
Mereka yang hidup Syam umpamanya, tidak sama dalam banyak aspek dengan mereka yang hidup di Hijaz. Begitulah seterusnya.
Sebab itu Ibn Taimiyyah (w. 728H) apabila menyebut tentang pakaian dan makanan yang mengikut sunnah menyebut: “Maka, bererti sunnah Rasulullah s.a.w dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah didapati dalam negerinya.
Maka perkara ini berbagai-bagai, berdasarkan kepelbagaian negeri” (Ibn Taimiyyah, Majmu’ah al-Fatawa, 11/541, Riyadh: Maktab al-Abikan).
Nabi s.a.w tidak diutuskan untuk memperkenalkan design atau pun jenis pakaian, kasut, ubat, makanan yang berteras budaya kaum tertentu. Sebaliknya tugasan baginda menegakkan nilai-nilai yang mulia dan baik yang bersifat sejgata dalam kehidupan manusia. Manusia mungkin mempunyai bahasa yang sama, tetapi maksudnya berbeza.
Tuak di negeri-negeri Utara Malaysia memabukkan dan haram. Namun ‘tuak’ di Kelantan tidak memabukkan kerana ia merujuk kepada air nira. Maka tidak haram. Tentu sekali mengajak orang minum tuak di utara satu kesalahan, tetapi tidak di Kelantan.
Kayu sugi, berus gigi, ubat gigi adalah alat.. Yang menjadi sunnahnya adalah membersihkan gigi. tak kira apa jua alat.
ReplyDeleteMemakai kain batik di Terengganu dan Jawa tidak dianggap menyerupai perempuan. Namun dianggap menyerupai perempuan di negeri-negeri Utara Malaysia. Kalian tidak wajar memakainya ke masjid dan majlis orang ramai. Di Scotland, lelakinya memakai skirt (kilt) yang dianggap macam pakaian wanita di tempat lain. Lelaki Melayu memakai sampin dan baju Melayu yang berwarna lembut. Pakaian Melayu itu pada pandangan masyarakat lain bercirikan wanita dan tidak ‘cukup kelakiannya’. Namun tidak pada pandangan orang Melayu. Ia bergaya dan sangat lelaki.
Maka dalam memahami dan berdalilkan hadis Nabi s.a.w yang melarang lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki itu hendaklah juga difahami budaya dan adat setiap kaum. Tidak boleh dihukum menyerupai wanita atau lelaki melainkan setelah difahami latar budaya sesuatu kaum.
Hamba pernah terbaca artikel dimana ada ‘ustaz’ Arab dari negara tertentu yang mempertikaikan wanita muslimah Malaysia memakai baju berwarna. Katanya, wanita hendaklah memakai baju berwarna hitam. Dia mungkin melihat Islam itu menerusi jendela budaya Arab di negaranya lalu dia ingin supaya budaya Arab itu dijadikan kewajipan ke atas bangsa lain. Maka hamba pula teringat atas bacaan hamba, akan kata Aishah bint Sa’d:
“Aku melihat enam dari isteri-isteri memakai pakaian mu’asfar (berwarna merah)” (Riwayat al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah). Ertinya isteri-isteri Nabi s.a.w pun memakai pakaian berwarna.
Maka kata al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (w. 463): “Adapun wanita maka ulama tiada perbezaan pendapat bahawa harus mereka memakai warna mu’asfar (merah), mufaddam (tersangat merah), warna ros, merah tanah” (al-Tamhid, 16/123, Muassasah al-Qurtubah).
ReplyDeleteFahami Uruf
Memahami latar kaum sebelum mengeluarkan pandangan hukum amatlah penting. Jangan hanya kerana sesuatu itu disebut dalam sesebuah kitab yang ditulis oleh pengarang yang mempunyai latar adat ataupun budaya tertentu lalu kita hukum perkara yang berkaitan budaya tersebut kepada kaum lain. International Islamic Fiqh Academy dalam Sidang ke-5 pada 10-15 Disember 1988 telah mengeluarkan beberapa kenyataan berhubung dengan memahami ‘uruf (latar adat) sesebuah masyarakat dalam sesuatu fatwa. Antaranya disebut: “Tidak boleh bagi seorang faqih (ahli fekah) – sama ada dia mufti ataupun kadi – jumud apabila memetik pandangan dari kitab-kitab fuqaha (sarjana fekah) tanpa meraikan (mengambil kira) perubahan ‘uruf”.
Banyak dalil agama yang pelaksanaannya hendaklah dilihat kepada latar mereka yang terlibat. Umpamanya, Nabi s.a.w mengizinkan isteri mengambil tanpa kebenaran harta suami yang enggan mengeluarkan belanja untuk keluarganya. Ini berdasarkan keizinanan yang baginda sebut kepada Hind isteri Abu Sufyan.
Sabda Nabi s.a.w kepadanya: “Ambillah apa yang mencukupi untuk engkau dan anak-anakmu” (Riwayat al-Bukhari). Hadis ini dijadikan asas dalam masalah ini. Ertinya seseorang isteri yang bersuami kedekut boleh mengambil hartanya tanpa izin untuk belanja keluarganya dengan kadar yang memadai.
Fatwa atau pandangan hukum yang jumud ialah pandangan yang tidak mengkaji perbezaan latar budaya dan adat. Fatwa-fatwa yang seperti inilah yang mengharamkan sukan, persembahan kebudayaan, seni dan lain-lain. Fatwa yang jumud ini juga yang mengeluarkan hukum dalam buku-buku yang ditulis dalam masyarakat yang monarki untuk dilaksanakan dalam negara demokrasi. Fatwa yang jumud yang menyamakan kerajaan Nabi Sulaiman yang menjadi raja adil pada zaman baginda dengan raja lain yang penuh dengan sikap yang buruk, samseng dan rakus. Kejumudan juga telah menyamakan kerajaan Firaun dengan kerajaan demokrasi yang jauh lebih baik dari Firaun.
Assobiyah
ReplyDeleteNabi Muhammad S.A.W yang dilantik menjadi Rasul kepada seluruh manusia juga sayangkan bangsa dan tanah air, tetapi kesayangan dan kecintaan itu diatur dengan petunjuk Islam, tanpa merosakkan hubungan kemanusiaan di kalangan berbagai bangsa dan suku kaum serta berbagai agama yang wajib hidup bermasyarakat, walaupun menegaskan hanya Islam yang diakui benarnya. Namun tidak boleh memaksa sesama manusia, kerana keperluan manusia seluruhnya dalam kehidupan dunia, sebelum berpijak ke alam akhirat, tidak boleh dihasilkan secara individu sahaja dan satu bangsa sahaja dan satu suku kaum sahaja.
Sempadannya ialah menegakkan Islam yang adil untuk semua. Sempadannya haram berlaku zalim terhadap sesiapa sahaja, sehingga zalim itu diharamkan terhadap kaum lain dan diharamkan juga membela kezaliman kaum dan bangsanya sendiri.
Sabda Rasulullah S.A.W (bermaksud), "(Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada asabiyyah, bukan daripada kalangan kami orang yang berperang di atas tujuan asabiyyah dan bukan daripada kalangan kami orang yang mati di atas perjuangan asobiyyah)" - Rujuk Sunan Abi Daud
Assobiyah itu ialah fanatik terhadap kaum bangsa sendiri kerana kasih tanpa dasar yang benar dan adil sehingga menzalimi terhadap kaum dan bangsa lain dalam semua urusan cara hidup dan beragama. Maka Islam telah berjaya menyelamatkan bangsa Arab dengan Islam, sehingga menghapuskan asabiyyah kabilah suku kaum sesama bangsa Arab yang berperang sejak ribuan tahun dan permusuhan bangsa Arab terhadap bangsa lain, sehingga bangsa Arab setelah menganut Islam berjaya menjadi kuasa besar dunia yang mengambil alih pengaruh dua kuasa besar dunia Parsi dan Rom di zamannya.
Islam yang terkandung dalam al-Quran dan hadith itu tidak menolak kasih kepada bangsa masing-masing, tetapi melarang zalim terhadap bangsa selain bangsa kita. Islam tidak menghapuskan hak sesuatu bangsa secara tabii, seperti bahasa ibunda masing-masing dan budaya kaum masing-masing, tetapi melarang menjadi jahil dan keruntuhan akhlak dan Islam melarang paksaan dalam anutan agama dan Islam mewajibkan adil terhadap semua. Islam membetulkan cara hidup seluruhnya.
ReplyDeletexxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Begitulah hal keadaan orang MELAYU di TANAH MELAYU ini...
Asalnya Melayu itu sudah lama berTANJAK dan berKERIS ke mana-mana saja mereka pergi...
Di mana sepersalinan mereka itu sendiri sudah ditenun dengan songket berbenan emas yang tinggi tahap teknologi tekstilnya...
Pada ketika itu ianya menjadi kebiasaan, baik di lautan, kampung, istana, semuanya memakai perhiasan tutup kepala yang dipanggil TANJAK / DESTAR / TENGKOLOK...
Akan tetapi kedatangannya Benggali Putih merasakan PELIK dengan pemakaian orang Melayu yang mana daripada segi teknologi Tekstil itu JAUH LEBIH MAJU berbanding mereka...
MELAYU itu juga sememangnya daripada asalnya mula BERDAGANG...
Berbeza pula hari ini, apabila MELAYU itu kelluar ber-TANJAK, rata-rata persepsi (tanggapan) masyarakat mengatakan TANJAK itu UNTUK PENGANTIN... Pelbagai kata-kata yang secara tidak langsung telah membuka PEKONG di dada mereka sendiri...
"kenapa bertanjak? ada buat persembahan kat mana-mana ke?"
"ada tarian ke bang?"
"eh peliknya baju raya abang, bertanjak bagai, macam pendekar."
" apalah mamat ni, dunia dah moden still nak pakai baju KUNO..ahhahaha"
Itulah hal hakikat yang nyata, terlalu ramai daripada mereka yang langsung tidak mengetahui asalnya melayu... janganlah kita mempersalahkan mereka sebaliknya PIKULLAH TANGGUNGJAWAB ini untuk menyampaikan kepada mereka agar setiap daripada mereka akan menjadi seperti asalnya...
jika datangnya MELAYU itu di-PELIK-kan oleh Benggali Putih yang datang ke Alam Melayu, kini di akhir zaman, Melayu itu sendiri menjadi PELIK kepada warisannya sendiri...
Ingin hamba tegaskan di sini bahawa, busana tradisional Melayu inilah yang paling hampir dengan pakaian Rasulullah SAW kerana tengkolok merupakan serban orang Melayu. Jika Rasulullah SAW melilit serban sebanyak lima kali, tanjak atau destar atau tengkolok juga mempunyai lima tingkat.
Serban pada ASAL-nya bukan milik orang ISLAM... TETAPI milik bangsa ARAB!! Akan tetapi menjadi SUNNAH pada kita kerna Rasulullah memakainya... TIDAK WAJIB...
Rasulullah SAW memakai jubah, dan Tekua ini merupakan Jubah Melayu.
Seluar Rasulullah SAW atas paras buku lali, Seluar Mengan juga rekaannya menepati ciri-ciri sunah Rasulullah SAW. (MANA DATANG-nya istilah kolot & kuno saudara yg dikasihi?? Perhatikan orang2 pondok mahupun berpindidikan Islam, mereka pon memakai seluar di atas buku lali.. Waima orang tabligh)
Samping pula mempunya ciri yang sama dengan Kain Jubah Arab.
Budaya dan adat juga dibentuk oleh teknologi dan perkembangan ketamadunan manusia. Semuanya hendaklah diambil kira. Islam tidak menentang apa yang tidak menyanggahi prinsip-prinsipnya yang luhur.
Maka, fahami latar budaya dan adat, baru keluarkan hukum...!!!
“Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jauhkan dari kebanyakan sangkaan buruk. Sesungguhnya sebahagiannya adalah dosa.”
(12 : al-Hujurat).
****************************************************************************************
RENUNG-RENUNGKANLAH & SELAMAT BERAMAL... SAMPAI-SAMPAIKAN-LAH SEKIRANYA KALIAN RASA PERLU...
Jadikan Nota ini utk menegur diri hamba sendiri se-ANDAI-ya punyai kesalahan berkaitan..
*rujukan rapat dpd Ayahanda dan Kekanda yg namanya dirahsiakn
by Khalifah Pendekar Lillahhitaala
ReplyDeletealhamdulilah.sangat-sangat berterima kasih atas perkongsiaan ini. terima kasih kerana sudi singga & memberikan satu lagi perkongsiaan ilmu yang sangat bermakna. :)
Delete