saya terkedu, saya kelu..tatkala kawan bukan muslim saya bertanya '' kenapa perempuan tu pakai tudung tapi leher dia nampak?bukan ke kena tutup jugak?'' .. bagaimana anda? dapat anda lihat semua itu di luar sana? saya bukanlah manusia yang bersih dari dosa, saya juga bukanlah manusia yang sempurna.tapi saya berpegang kepada " skalipun kita jahat, tak kan kita nak seret orang sama buat jahat.dan jangan berubah jadi baik sorang-sorang, kalau sama-sama berubah kan bagus?'' ..dulu, saya akui tatkala tudung awning mula glamer, saya juga tidak terlepas untuk membeli.mudah dan senang untuk dipakai. tak perlu digosok. tapi saya terlepas pandang satu perkara. tudung itu singkat dan hanya tutup dada smata-mata. saya malu, baju longgar tapi dada terdedah juga.. maksudnya tudung singkat. sehinggalah suatu hari waktu ingin balik ke trg, dalam bas ayah mula menegur ''fesyen tudung gape gni?'' .. dari situ saya mula sedar satu perkara saya dah lakukan satu benda yang salah. ye..saya bertudung tapi tidak menutup aurat. sekarang, kalau kita dapat tengok, semakin ramai artis mula bertudung.Alhamdulilah. tapi apa yang cukup mengecewakan adalah apabila ada yang menyalahgunakan keadaan ini untuk publisiti semata-mata. artis diberi gelaran Idola Muslimah sedangkan hanya menutup sebahagian dari rambut dan berjambul didepan, bertudung dikatakan menjadi fesyen dan trend terkini sedangkan sejak dari dahulu lagi itulah kewajipan seorang wanita islam. menutup aurat.
Persoalan aurat ini telah diputuskan secara jelas oleh Allah Ta’ala dalam Al-Qur’an menerusi ayat hijab iaitu ayat 30 dan 31 Surah al-Nur yang bermaksud:
30.”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..” sehingga akhir terjemahan ayat ini.
Kehendak ayat ini adalah jelas, kecuali maksud “perhiasan tubuh yang zahir” itu. Allah tidak menerangkan maksudnya, begitu juga tiada hadis qawli (ucapan Nabi ) yang sahih tentangnya. Tetapi hadis iqrari (perakuan Nabi ) yang sahih amatlah banyak sekali, iaitu perakuan Nabi terhadap para Sahabiat (sahabat wanita) yang semuanya bertudung setelah turun ayat hijab itu, seperti berikut:
Pertamanya, hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada ‘Aishah r.a.:
“Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.”
Kedua, hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Abu Dawud daripada Safiyyah bint Shaybah katanya:
“Ketika kami bersama ‘Aishah r.a., kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu ‘Aishah menyampuk: “Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw, seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka.”
Lihat tentang tafsiran dua ayat dan dua hadis di atas dalam Muhd Ali al- Sabuni, Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir, (percetakan Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.)
jika dibelek-belek majalah yang ada, ruangan fesyen mula memaparkan fesyen-fesyen untuk wanita bertudung. tapi hanya sekadar bertudung bukan menutup aurat. saya masih lagi belajar dan saya mahu kita belajar sama-sama bahawa bertudung bukan lagi tiket untuk kita menempah gelaran wanita yang yang sudah menutup aurat. sebagai seorang muslimah, bukan hanya dari segi aurat yang harus kita jaga.tetapi masih banyak yang harus kita jaga. Jadi mari kita berubah sama-sama dari satu langkah ke satu langkah yang baru, saya takmboh jd baik sorang-sorang, nok ajok awok-semua sama-sama. sebab kita ni bukan barang perhiasan, semua orang boleh tengok, tapi jom jadi yang misteri dan bila disingkat yang tersembunyi.terselindung keistimewaannya.
SURAT CINTA :
Dont proud being the cheap one..but you must proud being a Pure Muslimah. -LOVE-
Bertudung tak wajib tapi menutup aurat wajib. Islam tidak menghalang fesyen tetapi wajib fesyen yang memenuhi tuntutan menutup aurat dalam Islam. Entri menarik.
ReplyDeletebetul tu. setuju dengan komen anda. penuh bermakna.terima kasih sudi singgah :)
Deletesetuju dgn entry , tutup aurat biar sempurna :D
ReplyDeletealhamdulilah.terima kasih sudi singgah :D
Deleteehmm..
ReplyDeletebetter xpayah la terlalu berfesyen sgt..
makneng follow kamu
jom follow makneng
simple is sweet. kan? yang penting jangan over. dan melebihi batasan yang sepatutnya. alhamdulilah. terima kasih sudi singgah. insya allah akan ke blog kamu kembali :D
Delete