Thursday, 17 May 2012

KHAMAR.

ASSALAMUALAIKUM semua.. 

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“ "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90).

Arak yang juga disebut “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.

Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“ “ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-
Pembuatnya,
pengedarnya,
peminumnya,
pembawanya,
pengirimnya,
penuangnya,
penjualnya,
pemakan wang hasilnya,
pembayarnya
dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)


berikut adalah beberapa hadis yang berkaitan dengan minuman haram ini , hadis-hadis ini saya gogel di intenet.dan juga saya dapatkan diruangan soal jawab di FB. jika ada sebarang kesalahan. sila betulkan saya ya. 

Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733)  ”


Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“ "Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392) ”

Daripada Abu Malik al-Ays’ari katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“ "Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis. Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera atau babi." (Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman.) ”


SURAT CINTA : 

HUKUM ORANG YANG MINUM ARAK

Dalam Qanun jenayah syar’iyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atai tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak tidak kurang dari 40 kali sebat. Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a yang bermaksud:

”Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling aku suka”.

KESABITAN KESALAHAN MINUM ARAK(KHAMAR)

Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak (khamar) adalah tertakluk dibawah tiga sebab:

i) Minuman yang diminum itu ialah khamar, iaitu minuman yang memabukkan dan yang menghilangkan akal fikiran manusia

ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminum tadi memabukkan dan menutup akal fikiran.

iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan.

Seseorang yang meminum minuman yang boleh memabukkan, dan ia tidak tahu bahawa dengan meminum minuman itu ia akan menjadi mabuk tidak boleh dikenakan hukuman had keatas orang yang meminum minuman itu, sekalipun dengan sebab meminum tadi ia menjadi mabuk.

PEMINUM ARAK YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUM HADD

Orang yang melakukan kesalahan minum arak (khamar) yang wajib dikenakan hukuman hadd adalah tertakluk dibawah syarat-syarat berikut:

i) Baligh
ii) Berakal
iii) Kemahuan sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa
iv) Minuman itu masuk kedalam rongga melalui mulut

Kanak – kanak yang belum baligh atau orang yang gila yang minum arak (khamar) tidak boleh dikenakan hukuman hadd ke atas mereka, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh dianggap sebagai perbuatan jenayah syar’iyyah yang boleh dikenakan hukuman hadd. Ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-

”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gila’.
(Riwayat Bukhari dalam Sahih)

BUKTI-BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN MINUM ARAK (KHAMAR)

Bukti – bukti yang mensabitkan kesalahan seseorang itu minum arak (khamar) yang boleh dikenakan hukuman hadd adalah sebagaimana berikut:-

1) Syahadah (kesaksian)
2) Ikrar (pengakuan)

Kesalahan minum arak (khamar) boleh dibuktikan dengan keterangan lisan yang diberi oleh dua orang saksi atau dengan ikrar (pengakuan) yang dibuat oleh oarang yang dituduh itu dengan kerelaan dirinya sendiri tanpa paksaan dari mana-mana pihak.

Saksi-saksi dari pihak pendakwa atau penuduh mestilah terdiri dari dua orang lelaki yang mempunyai syarat-syarat yang cukup. Jika saksi-saksi itu semuanya terdiri dari orang-orang perempuan atau seorang lelaki berserta dengan beberapa orang perempuan, maka kesaksian mereka itu tidak boleh diterima dan tidak boleh disabitkan kesalahan orang yang dituduh tadi, kerana kesaksian mereka itu boleh mendatangkan keraguan.


kalau kita lihat, dikedai-kedai malahan juga dipasaraya, minuman haram ini dijual secara tbuka. adakah kita mempunyai rakan-rakan yang menjadi cashier atau mungkin juga salah seorang pekerja di kedai-kedai ini?atau salah seorang kita juga terlibat dengan minuman haram ini?jika ya. sebarkan kepada mereka-mereka semua. ayuh.. kita harus bertanggungjawab.jika bukan kita, siapa lagi? :D

No comments:

Post a Comment