Tuesday, 31 January 2012

Officially ..

ASSALAMUALAIKUM semua... 


abaikan name tag yang senget.i'm officially Cikgu Pelatih di SK Taman Bukit Teratai,Ampang.dengan warna baju yang dah lebih kurang warna dinding bangunan pra sekolah, senyum melebar je hari ni bila kegusaran semalam mula hilang apabila kedatangan kami ke sekolah ni disambut dengan baik dari pihak guru-guru.ALHAMDULILAH dengan permulaan yang baik hari ni.
seriously sangat-sangat teruja bila selisih je dengan budak-budak ''ASSALAMUALAIKUM CIKGU''!!*muka teruja sambil sengih nampak gusi
melangkah je masuk.hambik kau.terlebih peramah pulak budak-budak kat kelas ni.huhu..muka comel-comel mcm lolipop je.tapi tenaga, mcm tak habis-habis je bateri duk main..*siap kau lepas ni =_=''

 nampak tak?nampak kan?ape dia dalam gambar ni?* buat-buat tanya sambil tunjuk-tunjuk.

Pandaiiiiiii! ye betul ni budak-budak..ni lah yang bakal menjadi geng-geng berlari-lari berkejaran nanti =_=''

kami ke sekolah tepat jam 7.00 pagi menaiki CARki, ALHAMDULILAH kedatangan kami disambut dengan baik oleh Puan Yasmin yang merupakan Guru Penolong Kanan 1 kerana ketiadaan Guru Besar yang sedang bercuti.setelah berjumpa & diberi penerangan, kami dibawa ke bangunan Pra Sekolah.kat sekolah ni ada 2 kelas pra sekolah jadi kami berempat dibahagikan kepada 2 kumpulan.kiranya 2 orang satu kelas.

  meet my gether-gether tecer in class iaitu CIKGU AZA..waktu gambar ni di snap dia tengah betulkan tag nama budak ni yang asyik tercabut je. kat rumah dia jugak roomate merangkap teman setoto tak sebantal aku.haha.bujang lagi*sila add di facebook.hehe..
dan sepanjang tiga bulan berpraktikal kami berada dibawah penyeliaan Cikgu Nizam*tunjuk ajar ku sifu :)..dia berasal dari Terengganu juga.orang kapung ah kira ni. (^_=)v

reen & airani pula berada dikelas sebelah..seronok jugak dapat mengenali kak ayu,kak ina & juga guru pbimbing mereka berdua iaitu Cikgu Muzirah.berasal dari kelantan & seriously memang happening giler diorang ni.jadi kami pun tak de la kekok & malu sgt.*mcm menipu je pemalu.huhu

ni cikgu kelas sebelah..Cikgu Airani & Cikgu Azureen*yang kelihatan hanya baju..huhu.time ni diorang baru nak mula kelas dan tengah baca doa.
kami juga dah diberi amanat oleh Cikgu KO-Kurikulum, Puan Azilah untuk menjadi guru penasihat unit beruniform, kelab & permainan sekolah.rumah sukan pun kami dapat.btw masih mengekalkan rumah sukan dari sekolah rendah.aku memilih rumah kuning
keterujaan bertambah-tambah apabila mendapat tugasan sebagai salah seorang GURU PANITIA BAHASA MELAYU dengan Cikgu Aza.excited memikirkan apa aktiviti nak dibuat nanti?*thinking...hurmm..boleh tak jemput SUPER JUNIOR buat konsert?eh?soalan ni soalan mengundang pelempang eh?huhu.
Jumpa lagi di next next next & next annoying entry..ahakss!
.............................................................................................................

SURAT CINTA : Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.Doakan semoga perjalanan kami dalam menjalankan tugas dan belajar terus belajar dipermudahkan.amin :) 

Monday, 30 January 2012

Bakal Bermula..

ASSALAMUALAIKUM semua..
petua orang tua-tua, bagi meranggupkan lagi pisang goreng atau ayam goreng adalah dengan meletakkan sedikit minyak masak yang panas ke dalam bancuhan tepung.cubalah! nak sedap lagi tambah minyak rambut yang modelnya tengah laku mcm pisang goreng panas *ok yang ni tipu.huhu


NAMPAK TAK?NAMPAK TAK?
 tak nampak tandanya semalam kencing kat tilam.haha

ALHAMDULILAH semalam dah selamat masuk ke rumah sewa berhampiran tempat praktikal iaitu di Sekolah Kebangsaan Bukit Teratai.Ampang.
 PENGHARGAAN buat ayah long, mak long.kak nini, acik, aliff & si comel echa yang sudi menghantar ke istana tak berapa tinggi ni..huhu..mahunya ranap bahu diorang smalam angkat barang aku.bak kata ayah aku " bawak barang mcm nak g 3 tahun''..smua ni salah periuk, kalau tak kerana periuk mesti tak berat* alasan ! huhu =_=''

sepatutnya kami melapor diri hari ni, tapi atas masalah teknikal, kami mendapat arahan untuk melapor diri esok, jadi semalam sempatla kemas-kemas umah, beli barang-barang rumah & kemas umah.kondominium  flat kami agak besar jugak sebab tu nampak mcm tak de perabot.tibi yang melekat kt dinding pun tak timbul lagi lepas pasang smalam* dusta semua ni =_=''


btw hari ni kami masak kari ikan jerung dengan telur kijang goreng ( sardin + telur goreng)..kalau nak rasa.jemputla pandang-pandang aje..hakhak..

oleh kerana flat kami berhampiran sekolah aje, aku & aza asyik skodeng kawasan sekolah je.kejap-kejap bunyi loceng..kejap-kejap intai dari tingkap..tadi dalam pukul 12 dah tgk bakal-bakal geng bas sekolah beratur nak balik.alahai..menambahkan cuak pun ada *sesungguhnya aku tak ready walaupun tak sabar nak cepat-cepat habis praktikal..huhu


abaikan tulisan yang mcm cakar kucing tu..doakan kami dipermudahkan dan berjaya melalui alam praktikal dengan jayanya.Insya ALLAH :)

nah ! 


SURAT CINTA : tak tahu nak update pasal ape sebab dalam kepala memikirkan esok esok & esok =_=''

Thursday, 26 January 2012

Apa dah Jadi?

ASSALAMUALAIKUM..
bertemankan angin kipas kelajuan 3 sepoi-sepoi bahasa, diiringgi muzik lagu korea mcm biasa..ku gerak-gerakkan jari-jemari yang tak runcing dan bersenam ala-ala erobik sebagai warming up sebelum memulakan operasi update blog yang tak secomel aku ni.eh jap?ape ke teruk sgt bahasa kau guna ni sebagai intro?huhu..buat malu je.kata peminat setia DATUK A.SAMAD SAID.* kelip-kelip mata berangan nak jumpa Pak Samad.hehe.

hah..kenal tak?kenal tak?
dia SEMANGAT yang mengerakkan jemari jiwa saya.
&
adakah anda semua pernah membaca berita tentang gambar ini?sila tengok ke bawah.


saya rasa dari gambar anda semua dah tahu apa yang berlaku & bila gambar ni diambil.disini saya nak berkongsi pengalaman saya semalam tentang beliau.

Perbualan antara saya & seorang pakcik :
Pak cik Tak Tahu Nama : suka A.Samad Said ke?
Aku : Yup..pak cik suka dia jugak?
Pak cik Tak Tahu Nama; anok ni blaja ag ke keje dah?
Aku : saya masih blaja lagi.sedang tunggu masa untuk praktikal.
Pak cik Tak Tahu Nama : bagi pok cik la, dia ni manusia tak mengenang budi
aku : agak terkejut & bertanya " kenapa pak cik cakap mcm tu?''
Pak cik Tak Tahu Nama : anok dok baca pasal hok dia join BERSIH tu?
Aku : baca.knp?
Pak cik Tak Tahu Nama : dia tu tua doh,pttnya tak payah doh duk buat benda bodo gtu.gitu la kalu dang tak kenang budi.tak payah lah nak jadikan orang gini sebagai orang hok nak agung-agung.pttnya kena tarik gelaran dia.
Aku : pak cik kawan dia ke?
Pak cik Tak Tahu Nama : nak kata kenal tu dok la.tapi baca berita hok pasal dia.
Aku : pak cik rasa semua berita yang keluar tu tak ada tokok tambah ke?
Pak cik Tak Tahu Nama : hola.dok kang berita nak nipu pulok.
Aku : aku tersenyum.sambil memandang kawan aku & renung semula novel SALINA yang aku pegang.
boleh pak cik dengar pendapat saya pulak?
Pak cik Tak Tahu Nama : boleh je.pok cik sporting je kalu nok dengor orang v pendapat ni.
Aku : saya meminati Pak Samad sebelum dia join BERSIH.saya mencintai karya-karyanya kerana minat saya dewasa bersama karya-karyanya.untuk mendapat gelaran SASTERAWAN NEGARA tu bukan mudah-mudah mcm tulis status kat fb.berfalsafah kat fb terus dapat gelaran.kita tak berada kat tempat dia.kita tak mendengar isi hati dia.untuk mengarang bait-bait puitis yang dia coretkan bukan mcm translate perkataan drpd gogel translate.translate trus dapat makna.jadi kalau pak cik terus menghukum dia dan seolah-olah menghalang orang lain meminati dia kerana BERSIH.itu terlalu pesimis.
Pak cik Tak Tahu Nama : minat lajok anok ni ke dia.
Aku : bukan gtu pok cik.tapi cara pak cik bercakap dan melihat dia seolah-olah dia hanya seorang lelaki tanpa pendidikan & gelaran dia hanya dia dapatkan dengan beli kat pasar.dia tak meminta gelaran tu pak cik.tapi dia DIBERI gelaran tu.
Pak cik Tak Tahu : terdiam kemudianya menyambung " anok nanti nak ngundi pihak pembangkang ke?''
terkejut &kaget dengan kesimpulan dia pada pandangan aku.
Aku : saya masih mencari yang mana satu pilihan saya pak cik.
terus terdiam dan bangun meninggalkan aku.
...........................................................................................
adakalanya saya melihat situasi mcm ni sama seperti yang ni :


dan sama juga seperti kisah-kisah artis yang menjadi pujaan.kalau kena tangkap basah, kena tangkap khalwat, rampas suami orang, berbogel untuk menjayakan lakonan*kononya, berlakon mcm laki bini, bla..bla..apa kita buat?sanggup update berperang sakan di twitter,fb, demi artis.huhu..faham apa saya nak katakan?sila bankang jika mahu.silakan (^_^)v

Surat Cinta : saya harap apa yang saya tulis tidak dibaca dari sudut politik.tapi luaskan pemikiran anda dengan melihat apa yang saya cuba sampaikan dari sudut bagaimana kita menghukum dan persepsi yang kita letakkan dalam sebarang isu yang terjadi.sekali lagi saya mohon jangan musnahkan jiwa melayu ditangan melayu sendiri.-LOVE- 

Tuesday, 24 January 2012

WanitaLelaki~

ASSALAMUALAIKUM semua..
selamat pagi..alhamdulilah masih lagi diberikan peluang bernafas dengan nikmatNYA. bagaimana permulaan hari anda hari ni?sedih atau gembira?atau awal-awal pagi dah jatuh katil? =_=''.semoga hari baru akan membuka lebaran baru, bagi yang sedang terluka..jangan terlalu lama meratap kesedihan yang berlaku, jangan bazirkan masa kegembiraan yang ada kerana kita belum pasti esok masih ada untuk kita.


Wanita, 
dicipta dari rusuk Lelaki yang tidak tahu sedang menanti dimana, dalam ketegasan yang terlihat masih punya kelembutan yang tidak terlihat, dicipta cukup kuat untuk mengoncang dunia tapi cukup lembut untuk membelai dengan kasih sayang.tatkala hati sedang remuk melihat kesakitan yang diberi tanpa henti, mereka kuat untuk menongkah arus melawan ombak pembunuh yang diberi si pemegang rusuk. Dicipta dengan keistimewaan yang tidak dapat disingkap tanpa kenal, bahu yang terhenjut menahan tangisan terus bangun tanpa melihat ke belakang. disaat mana si suami sedang kegusaran, belaian isteri jadi penenang.sama-sama sujud padaNYA memohon untuk kebahagiaan disini dan disana, mereka dilahirkan untuk dilindungi.bukan sebagai lasa kaki untuk dipijak-pijak sehinga hancur remuk hati yang selalu bertahan.Mereka juga bukan bola untuk ditendang ke sana ke mari melepaskan kemarahan yang syaitan bisikan. apa guna kata cinta yang diungkap jika segalanya layu hanya setelah madu yang manis hanya tingal sepah. 


Suamiku,
apabila akad nikah sudah kamu lafaz, bimbing diriku menuju ke Jannah. bila masakkan yang ada terlebih garam, maniskan dengan memberi peluang untuk ku belajar menjadikannya lebih enak untuk memberi mu masakan penuh kasih sayang. jangan jadikan aku alas kaki untuk kamu pijak kerana aku tulang rusuk mu yang dicipta untuk kau lindungi.bukan cerita ngeri mimpi ngeri menjadi hadiah untuk perkahwinan yang termeterai atas nama restu & redhaNYA yang kita harapkan.apabila ada silapku yang membuat kamu berkecil hati, berikan aku peluang untuk membetulkan kekasaran yang tak disengajakan.jika ada kelalaian ku dalam menunaikan kewajipan kepadaNYA, bimbing diriku untuk aku tidak leka dengan dunia.aku adalah amanahmu.Jangan kamu berikan aku Dunia kerana aku mahukan Akhirat bersamamu.

Allah yang memerintahkan para isteri agar mentaati dan melayani suami dengan baik, sabda Rasulullah SAW: maksudnya: "kalau boleh aku menyuruh seseorang supaya sujud kepada orang lain, nescaya aku menyuruh isteri supaya sujud kepada suaminya." (Riwayat At-Tirmidzi)






SURAT CINTAPasangan bahagia itu bukan tidak pernah bergaduh,cuma mereka tidak pernah berdendam, tidak mengungkit, tidak mengadu masalah rumahtangga pada orang lain, terus berusaha untuk saling menyayangi, sentiasa memaafkan kesilapan masing-masing dan sentiasa menjaga aib masing-masing.. Dengan mengetahui makna kebahagiaan seperti ini, InsyaAllah hubungan kita dengan orang tersayang sentiasa bahagia, diberkati, diredhai kekal hingga ke syurga Ilahi.. ♥-LOVE-

Monday, 23 January 2012

Resdung~

ASSALAMUALAIKUM semua..
sebelum kita memulakan bebelan yang akan membuatkan anda semua menyampah sambil garu-garu gigi, pernahkah anda semua mengalanami situsi dibawah?

  • Hidung tersumbat dan kerap bersin.
  • hidung kerap berhingus terutamanya apabila makan benda pedas.
  • hidung kerap berdarah dan bernanah.
  • rambut gugur dan kelemumur.
  • sakit kepala.
  • jerawat pada belakang badan.
  • muka terasa gatal seperti ada benda merayap dan jerawat bernanah pada muka.
* salah satu keadaan yang akan dialami oleh pesakit resdung

Jika pernah,anda adalah salah seorang pesakit Resdung.apa itu Resdung?

Penyakit resdung atau kalau kat kg saya orang panggil 'seduan'' ialah penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus (dinding sinus).Sinus ini adalah rongga dalam bahagian muka anda yang mengandungi udara.Permukaan sinus ini diselaputi kulit yang mengeluarkan mukus atau pun hingus.Resdung terjadi akibat daripada alahan kepada habuk,makanan,asap,jangkitan pepijat,hama atau kutu.Sekiranya dibiarkan atau pun tidak dirawat dengan sewajarnya,radang  pada ruang sinus akan merebak sehingga ke seluruh bahagian kepala pesakit.Ia menyebabkan radang pada tulang tengkorak yang dipanggil osteomyelitis .Radang ini akan merebak ke bahagian mata yang mengakibatkan kelopak mata sakit dan membengkak.Pandangan akan menjadi kabur dan boleh menjadi buta sekiranya sampai pada tahap kronik.Radang ini juga boleh merebak ke selaput otak yang mengakibatkan meningitis.*Sekiranya resdung dibiarkan,ia juga boleh membawa maut.

Antara punca resdung yang telah dikenalpasti adalah:
  • Jangkitan kuman dan virus yang berulangkali pada rongga hidung,menyebabkan seseorang itu mendapat demam dan selsema
  • Struktur tulang hidung yang abnormal seperti patah akibat kemalangan dan sebagainya juga salah satu faktor.Ini disebabkan kawasan rongga yang tersumbat dan dijangkiti kuman.sesiapa yang mempunyai struktur hidung yang sengat atau dipanggil deviated nasal septum juga berisiko tinggi mendapat resdung.
  • Kuman atau pun bakteria daripada gigi atas yang rosak ataupun sakit akan merebak ke kawasan rongga sinus.
  • Tabiat menyelam ke dalam sungai yang kotor atau laut yang tercemar.
  • tabiat mencabut bulu hidung juga perlu dielakkan keran bulu hidung bertindak sebagai penapis kepada habuk atau benda asing yang terdapat dalam udara. *
Setiap penyakit pasti ada penawarnya, disini saya juga nak kongsikan beberapa petua yang saya baca untuk menghilangkan resdung,kalau ada lagi.boleh la anda kongsikan jugak untuk kita semua sama-sama jadikan input berguna :).

Petua  1
Petua Resdung yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Petua 2
Setengah orang baik lelaki mahupun wanita ada antaranya menghadapi masalah bila bangun pagi selalu bersin yang sukar untuk diberhentikan. Maksudnya bersin tidak pernah berlaku sekali dua sahaja, sebaliknya beberapa kali hingga menimbulkan masalah pada anda. Untuk mengatasi masalah ini terlalu mudah iaitu dengan memasukkan air dingin (sejuk) kedalam hidung anda. Kemudian anda tumpahkan keluar semula. Ulangi beberapa kali nescaya bersin anda akan hilang.

Petua 3
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.

Petua 4
Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.

 Petua 5
Resdung di muka - Wapkan wajah dengan air rebusan jintan hitam.

Petua  6
Akar bunga melur boleh di jadikan penawar resdung.Cabut Pokok ni dan keringkan akarnya. Lepas tu bakar dan hidu akarnya,bagi pesakit resdung akan berasa pedas pada hidung masa hidu akar pokok ni. Mata juga rasa pedih dalam masa yang sama. Amalkan beberapa kali dan boleh lihat kesannya lepas tu. Selain akar melur pokok bunga raya juga ada khasiat yang sama.

Petua  7
DAUN pisang kelat amat berguna bagi memulihkan penyakit resdung. Daun pisang kelat ini di katakan mempunyai khasiat yang boleh membunuh kuman serta memulihkan rongga pernafasan. Cara memproses untuk di jadikan ubat adalah dengan mengeringkan daun ini selama beberapa hari sebelum di jadikan rokok daun atau di panggil rokok resdung. Asap yang di sedut dari rokok itu masuk ke saluran pernafasan bagi membasmi segala kuman yang berada di dalam hidung. Khasiat asap daun pisang kelat ini bukan saja membunuh kuman malah ia juga akan mengering dan memulihkan lapisan dalam hidung yang di dapati rasa gatal atau berair. Walau baunya agak keras tetapi mujarab untuk penyakit jenis ini. Manakala mereka yang tidak merokok pula terdapat cara kedua, Bakarkan daun pisang kelat itu ke dalam bekas sambil menutupnya. Apabila api yang membakar daun itu mulai padam hendaklah membuka penutupnya dan anda akan saksikan asap-asap daun itu berkepul-kepul keluar. Hendaklah menyedut asap-asap tersebut beberapa kali sehingga anda berasa lega.
Sumber : Petua Warisan

inilah dia rokok resdung. * benda ni bukan untuk dimakan mcm rokok yang hari-hari perokok duk makan tu.

 ini pula adalah rawatan resdung * rembat gogel

selain petua-petua tradisional diatas, disini saya sarankan : 
  • -Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah atau menggunakan sebarang barang-barang berbulu contohnya bantal atau juga cadar.
  • -rajin-rajinkan diri kemas rumah selalu, jangan 2 tahun sekali baru nak bersihkan rumah, tukar cadar, mop lantai dan yang penting sekali bersihkan habuk-habuk.kotoran dan habuk-habuk adalah punca yang akan menyebabkan resdung akan semakin teruk.selain drpd tu juga jangan lupa pakai mask masa mengemas.
  • - kalau keluar berjalan-jalan, bila balik kat rumah amalkan cuci muka dan lap dengan kain yang bersih bagi menghilangkan kotoran-kotoran yang melekat kat muka.lagipun bila kita keluar.kita terdedah dengan mcm-mcm habuk. 
  • -elakkan dari makan makanan yang anda tak boleh makan.contohnya makanan laut.* tapi saya kekadang lupa diri jugak.huhu =_=''
PESANAN ini adalah tajaan saya sendiri-peace yaww-

SURAT CINTA : anda ada Petua atau juga apa-apa untuk dikongsi tentang RESDUNG? jom share sama-sama :)-LOVE-

Saturday, 21 January 2012

Susu Dibalas Tuba~

‘’ nanti aman dah besar, aman nak pakaikan mak pakaian cantik-cantik,  makan makanan sedap-sedap dan aman nak bawak mak tinggal kat rumah yang macam istana’’
Sejuk hati si ibu tatkala anak yang makin meningkat dewasa menggangankan impian yang indah-indah untuk masa depan. Kemiskinan hidup yang dialami bukan halangan untuk dia memberikan yang terbaik buat Aman dan dia akan memastikan Aman juga berjaya masuk ke universiti seperti kanak-kanak lain.
‘’ mak, Aman janji Aman akan hanta berita nanti bila Aman kat sana ye mak’’
Tatkala anak yang ditatang bagai minyak yang penuh berjaya melanjutkan pelajaran ke luar Negara, hati ibu mana tidak bangga. Tanah yang sekakang kera digadai biar diri nanti terpaksa merempat, barang kemas pusaka yang ada lebur di pajak gadai untuk memberi hidup yang selesa tatkala merantau dinegeri orang bagi menyambung pelajaran.
‘’ Aman dah kahwin mak, nanti Aman bawak dia balik jumpa mak ye’’
Berita gembira yang tanpa dijangka akan bertukar menjadi tragedi yang menjadikan susu yang diberi selama ini dibalas tuba.
‘’ i nak you hanta mak you ke rumah orang tua, i tak nak jaga dia’’
Anak yang dikandung 9 bulan 10 hari membuang dia seperti sampah dan hari ni dia terdampar tanpa jagaan dan ditemani anak yang dulunya menjanjikan dia kehidupan yang lebih baik.bukan harta atau minta dibayar segala penat lelah yang telah dia lalui, cukupla sekadar anaknya berada disisinya dan menemaninya untuk menghabiskan sisa-sisa hari tua yang entah bila akan sampai waktu untuk dijemput kembali pada yang SATU.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Israa ayat 23:
Maksud:
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)".

‘’ kau keluar perempun tua tak sedar diri, anak kau tak de kat sini’’
Ya, dia perempuan tua. Perempuan tua yang bersengkang mata siang dan malam untuk mencari sesuap nasi mengalas perut anak yang hari ni menghalaunya dari rumah. Perempuan tua yang sanggup menjadi ayah kepada anak lelaki yang hari ini malu untuk menjadi anaknya.
 ‘’ maaf ibu, tuan tiada dirumah.dia berada di hospital kerna kecelakaan jalan raya’’
Sehina mana pun penghinaan yang dilemparkan, seorang ibu tak kan mampu membuang naluri rasa sayang pada seorang anak.biar diherdik dikeji.hati tetap peronta-ronta mahu melihat anak kesayangan yang kini terlantar dan menunggu masa entah akan sedar atau sebaliknya.
‘’ Doktor..saya nak tahu siapa penderma yang sudi mendermakan matanya pada saya’’
Sembuh dari kemalangan yang hampir merangut nyawa, Aman mula sedar kesilapan yang telah dilakukannya. Saban hari dia mencari ibu yang selama ini telah dia buang.telah dia halau tanpa rasa belas.setiap hari kesilapan yang dilakukanya menghantui setiap saat denyutan nadi dan hembusan nafas yang seakan menikam-nikam hati.
‘’ maaf encik, Puan Zaiton yang Encik cari sudah meninggal dunia 3 hari selepas dia mendermakan matanya disebuah hospital berdekatan sini’’
Mahu diraung pada siapa?mahu diratap pada siapa?Wanita yang telah merawat dirinya tatkala sakit, wanita yang menyuapkan makanan ke mulutnya tatkala diri sendiri kelaparan kini telah tiada dan tak mungkin akan kembali lagi.

ingatlah pesanan Nabi Muhammad S.A.W :
"Khabarkanlah berita gembira ini kepada mereka yang berbuat baik kepada ibubapa: Buatlah apa saja bahawasanya Allah Taala telah mengampuni mereka. Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang menderhakai ibubapa, buatlah seberapa banyak ibadat yang disukai, bahawasanya Allah Taala tidak akan memberikan keampunan sedikitpun kepadanya

Surat Cinta : mereka juga pernah muda seperti kita, cuba lihat mata mereka yang ada kalanya tidak tidur untuk menjaga kita, kudrat yang tidak pernah berhenti bekerja untuk memberikan kita kehidupan yang selesa.dan disetiap kesulitan yang kita hadapi, mereka insan pertama yang ada bersama.tapi apa yang lakukan dan berikan kepada mereka?
Nabi bersabda kepada sahabatnya sebanyak tiga kali:"Mahukah aku memberitahu kalian mengenai dosa besar?Mereka menjawab"Sudah tentu wahai Rasulullah.
Nabi menjelaskan:Syirik kepada Allah,derhaka kepada ibubapa(pada masa itu Nabi duduk bersandar lalu menyambung)sumpah yang palsu.'(Riwayat Al Bukhari). -LOVE-

Friday, 20 January 2012

Buang Racun~

Assalamualaikum semua..
dah siap sedia nak masuk ke alam mimpi?sudah cuci kaki?baca doa?atau sebenarnya memang tengah tidur dah?*senget je soalan.ingat ada orang nak mimpikan blog kau..huhu..dah buang air belum?karang ada je tilam yang basah.haha..opss..dah makin tua ada jugak ke yang masih lagi kencing kat tilam?huhu..sadis tol..jadi gunakan lah pampers baby dry.haha =_=''

bercakap soal buang air atau dalam bahasa bukan merujuk kamus dewan bahasa iaitu kencing, pernah tak anda mengalami situasi dimana ketika dalam perjalanan jauh, bila dalam bas terpaksa tahan kencing?time tu mesti fikir bestnya jadi baby, lau nak kencing ada pampers * panggg!! ape kau mengarut ni.huhu..tapi betul kan?dan memang tak selesa sgt bila terpaksa mengalami keadaan mcm tu ditambah dengan aircond bas yang sejuk.huhu..nak bagitahu pemandu pulak segan, jadi tahan je la.
ITU BUKAN TINDAKAN YANG BIJAK.
kerana bila anda mula rasa nak kencing.jangan tahan-tahan.
KOTORAN BERACUN TU HARUS DIBUANG. 

hah..nampak tu..kalau tak jelas jugak..try ambik kanta pembesar.

Artikel ini dipetik drpd : Bahaya Tahan Kencing

Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.
Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.
“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.
“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitu masalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin.
Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran.
Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.
Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah.
Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.
Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal.
Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.
“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya.
 ini adalah warna-warni air kencing.huhu.
Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari.
 Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.
Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah.
Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.
“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu.
“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi.
Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.
Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan.
Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.
Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.
“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.
Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.
Surat Cinta : adakala kita megambil remeh temeh hal sebegini dan menganggapnya sebagai gurauan.kononnya jangan minum banyak air nanti kerap kencing.sedangkan minum air putih bagus untuk kesihatan dan juga kencing boleh membantu mengeluarkan toksin dalam badan.toksin boleh menyebabkan badan mengalami banyak penyakit.Jadi jangan lengah-lengah apa yang boleh memudaratkan badan kita sendiri.bukan kena bayar pun.jangan nanti menyesal dikemudian hari.mcm juga dah tahu bom yang sedang tunggu masa nak meletup, pergi ambik dan simpan kat rumah jugak.last-last.segalanya tak dapat diselamatkan.kalau malas sgt nak kencing.pakai pampers siap-siap.*ok tak lawak.huhu-LOVE- 

Thursday, 19 January 2012

Destinasi mana?~

ASSALAMUALAIKUM semua..

dua tiga hari ni isu mahasiswa dan politik memang menjadi berita hangat.oh terlebih dahulu jangan salah faham.saya tak bermaksud untuk menulis tentang hal politik atau juga mahu bercakap lebih-lebih kerana saya bukan lah seorang yang tahu segala hal dalam dunia politik. bila kita bercakap soal politik, kita secara tak langsung berbicara soal kepimpinan. apa itu kepimpinan?sape-sape yang pernah jadi pengawas mesti pernah ke kursus kepimpinan bukan? masa sekolah dulu mesti yang pernah jadi ketua kelas pun ada belajar bukan bagaiman nak menguruskan kelas.bila makin dewasa, masuk ke alam universiti..anda semua mula meneroka alam baru dan kepimpinan baru.. and the story begins here ~

dari sudut pemikiran peribadi saya, saya melihat kepimpinan adalah suatu amanah yang pikul dibahu.bila mana kamu mengambil amanah yang diberi, maka kamu sudah bersedia untuk disoal disana nanti.dimana?
DI AKHIRAT sana. saya tidak malu dikatakan pengecut bila mana saya menolak apa yang orang tawarkan pada saya bila saya sudah punya tanggungjawab lain. saya bukan pengecut.saya akan buktikan apa yang saya boleh buat tapi mungkin bukan dengan cara yang kamu semua mahu.itu adalah saya.biar saya dikata pengecut asalkan jangan '' buah yang saya sedang bawak jatuh tergolek, keuntungan yang saya kejar entah kemana''.  jangan jadi TAMAK. siapkan apa yang sedang diusahakan baru terhengeh-hengeh nak kejar yang lain.dah tahu nasi hampir nak masak, tapi sempat lagi nak pergi ke tempat lain yang masih jauh beribu batu.hasilnya nasi pun hangit. itu cara saya.anda bagaimana?

disini saya tertarik untuk menyertakan bebrapa hadis yang saya baca tentang pemimpin/kepimpinan. saya tidak mahu hanya bercakap tentang pendapat sendiri.kerana saya juga manusia biasa.,dan pendapat kita mungkin berbeza.mungkin kita semua hanya tahu melihat dan bercakap tapi lupa dengan apa telah disyariatkan.

Kesejahteraan rakyat adalah
Tanggung jawab  seorang pemimpin
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ عَلَيْهِمْ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

Ibn umar r.a berkata : saya telah mendengar rasulullah saw bersabda : setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannnya. Seorang kepala negara akan diminta pertanggungjawaban  perihal rakyat yang dipimpinnya. Seorang suami akan ditanya perihal keluarga yang dipimpinnya. Seorang isteri yang memelihara rumah tangga suaminya akan ditanya perihal tanggungjawab dan tugasnya. Bahkan seorang pembantu/pekerja rumah tangga yang bertugas memelihara barang milik majikannya juga akan ditanya dari hal yang dipimpinnya. Dan kamu sekalian pemimpin dan akan ditanya (diminta pertanggungan jawab) darihal hal yang dipimpinnya. (buchary, muslim)

Hukuman bagi pemimpin yang menipu rakyat
حَدَّثَنَا شَيْبَانُ بْنُ فَرُّوخَ حَدَّثَنَا أَبُو الْأَشْهَبِ عَنْ الْحَسَنِ قَالَ عَادَ عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ زِيَادٍ مَعْقِلَ بْنَ يَسَارٍ الْمُزنِيَّ فِي مَرَضِهِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ قَالَ مَعْقِلٌ إِنِّي مُحَدِّثُكَ حَدِيثًا سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ عَلِمْتُ أَنَّ لِي حَيَاةً مَا حَدَّثْتُكَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
Abu ja’la (ma’qil) bin jasar r.a berkata: saya telah mendengar rasulullah saw bersabda: tiada seorang yang diamanati oleh allah memimpin rakyat  kemudian ketika ia mati ia masih menipu rakyatnya, melainkan pasti allah mengharamkan baginya surga. (buchary, muslim)

BATAS KETAATAN KEPADA PEMIMPIN
1203 حَدِ يْثُ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا, أَطِيْعُواللهَ وَأَطِيْعُو الرَّسُوْلَ وَأَوْلِي اْلأَمْرِمِنْكُمْ, قَالَ: نَزَلَتْ فِي عَبْدِاللهِ بْنِ خُذَافَةَ بْنِ قَيْسِ بْنِ عَدِيٍّ, إِذْبَعَثَهُ النَّبِيُّ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَرِيَّةٍ.                                                  (أخر جه البخاري )
Ertinya:
Ibn Abbas r.a. berkata: Ayat : Athi’ullaha wa athi’urrasula wa ulil amri minkum (taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasulullah dan pemerintah dari golonganmu). Ayat ini turun mengenai Abdullah bin Hudzaifah bin Qais bin Adi ketika diutus oleh Nabi saw. Memimpin suatu pasukan. (Bukhari, Muslim)
1204 حَدِيْثُ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ أَطَاعَنِي فَقَدْ أَطَاعَ اللهَ وَ مَنْ عَصَانِي فَقَدْ عَصَى اللهَ، وَ مَنْ أَطَاعَ أَمِيْرِي فَقَدْ أَطَاعَنِي، مَنْ عَصَى أَمِيْرِي فَقَدْ عَصَانِي.   (أخرجه البخاري)
Ertinya:
Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah saw bersabda: Siapa yang taat kepadaku maka berarti taat kepada Allah, dan siapa yang maksiat kepadaku berarti maksiat kepada Allah, dan siapa yang taat kepada pimpinan yang aku angkat berarti taat kepada taat kepadaku, dan siapa yang melanggar amier yang aku angkat berarti melanggar kepadaku (Bukhari, Muslim)
1205 حَدِيْثُ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، عَنِ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ، قَالَ: اَلسَّمْعُ وَ الطَّاعَةُ عَلَى الْمَرْاِ الْمُسْلِمِ فيما أحب و كره، مالم يؤمر بمعصية، فإذا أمر بمعصية فلا سمع و لا طاعة.أخرجه البخاري)
Ertinya:
Abdullah bin Umar ra berkata: Nabi saw bersabda: mendengar dan taat itu wajib bagi seorang dalam apa yang ia suka atau benci, selama ia tidak diperintah berbuat maksiat, maka jika diperintah maksiat maka tidak wajib mendengar dan tidak wajib taat (Bukhari, Muslim)
1206 حَدِيْثُ عَلِيٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ: بَعَثَ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: سَرِيَّةً وَ أَمَّرَ عَلَيْهِمْ رَجُلاً مِنَ اْلأَنْصَارِ وَ أَمَرَهُمْ أَنْ يُطِيْعُوْهُ. فَغَضَبَ عَلَيْهِمْ، وَ قَالَ: أَلَيْسَ قَدْ أَمَرَ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ أَنْ تَطِيْعُوْنِي؟ قَالُوْا: بَلَى. قَالَ: عَزَمْتَ عَلَيْكُمْ لَمَا جَمَعْتُمْ حَطَبًا وَ أَوْقَدْتُمْ نَارًا ثُمَّ دَخَلْتُمْ فِيْهَا. فَجَمَعُوْا حَطَبًا، فَأَوْقَدُوْا. فَلَمَّا هَمُّوْا باِلدُّخُوْلِ، فَقَامَ يَنْظُرُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ، قَالَ بَعْضُهُمْ: إِنَّمَا تَبِعْنَا النَّبِي صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ فِرَارًا مِنَ النَّارِ، أَفَنَدْخُلُهَا؟ فَبَيْنَمَا هُمْ كَذلِكَ اِذْ خَمَدَتِ النَّارِ، وَ سَكَنَ غَضْبُهُ. فَذُكِرَ لِلنَّبِي صلي الله عليه سلم فَقَالَ: لَوْ دَخَلُوْهَا مَا خَرَجُوْا مِنْهَا أَبَدًا، إِنَّمَا الطّاَعَةُ فِي الْمَعْرُوْفِ.  (أخرجه البخاري)
Ertinya:
Ali ra berkata: Rasulullah saw mengirim pasukan dan diserahkan pimpinannya kepada sekorang sahabat Anshar, tiba-tiba ia marah kepada mereka dan berkata: Tidakkah Nabi saw telah menyuruh kalian menurut kepadaku? Jawab mereka Benar. Kini aku perintahkan kalian supaya mengumpulkan kayu dan menyalakan api kemudian kalian masuk ke dalamnya. Maka mereka mengumpulkan kayu dan menyalakan api, dan ketika akan masuk ke dalam api satu sama lain pandang memandang dan berkata: Kami mengikuti Nabi saw, hanya karena takut kepada api, apakah kami akan memasukinya. Kemudian tidak lama padamlah api dan reda juga marah pemimpin itu, kemudian kejadian itu diberitakan kepada Nabi saw maka sabda Nabi saw: Andaikan mereka masuk api itu niscaya tidak akan keluar selamanya. Sesungguhnya wajib taat hanya dalam kebaikan (Bukhari Muslim)
1207 حَدِيْثُ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامَنِ، عَنْ جُنَادَةَ بْنِ أَبِي أُمَيَّةَ، قَالَ: دَخَلْنَا عَلَى عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ وَهُوَ مَرِيْضٌ، قُلْنَا: أَصْلَحَكَ الله، حَدِّثْ بِحَدِيْثٍ يَنْفَعُكَ اللهُ بِهِ، سَمِعْتَهُ مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمْ فَبَايَعْنَاهُ، فَقَالَ فِيْمَا أَخَذَ عَلَيْنَا، أَنْ بَايَعَنَا عَلىَ السَّمْعِ وَ الطَّاعَةَ فِيْ مَنْشَطِنَا وَ مَكْرَهِنَا وَ عُسْرِناَ وَ يُسْرِنَا وَ أَثْرَةٍ صَلَيْنَا، وَ أَنْ لاَ نُنَارِعَ اْلأَمْرِ أَهْلَهُ: إِلاَّ أَنْ تَرَوْا كُفْرًا بَوَاحًا عِنْدَكُمْ مِنَ اللهِ فِيهِ بُرْهَانً. (أخرجه البخاري)
Ertinya:
Junadah bin Abi Umayyah berkata: Kami masuk kepada Ubadah Abi Ash Shamit ketika ia saki, maka kami berkata: Semoga Allah menyembuhkan engkau, ceritakan kepada kami hadits yang mungkin berguna yang pernah engkau mendengarnya dari Nabi saw. Maka berkata Ubadah: Nabi saw memanggil kami, maka kami berbaiat kepadanya, dan diantara yang kami baiat itu: Harus mendengar dan taat di dalam suka, duka, ringan dan berat, sukar dan mudah atau bersaiangan (monopoli kekuasaan) dan supaya kami tidak menentang suatu urusan dari yang berhak kecuali jika melihat kekafiran terang-terangan ada bukti nyata dari ajaran Allah (Bukhari Muslim).

SURAT CINTA : ada banyak lagi hadis-hadis yang telah diriwayatkan mengenai pemimpin dan juga kepimpinan yang seharusnya dibawa. adakah kita pernah baca dan fahami sebelum kita bersuara atau juga sebelum kita menyokong?kita semua adalah bakal pelapis kepimpinan negara, kita adalah generasi pewaris sofa keselesaan yang sedang kita duduki hari ini.jadi dimana kita?dan bagaimana kita akan kemudi kapal yang sedang kita bawa nanti? diluar sana masih ada rakyat yang tangan mereka terketar-ketar menguis sisa yang ada untuk  sesuap nasi sedangkan di belah sana pulak sedang bermewah-mewah dengan makanan yang ada. jangan berjuang bila mana kita tahu ada yang sakit dengan perjuangan yang kita bawak.tapi tapi tapi?terlalu banyak persoalan yang ada tapi bila akan kita temui jawapan yang pasti?adakah dengan darah saudara sendiri?atau dengan ikatan yang tidak akan putus kerana perjuangan?hakikatnya kita masih mencari.dan saya juga masih mencari~ -LOVE-