Saturday, 21 January 2012

Susu Dibalas Tuba~

‘’ nanti aman dah besar, aman nak pakaikan mak pakaian cantik-cantik,  makan makanan sedap-sedap dan aman nak bawak mak tinggal kat rumah yang macam istana’’
Sejuk hati si ibu tatkala anak yang makin meningkat dewasa menggangankan impian yang indah-indah untuk masa depan. Kemiskinan hidup yang dialami bukan halangan untuk dia memberikan yang terbaik buat Aman dan dia akan memastikan Aman juga berjaya masuk ke universiti seperti kanak-kanak lain.
‘’ mak, Aman janji Aman akan hanta berita nanti bila Aman kat sana ye mak’’
Tatkala anak yang ditatang bagai minyak yang penuh berjaya melanjutkan pelajaran ke luar Negara, hati ibu mana tidak bangga. Tanah yang sekakang kera digadai biar diri nanti terpaksa merempat, barang kemas pusaka yang ada lebur di pajak gadai untuk memberi hidup yang selesa tatkala merantau dinegeri orang bagi menyambung pelajaran.
‘’ Aman dah kahwin mak, nanti Aman bawak dia balik jumpa mak ye’’
Berita gembira yang tanpa dijangka akan bertukar menjadi tragedi yang menjadikan susu yang diberi selama ini dibalas tuba.
‘’ i nak you hanta mak you ke rumah orang tua, i tak nak jaga dia’’
Anak yang dikandung 9 bulan 10 hari membuang dia seperti sampah dan hari ni dia terdampar tanpa jagaan dan ditemani anak yang dulunya menjanjikan dia kehidupan yang lebih baik.bukan harta atau minta dibayar segala penat lelah yang telah dia lalui, cukupla sekadar anaknya berada disisinya dan menemaninya untuk menghabiskan sisa-sisa hari tua yang entah bila akan sampai waktu untuk dijemput kembali pada yang SATU.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Israa ayat 23:
Maksud:
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)".

‘’ kau keluar perempun tua tak sedar diri, anak kau tak de kat sini’’
Ya, dia perempuan tua. Perempuan tua yang bersengkang mata siang dan malam untuk mencari sesuap nasi mengalas perut anak yang hari ni menghalaunya dari rumah. Perempuan tua yang sanggup menjadi ayah kepada anak lelaki yang hari ini malu untuk menjadi anaknya.
 ‘’ maaf ibu, tuan tiada dirumah.dia berada di hospital kerna kecelakaan jalan raya’’
Sehina mana pun penghinaan yang dilemparkan, seorang ibu tak kan mampu membuang naluri rasa sayang pada seorang anak.biar diherdik dikeji.hati tetap peronta-ronta mahu melihat anak kesayangan yang kini terlantar dan menunggu masa entah akan sedar atau sebaliknya.
‘’ Doktor..saya nak tahu siapa penderma yang sudi mendermakan matanya pada saya’’
Sembuh dari kemalangan yang hampir merangut nyawa, Aman mula sedar kesilapan yang telah dilakukannya. Saban hari dia mencari ibu yang selama ini telah dia buang.telah dia halau tanpa rasa belas.setiap hari kesilapan yang dilakukanya menghantui setiap saat denyutan nadi dan hembusan nafas yang seakan menikam-nikam hati.
‘’ maaf encik, Puan Zaiton yang Encik cari sudah meninggal dunia 3 hari selepas dia mendermakan matanya disebuah hospital berdekatan sini’’
Mahu diraung pada siapa?mahu diratap pada siapa?Wanita yang telah merawat dirinya tatkala sakit, wanita yang menyuapkan makanan ke mulutnya tatkala diri sendiri kelaparan kini telah tiada dan tak mungkin akan kembali lagi.

ingatlah pesanan Nabi Muhammad S.A.W :
"Khabarkanlah berita gembira ini kepada mereka yang berbuat baik kepada ibubapa: Buatlah apa saja bahawasanya Allah Taala telah mengampuni mereka. Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang menderhakai ibubapa, buatlah seberapa banyak ibadat yang disukai, bahawasanya Allah Taala tidak akan memberikan keampunan sedikitpun kepadanya

Surat Cinta : mereka juga pernah muda seperti kita, cuba lihat mata mereka yang ada kalanya tidak tidur untuk menjaga kita, kudrat yang tidak pernah berhenti bekerja untuk memberikan kita kehidupan yang selesa.dan disetiap kesulitan yang kita hadapi, mereka insan pertama yang ada bersama.tapi apa yang lakukan dan berikan kepada mereka?
Nabi bersabda kepada sahabatnya sebanyak tiga kali:"Mahukah aku memberitahu kalian mengenai dosa besar?Mereka menjawab"Sudah tentu wahai Rasulullah.
Nabi menjelaskan:Syirik kepada Allah,derhaka kepada ibubapa(pada masa itu Nabi duduk bersandar lalu menyambung)sumpah yang palsu.'(Riwayat Al Bukhari). -LOVE-

7 comments:

  1. series beb! gua sayang sgt2 dgn mak gua...tersentap jugak bace story nih...:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. selagi mereka masih bernyawa, hargai mereka :)

      Delete
    2. yuppp...takde yg sanggup bg kasih sayang mcm mane yg mak kita bg kan....:)

      Delete
    3. yup.kasih sayang ibu dan ayah tak ada tandingan :)

      Delete
  2. huhuhu..awak buat kita nangis la =(
    mmg btul kan,sorg ibu bleh jg 10 ank tp 10 ank belum tentu bleh jg sorg ibu.
    syg mak sgt2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nah tisu nah.hehe..jangan la nangis.alamak..hingus tu ! hehe
      tahu xpe.mak dan ayah mampu jaga kita adik beradik.tapi kita semua belum tentu mampu jaga diorang mcm mana diorang jaga kita kan..huhu

      Delete
    2. hahaha..xmo tisu..x cukup,nk kain besorr ckit =)

      Delete