bertemankan angin kipas kelajuan 3 sepoi-sepoi bahasa, diiringgi muzik lagu korea mcm biasa..ku gerak-gerakkan jari-jemari yang tak runcing dan bersenam ala-ala erobik sebagai warming up sebelum memulakan operasi update blog yang tak secomel aku ni.eh jap?ape ke teruk sgt bahasa kau guna ni sebagai intro?huhu..buat malu je.kata peminat setia DATUK A.SAMAD SAID.* kelip-kelip mata berangan nak jumpa Pak Samad.hehe.
hah..kenal tak?kenal tak?
dia SEMANGAT yang mengerakkan jemari jiwa saya.
dia SEMANGAT yang mengerakkan jemari jiwa saya.
&
adakah anda semua pernah membaca berita tentang gambar ini?sila tengok ke bawah.
saya rasa dari gambar anda semua dah tahu apa yang berlaku & bila gambar ni diambil.disini saya nak berkongsi pengalaman saya semalam tentang beliau.
Perbualan antara saya & seorang pakcik :
Pak cik Tak Tahu Nama : suka A.Samad Said ke?
Aku : Yup..pak cik suka dia jugak?
Pak cik Tak Tahu Nama; anok ni blaja ag ke keje dah?
Aku : saya masih blaja lagi.sedang tunggu masa untuk praktikal.
Pak cik Tak Tahu Nama : bagi pok cik la, dia ni manusia tak mengenang budi
aku : agak terkejut & bertanya " kenapa pak cik cakap mcm tu?''
Pak cik Tak Tahu Nama : anok dok baca pasal hok dia join BERSIH tu?
Aku : baca.knp?
Pak cik Tak Tahu Nama : dia tu tua doh,pttnya tak payah doh duk buat benda bodo gtu.gitu la kalu dang tak kenang budi.tak payah lah nak jadikan orang gini sebagai orang hok nak agung-agung.pttnya kena tarik gelaran dia.
Aku : pak cik kawan dia ke?
Pak cik Tak Tahu Nama : nak kata kenal tu dok la.tapi baca berita hok pasal dia.
Aku : pak cik rasa semua berita yang keluar tu tak ada tokok tambah ke?
Pak cik Tak Tahu Nama : hola.dok kang berita nak nipu pulok.
Aku : aku tersenyum.sambil memandang kawan aku & renung semula novel SALINA yang aku pegang.
boleh pak cik dengar pendapat saya pulak?
Pak cik Tak Tahu Nama : boleh je.pok cik sporting je kalu nok dengor orang v pendapat ni.
Aku : saya meminati Pak Samad sebelum dia join BERSIH.saya mencintai karya-karyanya kerana minat saya dewasa bersama karya-karyanya.untuk mendapat gelaran SASTERAWAN NEGARA tu bukan mudah-mudah mcm tulis status kat fb.berfalsafah kat fb terus dapat gelaran.kita tak berada kat tempat dia.kita tak mendengar isi hati dia.untuk mengarang bait-bait puitis yang dia coretkan bukan mcm translate perkataan drpd gogel translate.translate trus dapat makna.jadi kalau pak cik terus menghukum dia dan seolah-olah menghalang orang lain meminati dia kerana BERSIH.itu terlalu pesimis.
Pak cik Tak Tahu Nama : minat lajok anok ni ke dia.
Aku : bukan gtu pok cik.tapi cara pak cik bercakap dan melihat dia seolah-olah dia hanya seorang lelaki tanpa pendidikan & gelaran dia hanya dia dapatkan dengan beli kat pasar.dia tak meminta gelaran tu pak cik.tapi dia DIBERI gelaran tu.
Pak cik Tak Tahu : terdiam kemudianya menyambung " anok nanti nak ngundi pihak pembangkang ke?''
terkejut &kaget dengan kesimpulan dia pada pandangan aku.
Aku : saya masih mencari yang mana satu pilihan saya pak cik.
terus terdiam dan bangun meninggalkan aku.
...........................................................................................adakalanya saya melihat situasi mcm ni sama seperti yang ni :
dan sama juga seperti kisah-kisah artis yang menjadi pujaan.kalau kena tangkap basah, kena tangkap khalwat, rampas suami orang, berbogel untuk menjayakan lakonan*kononya, berlakon mcm laki bini, bla..bla..apa kita buat?sanggup update berperang sakan di twitter,fb, demi artis.huhu..faham apa saya nak katakan?sila bankang jika mahu.silakan (^_^)v
Surat Cinta : saya harap apa yang saya tulis tidak dibaca dari sudut politik.tapi luaskan pemikiran anda dengan melihat apa yang saya cuba sampaikan dari sudut bagaimana kita menghukum dan persepsi yang kita letakkan dalam sebarang isu yang terjadi.sekali lagi saya mohon jangan musnahkan jiwa melayu ditangan melayu sendiri.-LOVE-
bila politik campur adukkan dengan kehidupan mmg mcm ni la...
ReplyDeleteKORANG PERNAH KENA TIPU TAK DENGAN KAWAN?
TAK PAYAHLA KAWAN DENGAN ORANG MACAM NI
http://pulsowanie.blogspot.com/2012/01/tak-payah-nak-tipu-pasal-life-sendiri.html
dan bila tak tahu nak bezakan.mula la cepat buat konklusi.thanks for reading. sudah ke entry kamu juga :)
Delete