Tuesday, 24 January 2012

WanitaLelaki~

ASSALAMUALAIKUM semua..
selamat pagi..alhamdulilah masih lagi diberikan peluang bernafas dengan nikmatNYA. bagaimana permulaan hari anda hari ni?sedih atau gembira?atau awal-awal pagi dah jatuh katil? =_=''.semoga hari baru akan membuka lebaran baru, bagi yang sedang terluka..jangan terlalu lama meratap kesedihan yang berlaku, jangan bazirkan masa kegembiraan yang ada kerana kita belum pasti esok masih ada untuk kita.


Wanita, 
dicipta dari rusuk Lelaki yang tidak tahu sedang menanti dimana, dalam ketegasan yang terlihat masih punya kelembutan yang tidak terlihat, dicipta cukup kuat untuk mengoncang dunia tapi cukup lembut untuk membelai dengan kasih sayang.tatkala hati sedang remuk melihat kesakitan yang diberi tanpa henti, mereka kuat untuk menongkah arus melawan ombak pembunuh yang diberi si pemegang rusuk. Dicipta dengan keistimewaan yang tidak dapat disingkap tanpa kenal, bahu yang terhenjut menahan tangisan terus bangun tanpa melihat ke belakang. disaat mana si suami sedang kegusaran, belaian isteri jadi penenang.sama-sama sujud padaNYA memohon untuk kebahagiaan disini dan disana, mereka dilahirkan untuk dilindungi.bukan sebagai lasa kaki untuk dipijak-pijak sehinga hancur remuk hati yang selalu bertahan.Mereka juga bukan bola untuk ditendang ke sana ke mari melepaskan kemarahan yang syaitan bisikan. apa guna kata cinta yang diungkap jika segalanya layu hanya setelah madu yang manis hanya tingal sepah. 


Suamiku,
apabila akad nikah sudah kamu lafaz, bimbing diriku menuju ke Jannah. bila masakkan yang ada terlebih garam, maniskan dengan memberi peluang untuk ku belajar menjadikannya lebih enak untuk memberi mu masakan penuh kasih sayang. jangan jadikan aku alas kaki untuk kamu pijak kerana aku tulang rusuk mu yang dicipta untuk kau lindungi.bukan cerita ngeri mimpi ngeri menjadi hadiah untuk perkahwinan yang termeterai atas nama restu & redhaNYA yang kita harapkan.apabila ada silapku yang membuat kamu berkecil hati, berikan aku peluang untuk membetulkan kekasaran yang tak disengajakan.jika ada kelalaian ku dalam menunaikan kewajipan kepadaNYA, bimbing diriku untuk aku tidak leka dengan dunia.aku adalah amanahmu.Jangan kamu berikan aku Dunia kerana aku mahukan Akhirat bersamamu.

Allah yang memerintahkan para isteri agar mentaati dan melayani suami dengan baik, sabda Rasulullah SAW: maksudnya: "kalau boleh aku menyuruh seseorang supaya sujud kepada orang lain, nescaya aku menyuruh isteri supaya sujud kepada suaminya." (Riwayat At-Tirmidzi)






SURAT CINTAPasangan bahagia itu bukan tidak pernah bergaduh,cuma mereka tidak pernah berdendam, tidak mengungkit, tidak mengadu masalah rumahtangga pada orang lain, terus berusaha untuk saling menyayangi, sentiasa memaafkan kesilapan masing-masing dan sentiasa menjaga aib masing-masing.. Dengan mengetahui makna kebahagiaan seperti ini, InsyaAllah hubungan kita dengan orang tersayang sentiasa bahagia, diberkati, diredhai kekal hingga ke syurga Ilahi.. ♥-LOVE-

6 comments:

  1. hye . nice entry . done follow u . follow here .

    midynasz.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi mbaca & follow.saya akan melawat anda :)

      Delete
  2. ermm..terus rs nk kawin bc entry nih.hahaha
    video klip tu best kan..sy siap smpn dia pnya video dlm hphone.betapa setianya suami dia kan.sweet je =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ape lagi.cepat2lah.jangan lupa jemput.hehe
      me too ! video ni sweet sgt. :)

      Delete