Assalamualaikum semua..
ehem ehem..selamat hari rayaaaaa ! alhamdulilah dah masuk hari raya ke 4 dah. punya la pemalas empunya blog ni raya ke 4 baru nak update.huhu.. amacam raya?banyak duit raya?makin berkurang? fuhh.. konfem makan tak ingat dunia kan? kihkih.. haip haipp.. raya raya jugak tapi jangan la sampai dari pakai baju peplum bertukar jadi mempelam nanti.hihi.. apa yang penting, bersederhanalah. :)
sebut pasal SEDERHANA ni, tu lah tujuannya update blog.ewah..kata kunci la kiranya ni.biasalah kalau sebut pasal raya kan..sana sini bergaya sakan..baju raya untuk sebulan raya pun tak habis pakai, tu belum lagi termasuk dengan majlis raya, kuih-kuih raya berkotak-kotak..alahai... blh simpan untuk raya tahun depan pulak.haaaa..kalau sampai camni kisahnya cuba tenangkan diri sekejap..buat kira-kira dan sambil-sambil tu bukak google cari gambar camni :
ni bukan gurauan tapi satu sentapan minda untuk kita ingatkan diri sendiri dalam kita bermewah kat luar sana ada saudara mara kita yang masih kekurangan.disaat kita meraikan syawal dengan pakaian baru dan makanan yang melebih-lebih masih ada saudara mara kita diluar sana hanya mampu melihat.
"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." [Surah al-Israa : 27]
saya tak pandai nak hurai panjang-panjang tapi secara ringkas dan apa yang saya cuba nak sampaikan ni bukan untuk berlagak jadi baik ataupun jugak untuk jadi ustazah sepertimana yang menjadi label bila kita cuba menyampaikan apa yang baik tapi sebenarnya ingatan untuk diri saya sendiri juga. Ingat..selepas hari raya masih banyak lagi perkara menanti dan yang pastinya memerlukan lebih banyak perbelanjaan jadi berpada-pada dalam berbelanja untuk berhari raya. jangan kerana nak beraya sakan merana badan. jadikan Aidilfitri sesuai dengan tujuannya diraikan dan yang pastinya ada yang lebih manis dan berkat boleh kita capai jika kita memahami erti sebenar aidilfitri. ok jom siap-siap untuk sambung beraya ! hihi.. Jaga diri. :)
Surat Cinta :
peringatan yg berguna buat semua^^
ReplyDeleteInshaaAllah moga2 bermanfaat. terima kasih. :)
Deletenice dear:)
ReplyDeleteterima kasih sudi singgah. :)
Delete