Wednesday, 12 December 2012

Tak Tahu.

Assalamualaikum semua..

artikel ni saya ambik dari seorang kawan di facebook. tertarik untuk berkongsi disini sebagai suntikan kepada diri sendiri dan juga kamu semua. InshaaAllah.

Baca ni, jika lebih ramai orang Melayu dan orang Islam tahu bagaimana berniaga menjadi usahawan berjaya, kita akan mempunyai kekuatan ekonomi kita sendiri! - Berani2013.com -
 
Saya nak makan nasi lemak, beras dibeli dari siapa?! BERNAS!!
BERNAS milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi o! Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli dari Aliran Ihsas Resources, milik siapa?

-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

Minum kopi mesti campur gula! Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR, MSM milik felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar; MSR milik siapa?

--> Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan! Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa?

-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? IPP!

IPP terbesar di Malaysia iaitu Malakoff, milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

Sekarang tak nak makan nasi, pergi Pizza Hut je la... naik motor! Motor Kriss, keluaran MODENAS! Modenas milik siapa?!

-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

Tak nak naik motor, naik kereta! Kereta apa? Proton! Proton milik DRB HICOM! DRB HICOM milik siapa?!

-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

Tak nak beli Proton la.. Beli Honda saja... Honda Malaysia milik siapa?

-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat!

Bank Muamalat milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

Kereta kena ada insurans coverage! Insurance beli dari siapa? Uni Asia Insurance!

Uni Asia milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

Nak ambil road tax, kena pergi PUSPAKOM!

Puspakom milik siapa?
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

Ok la tak nak naik kereta! Naik keretapi lagi senang! Landasan keretapi siapa buat?! MMC!

MMC milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary! Sekarang, dia pun nak ambil alih KTMB!!

Ok tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la... nak pergi Johor!

Senai Airport milik siapa?
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahaja la... Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas! Tanjung Pelepas Port milik siapa?!

-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

Tak nak pergi Tanjung Pelepas, pergi Johor Port!

Johor Port milik siapa? MMC! MMC milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!!

Ok la... orang KL, naik MRT sahaja la... (apabila siap)

Projek MRT, siapa kontraktor terbesar?! MMC! MMC milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

Macam ni la... tak nak keluar rumah langsung! Duduk rumah, hantar surat sahaja! Apabila nak hantar surat, kena lekat setem! Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan dan POS Malaysia milik siapa?!

-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhariy !!

Tahniah Tan Sri..!!


SURAT CINTA :
Tak tahu boleh belajar. itu lebih baik. dari tak tahu tapi buat-buat tahu. jangan jadi manusia ''Bodoh Sombong''.


2 comments:

  1. Baru tahu...
    Byk nye die punya...wow!
    Nak jd mcm syed mokhtar albukhary jugak lah 1 hari nnt...in sha ALLAH:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaaAllah.segalanya tak mustahil jika kita berusaha. berdoa & tawakkal. all the best Ali. :)

      Delete