Assalamualaikum semua..
2 hari lepas penuh di FB, sana sini duk update tentang tarikh cantik ''12/12/12''.. bagaimana pulak dengan hari ni? adakah hanya sebahagiannya sahaja yang sedar? 1/2/34 Hijrah, jatuh pula pada hari Penghulu segala hari iaitu hari Jumaat.Alhamdulilah.kita sudah masuk ke Bulan Safar. sedar atau tidak?
Bulan ini merupakan bulan kedua dalam taqwim Islam yang diperkenalkan oleh Saidina Umar RA. Dinamakan Safar kerana orang-orang lelaki Arab keluar rumah untuk berdagang, menggembara dan menjalankan kegiatan ekonomi di luat tempat tinggal. Rumah-rumah menjadi kosong dan dipenuhi kaum perempuan dan kanak-kanak. Sejarah juga mencatatkan bahawa beberapa peperangan berlaku dalam bulan ini iaitu peperangan Al Abwa dalam tahun dua hijrah, perang Bani Qainuqak dan Zi Amin pada tahun ketiga hijrah dan Peperangan Khaibar pada tahun keempat hijrah.
saya lihat di fb ada beberapa status dan juga kepercayaan mengenai Bulan Safar di share dan ada juga yang yang mana bercakap tentang amalam-amalan khurafat dibulan ini yang masih lagi glamer dalam masyarakat kita.nauzubilaminzalik.semoga kitasemua dijauhkan dari kepercayaan ini. oleh itu, saya nak kongsikan secara ringkas mengenai hal ini.
kalau nak tahu cerita lebih dan lebih lagi mengenai kepercayaan ini. boleh ke sini : Amalan Bidaah dan khurafat . kredit to Syafiqolbu. yang mana gambar juga saya ambik dari perkongsiaan beliau. selamat membaca dan merenung bersama.
SURAT CINTA :
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan akan mengampunkan (dosa) selain kesalahan (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya.Sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu, sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.”
(Surah al-Nisa’ 4: 116).
No comments:
Post a Comment