Showing posts with label KELEBIHAN BERSELAWAT.SELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN MULIA NABI MUHAMMAD S.A.W.. Show all posts
Showing posts with label KELEBIHAN BERSELAWAT.SELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN MULIA NABI MUHAMMAD S.A.W.. Show all posts

Saturday, 5 May 2012

KELEBIHAN BERSELAWAT.

ASSALAMUALAIKUM semua..

Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim. 



Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata pula Mikail A.S. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”

Berkata pula Israfil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.”

Malaikat Izrail A.S pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.” 



SURAT CINTA : 
Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.) 

Allahuakbar..mudahnya untuk kita semua mencari bekalan untuk yang disana. bagaimana saudara-sudara ku semua? jom kita sama-sama mencari bekal untuk dibawa ke sana.ala..bukan susah pun kan? 2 3 lagu kita boleh hafal, tak kan kita tak boleh luangkan masa untuk berselawat buat junjungan Mulia kita. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.Aminn ya Rabbalalaminn . ♥