Tuesday, 1 April 2014

Infaq

Assalamualaikum..


“Katakanlah, "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)." Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya.”
(QS Saba’ ayat 39)

hari ni saya nak kongsikan sedikit apa yang saya baca dari : http://zaharuddin.net . 


Bagaimana sebenarnya maksud rezeki di dalam Islam?


Rezeki di dalam Islam bukan hanya terhad kepada wang dan harta. Jangkauan rezeki yang disebut oleh Allah ta'ala dan Rasulullah terlalu amat luas meliputi rezeki yang rencam. Hakikatnya orang yang ‘memberi' dan menyumbang akan memperolehi pulangan dari Allah dalam bentuk yang amat pelbagai, juga mencakupi material dan spiritual.

Namun sebelum itu, perlu difahami, sebagaimana rezeki yang tidak boleh dikecilkan skopnya hanya kepada harta, begitu juga ‘pemberian' dan ‘sumbangan' yang juga tidak terhad kepada wang dan harta. Ia sangat nyata sebagaimana yang pernah saya tuliskan petikan hadis Nabi Muhammad dalam artikel saya sebelum ini . Bahawa mengajak orang kepada kebaikan dan melarangnya dari kemungkaran adalah sebuah pemberian berharga, membantu mereka yang melakukan kerja yang baik itu pemberian, dan menahan diri dari melakukan maksiat itu sendiri merupakan sebuah pemberian amat bermakna.

Apa yang jelas, semua jenis ‘pemberian' dan ‘sumbangan' itu adalah amalan kebajikan apabila ia menepati dua syarat yang paling minima iaitu :-

1) Ikhlas kerana Allah

2) Ia berupa sumbangan ke arah kebaikan berdasarkan penilaian hukum Islam.

Justeru, apa sahaja yang disumbangkan, sama ada idea, ilmu, teguran, nasihat, tenaga untuk kerja, masa, perasaan, emosi dan sebagainya untuk membawa kebaikan untuk Islam, ia adalah sumber terbukanya rezeki di sisi Islam. Ia juga merupakan sumber kewujudan unsur ‘berkat' di dalam kehidupan dan harta.


klik dan lihat disini juga : http://vimeo.com/10050014
...................................................................................................................

untuk membaca lebih lanjut bolehlah ke blog Ustaz Zaharuddin ya. insyaaAllah banyak ilmu berguna yang boleh dikutip. sejujurnya tujuan untuk saya berkongsi artikel diatas juga adalah kerana : sila lihat bawah ya. 






jadi bagi yang sudi boleh lah hulurkan sumbangan berdasarkan maklumat diatas. moga-moga niat baik saudara/saudari semua dalam redhaNYA.apa sahaja bentuk sumbangan daripada pihak anda amat dihargai. Hanya Dia mampu membalasnya.InsyaaAllah..aminn. 

Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. 
( At-Talaq : 2-3)


SURAT CINTA : 

“Harta yang menjadi milik kamu yang sebenarnya ialah harta yang kamu belanjakan ke jalan Allah.” -Sayidina Ali-


No comments:

Post a Comment