Wednesday, 5 June 2013

Put your trust in Allah.

Assalamualaikum semua.. 

Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Hadis dari Abu Hurairah ra, Shahih Muslim No.4832)


Hadis ini mengajar kita supaya bersikap positif dan meletakkan harapan kepada Allah s.w.t. dengan penuh kepercayaan. Tidak seorangpun patut berputus asa kerana walaupun dia menyembah kepada Allah dengan dosa sebesar gunung yang boleh memenuhkan lembah yang dalam, Allah yang Maha Pengampun boleh menerima taubatnya dan memasukkan dia di kalangan hamba yang diredhai.

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupanya” (surah Al-Baqarah ayat 286)


Jalan takdir Allah tak pernah salah.Berbaik sangkalah dengan aturanNya. Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah. Tapi sayang, jangan terlalu lama bersedih,seolah-olah kita tidak redha dengan apa yang Allah aturkan. Takdir Allah is something yang unexpected. Miracle things may come soon. Soon.Apa yang paling penting adalah kita harus percaya, janji Allah itu pasti. 


“janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggin darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.” (surah Al-Imran ayat 139)


Surat Cinta : 


ingatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat diluar sana, 

Kita merancang apa yg akan kita lakukan selepas ini,
Kita merancang apayg akan kita lakukan esok,
Kita merancang apa yg akan berlaku minggu depan,
Sehinggalah kita merancang apa yg akan berlaku 10 tahun akan datang,
Adakah kita benar-benar pasti segalanya akan berlaku seperti yang dirancang?
jangan lupa, 
Kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya.
Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya.




3 comments:

  1. Salam.

    Perancangan Allah adalah yang sebaik2nya. Hanya DIA saja yang tahu mana yang terbaik untuk hamba2NYA.

    Sebagai hamba, setelah kita berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya, serahkan kepercayaan dan keyakinan bahawa, apapun keputusan yg bakal diterima, kita tahu itulah yg terbaik untuk diri kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..benar sahabat. sesungguhnya DIA tahu yang terbaik untuk kita. :)

      Delete
  2. waalaikumussalam..hehe..
    apa yang Allah dah rancangkan itu sbenarnya baik.cuma kita kadang2 berharap nak benda lain tapi Allah rancangkan yg lain..entah la..sebab hati kurang iman atau apa..sebab tu selalu 'salahkan' takdir ALlah..huhu

    ReplyDelete