perasan atau tidak, sesetengah lelaki suka memandang wanita lemah hanya kerana air mata. jika difikirkan secara logik sememangnya wanita seorang yang mudah tersentuh dan tidak hairanlah mereka cepat mengalirkan air mata,tapi bab-bab menangis ni kena tengok pada terma dan syarat la jugak, kalau yang jenis dah tahu lelaki ni lemah ngan air mata dan nak juga menang walaupun dan terang-terang salah sape tak bengang.hal-hal macam ni lah yang menyebabkan kaum lelaki salah faham dengan tangisan seorang wanita.ada yang beranggapan air mata dijadikan modal untuk membuatkan mereka mengalah. jadi memang tak rasional la kan. bagi yang sentiasa hepi dan tenang, jangan pulak disangka mereka ni tak tahu sedih, tapi opsss..kaum wanita pun jangan la fikir kita aje yang boleh menangis, kaum lelaki ni walaupun ada ego dan nampak gagah, mereka juga punya perasaan. kecuali dalam hal yang jenis ''menangis aje keje'' mengalahkan kaum perempuan sampai anda sebagai pasangan pun konfius sape lelaki sape p'puan ni..ha..yang tu kena cegah la ye awal-awal..karang anak menangis..bapak pun menangis..mental jadinya. hehe
hal-hal camni pastinya dilalui semua orang, kalau dah pendam lama-lama sampai akhirnya tak boleh dah simpan, kenfem mengalir jugak air mata tu.dalam erti kata lebih ringkas setiap wanita atau lelaki
memiliki alasan kenapa dia menangis. bukan kerana dia terlalu manja
ataupun lemah tetapi rasa sakit yang dipendam sudah membarah.
adakalanya kerana sakit yang dirasa tidak dapat diungkap dengan
kata-kata, air mata yang mahal mengalir dengan mudah menjadi kata-kata untuk menunjukkan
betapa hatinya terluka.lagi-lagi kalau pendam sorang-sorang. memang makin sakit la jawabnya. jadi terapi terbaik adalah menagis..Allah terlalu sayangkan kita.DIA ciptakan air mata untuk kita menangis, mengadu padaNYA. sesungguhnya DIA lah yang MAHA MENDENGAR. Allahuakbar. :)
Surat Cinta :
Bersyukurlah memiliki hati yang sering dilukai kerana ianya mengajar kita untuk menjadi seseorang yang
MENGERTI, MEMAHAMI & MENGHARGAI.
No comments:
Post a Comment