Tuesday, 20 November 2012

Saudara Baru

Assalamualaikum semua..

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana kita dilahirkan dalam nikmat islam. diluar sana masih ada mereka-mereka yang mencari kiblat. tetapi bersyukurkah kita dengan nikmat islam ini?isu perkahwinan campur antara orang islam dan juga individu beragama lain bukan lagi tabu dalam kalangan kita. Saudara baru tersebut boleh jadi dari bangsa Cina, India, Inggeris dan lain-lain yang asalnya beragama Hindu, Kristian, Budha dan sebagainya. malahan tidak dinafikan saudara baru yang terbuka hatinya memeluk islam kerana kesedaran dan kecintaan terhadap islam menjadi seorang muslim yang jauh lebih baik berbanding mereka yang telah dilahirkan dalam nikmat islam.

saya ada terbaca di laman blog Ustaz Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang mana juga merupakan seorang mualaf dan kini menjadi pendakwah yang terus menyebarkan benih cintanya terhadap islam kepada kita semua :

ISTILAH mualaf atau orang yang memeluk Islam disebut dalam al-Quran. Ini bermakna, menjadi mualaf atau gelaran mualaf itu adalah satu kemuliaan kerana mereka ibarat kanak-kanak yang baru lahir, bersih daripada dosa dan noda. Mualaf bukanlah golongan kelas kedua atau ketiga, tetapi mereka adalah golongan istimewa yang perlu diberikan perhatian. Malangnya, golongan ini selalu dilupakan. Ingatan Allah SWT yang bermaksud:
Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang menguruskannya dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. (Surah At-Taubah: 60)
Mualaf berhak mendapat apa-apa yang sepatutnya menjadi hak mereka, tanpa mengira usia, warna kulit, latar belakang, kaya atau miskin. Surah At-Taubah, ayat 60 seperti yang dipetik di atas, tidak menjelaskan mualaf itu kaya atau miskin, muda atau tua, yang penting mereka layak dan berhak untuk dibantu melalui wang zakat, di samping bimbingan dan tunjuk ajar. Perbuatan menghina atau memandang rendah terhadap mereka dilarang sama sekali.
buat diri sendiri & juga teman-teman : 
Saudara baru yang berkahwin dengan orang Islam memerlukan didikan agar kecintaan dan kefahamannya kepada Islam akan bertambah subur hari demi hari. Tetapi kesilapan yang dilakukan oleh segelintir umat Islam telah menyebabkan nama baik agama turut tercalar kerana bagi saudara baru, apa yang ditemui dari pasangannya dan cara pergaulannya adalah gambaran kepada ajaran Islam dan ia memberi kesan besar kepada mereka dalam menilai apakah sebenarnya Islam yang suci ini. 
dalam contoh yang lebih mudah, pastinya anda semua pernah menonton drama-drama melayu yang mana apabila seorang muslim A berkahwin dengan pasangannya Si B yang berbeza agama. si A ni pulak yang lebih baratnya dari si B. apa yang kita takutkan adalah jika hal ini berterusan tidak mustahil berlakunya kes perceraian dan kembali ke agama asalnya kerana kerana mereka tidak mendapat sokongan moral, bahkan tidak dapat melihat kecantikan Islam daripada pasangan yang dikahwininya. alangkah manisnya jika pasangan ini sama-sama belajar agama. dalam masa yang sama juga dapat  belajar untuk menjadi muslim yang lebih baik.

oleh itu, janganlah golongan ini dipandang hina.mereka juga seperti kita. darah mereka merah seperti kita. seharusnya kita rasa malu kerana kita yang sudah lahir dalam nikmat islam ini sendiri tidak kehausan ilmu seperti mereka. seperti yang Ustaz Ridhuan Tee sebut dalam artikel beliau ''Mualaf tidak boleh dipandang hina. Jika mereka memerlukan latihan, berikanlah latihan, jika mereka kurang ilmu, maka berikanlah ilmu, jika mereka memerlukan apa-apa jua bantuan, berikanlah kerana mereka berhak.''  Semoga kita semua bersatu hati dan saling berpaut kerana Lillahitaala. Allahuakbarr!


SURAT CINTA : 

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a : “Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.” (al-Bukahri)

No comments:

Post a Comment