Assalamualaikum semua..
Alhamdulilah..sudah hari ke 11 kita berpuasa. bersempena dgn bulan yang mulia ni, langkah kita untuk ke arah lebih baik bukan hanya dalam melipatgandakan amal ibadat,tetapi juga dalam penjagaan kesihatan diri.bulan-bulan puasa ni, alhamdulilah..kurang sikit tercemar udara dgn racun pembunuh. tapi bila azan maghrib mula kedengaran,bagaimana?kepulan asap mula bebas menari-nari di udara. saya bersyukur,kerana ayah & adik2 lelaki saya bukan pemakan asap. tapi bagaimana dgn mereka-mereka di luar sana? sebagai cthnya jika berbuka puasa di luar,mereka-mereka yang pentingkan diri langsung tidak memikirkan mereka-mereka yang sedang menjamu selera.malahan diseret sama mereka yang tidak bersalah untuk menyedut asap pembunuh. sedih kan?
kepada pemakan asap sekalian,kami menasihati kerana kami sayangkan anda, sedar atau tak selama ni, dengan membelanjakan 50 sen untuk sebatang rokok, anda semua telah membelanjakan :
-24 sen untuk cukai hasil tembakau
-14 sen untuk keuntungan pengilang rokok
-5 sen untuk peruncit
-1 sen untuk keuntungan pemborong/pengedar rokok
-i sen untuk dinikmati penanam/ pengawit tembakau.
ha..cepat-cepat kira berapa sen harga sebenar sebatang racun tu? nilai sebenarnya hanya 5 sen. bnyak mana dah rugi?50 sen tu kalau buat beli coki2 dah dapat 5.sedap pun sedap.huhu.. time anda duk hisap racun tu, dalam masa yang sama..racun tu bagi pakej hadiah, jangan tak tahu pulak..stiap kali anda hisap racun tu..anda dapat :
-20 kali lebih risiko kanser paru-paru
-10 kali lebih ancaman penyakit paru-paru
-10 kali lebih padah saluran darah tersumbat
-4 kali lebih ancaman serangan jantung
-2 kali lebih risiko serangan strok
-50 % risiko kematian akibat tabiat merokok.
dan pakej paling utama, anda menghadiahkan penderitaan kepada orang yang tak bersalah dan mereka-mereka yang menyayangi anda. tak bersalah ke kita buat orang yang kita sayang menderita?
SURAT CINTA :
jadikan bulan ramadhan ini sebagai permulaan untuk berhenti dari menjadi hamba asap. anda sihat, mereka pun sihat.katakan TAK NAK MEROKOK ! :D
sumber : www.infosihat.gov.my
mujur piko x merokok...
ReplyDeleteAlhamdulilah. kekalkan hidup yang sihat :D
ReplyDeleteeven yg x merokok pun terdedah dengan risiko bhaya rokok.. =(
ReplyDeletejom sama2 sedarkan mereka :D
ReplyDelete