Assalamualaikum semua..
hari ini ketika kita mengadap hidangan tengahari, kita mengeluh..mencebik pada rezeki yang ada didepan mata. sedangkan diluar sana ada tangan yang terketar-ketar mencari dibalik sisa-sia yang terbuang untuk sesuap nasi. anak-anak kecil mengikat perut demi sesuap nasi.
hari ini ketika melihat diri sendiri di cermin rupa dunia, kita mula gusar memikirkan kecantikan diri yang sering kali cacat dimata dunia, mengeluh dan mula cemburu melihat insan lain. akhirnya jalan akhir dipilih, pakaian disarung pakaian akhir zaman, wajah dirias dengan nafsu, sana-sana sini ayat jampi serapah dihembus untuk bersemadi dibadan agar luaran kekal mengundang nafsu dunia. alasan demi alasan dicipta bagi menidakkan hukum ALLAH.
hari ini tatkala melihat ada insan lain yang sedang laju melangkah ke hadapan, jarum halus nafsu iri hati mula berjaya meresap perlahan-lahan. semakin hari semakin gusar resah memandang pada kejayaan orang lain. ikhtiar yang dicari mahu menjadi pembunuh kehidupan orang lain. dan akhirnya mula kalah dengan nafsu, saudara sendiri ditikam dan kemenangan yang dicipta atas darah saudara sendiri.
hari ini tatkala orang lain menggunakan masa yang masih ada dengan mencari bekalan buat disana. diluar sana ada yang masih lagi sibuk mencari harta dunia, masa yang ada hanya untuk wang ringgit, kekayaan dikejar demi nafsu tetapi akhirnya menjadi timbunan yang tidak dapat membeli sebuah kebahagiaan. keluhan demi keluhan..segalanya yang digengam dirasakan masih belum cukup.
manusia..manusia.. segalanya tak pernah cukup..
SURAT CINTA :
ALLAH tidak memberi apa yang kita mahu, tetapi DIA memberi apa yang kita perlu.
ALHAMDULILAH.
ALHAMDULILAH.
tengoj gambar je tersentuh..
ReplyDeletekan..alhamdulilah kita dilahirkan sempurna.semoga sudara mara kita diluar sana sentiasa dalam rahmatNYA :D
Delete