Monday, 7 May 2012

Tuan Guru AL-Fadhil Ustaz Azhar Idrus.

ASSALAMUALAIKUM semua..


rasanya tak perlu ditanya kenal atau tidak dengan insan dibawah kerana mendengar namanya sahaja sudah dapat membayangkan celotehnya yang bukan sahaja 1001 pengisian tetapi juga mengundang fenomena dalam kalangan  semua peringkat usia. siapa tidak kenal dengan USTAZ AZHAR IDRUS atau UAI. orang ganu kiteee tuu !! :)


di facebook, hampir setiap hari ada sahaja persoalan yang diutarakan kepada beliau dan sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kita juga untuk mengambil ilmu dari persoalan yang dijawab oleh beliau. jadi dari sini kita dapat lihat bahawa anak-anak muda pada hari tidak hanya sekadar menghabiskan masa berfacebook sahaja tetapi ada manfaat dan kegunaan yang boleh diaplikasi untuk belajar ketika berfacebook.anda semua bagaimana? pernah menjengah ke page beliau? jika belum..ayuh..jum ke sini : Ustaz.Azhar Idrus Original . Insya Allah, kita boleh sama-sama belajar dan mengambil ilmu dari sini. :)


Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.


Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga. 

kisah ini kita semua boleh jadikan motivasi untuk kita teguhkan semangat untuk berubah menjadi lebih baik dari hari semalam. takut disindir?takut dihina?ha..meh kita dengor gape ustaz azhar pesan : 




siapa cakap setiap manusia tak boleh berubah? lihat.. persoalannya adalah bukan siapa kita pada masa lalu tetapi siapa kita pada hari ini..sebenarnya saya tertarik untuk berkongsi kisah tentang beliau bukan sahaja sebagai motivasi kepada anda semua tetapi juga kepada diri sendiri. setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. siap kita untuk menghukum manusia lain sedangkan kita sendiri masih lagi banyak khilafnya. jadi jangan takut untuk melangkah menuju ke jalan yang lebih baik. ingat. jangan hanya terduduk. kerana kejayaan tidak datang bergolek dan ilmu tidak hanya jatuh ke riba jika tidak digali. jadi apa kata kita DELETE sahaja kata-kata hina dari orang lain dan OPEN NEW TAB untuk kita SEARCH kehidupan baru yang lebih baik. ayuh.sama-sama POSITIF !! :) 





SURAT CINTA : 

sebelum kita tutup cerita pada hari ni. jom kita tengok dan baca beberapa pesanan dan perkongsiaan ilmu dari UAI. gambar-gambar beserta kata-kata ini bukan saya edit sendiri tapi saya dapat dari perkongsiaan kawan-kawan yang sama-sama belajar dan terus belajar.  








nak lagi?hah..pakat-pakat la tengok etek page ustaz.kita facebook sambil belajo agama. :) 

No comments:

Post a Comment