Wednesday, 2 May 2012

KITAB SUCI-ALQURAN ~

ASSALAMUALAIKUM semua..
teringat zaman kanak-kanak dahulu, setiap petang selepas habis waktu sekolah. dengan bergaun dan berseluar, mak pakaikan tudung berbunga-bunga untuk aku pergi mengaji. kalau dulu time mengaji, aku lah yang paling selalu kena marah sebab sampai lambat tapi nak balik awal.huhu.. zaman semakin berubah..segalanya berubah..pembangunan disana sini.. tapi yang pastinya Al-Quran terpelihara dan susunannya tidak berubah-ubah dan tidak boleh dipinda atau dihapuskan. tapai bagaimana dengan kehidupan kita semua pada hari ini? emak selalu mengingatkan '' bacalah walau sepotong ayat''.. dan adakalanya aku yang terleka dan lalai..khilafnya aku :(

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang berbunyi:

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:
Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia. 

sebagai seorang umat islam, cuba bandingkan dan kira berapa minit yang kita ambil setiap hari untuk menghayati dan mengalunkan ayat-ayat suci ini? kita punya masa untuk berhibur, kita punya masa untuk berjalan-jalan ke sana ke mari, kita punya masa untuk dunia..tetapi bagaimana dengan masa menyiapkan bekalan untuk ke sana?


Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir. Disini aku ingin berkongsi beberapa riwayat hadis yang menunjukkan betapa besarnya kemuliaan AL-QURAN kepada kita semua..

Dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman:

Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus.
(Surah Al-Maidah: 14 &15)

Firman Allah S.W.T lagi:

Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.
(Surah Al-Baqarah: 2)
Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehdupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.” 

pernahkah anda membaca kisah-kisah bagaimana saudara-saudara mualaf kita mendekati islam, ada di antara mereka yang mengkaji AL-QURAN sehinggalah akhirnya jatuh cinta pada kesempurnaan ayat-ayat suci ini.. masih lagi aku simpan nota-nota yang diberi ketika aku   mengambil subjek PENGAJIAN AL-QURAN di Unisel dibawah bimbingan Ustaz Abd. Rahman. semalam tatkala menyipan nota-nota lama, mata terpandang nota tentang tentang kelebihan membaca ayat-ayat suci AL-QURAN ...

Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya.

Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.

Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat. Ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.

Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.

alangkah ruginya kita jika masa 24 jam yang kita ada, tidak kita luangkan untuk duduk dan hayati seketika ketenangan ayat suci ini..bagaimana nanti jika masa yang ada ini sudah tidak mampu kembali lagi? 

Dalam hadis Rasulullah s.a.w baginda ada menyebut tentang orang yang tidak ada langsung membaca Al-Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat-ayat Al-Quran seperti rumah yang kosong dari penghuni.

Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong.

SURAT CINTA : 
Diriwayatkan dari Tirmizi dari Abdullah bin Masud daripada Rasulullah s.a.w telah bersabda sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah (Al-Quran) maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

ALLAHUAKBAR..mudahnya untuk kita mencari pahala, jadi ape tunggu lagi? jom :)

kredit to : gambar-gambar AL-QURAN diatas saya copy dari gogel. dan rasanya diedit oleh Blogger terkenal dari indonesia iaitu cik Dian Pelangi. 

2 comments:

  1. jadikan al-Quran panduan hidup, nescaya selamat. InsyaALLAH ;)

    ReplyDelete