Friday, 11 May 2012

Kenduri Kahwin

ASSALAMUALAIKUM semua..

sebelum saya berceloteh panjang lebar, teruja untuk berkongsi disini, SAYA AKAN BERKAHWIN.INSYA ALLAH.bila masa yang dirancang dan tertulis itu tiba.sampai lah jemputan walimatulurus tu*ok tengah kira bulan.ngeee :) *(ceh..saje nak bikin gempak).jadi hint awal-awal dah bagi, celoteh kali ini adalah berkenaan PERKAHWINAN(HUTANG ATAU BERKAT).*dah macam program bual bicara la pulak ye.huhu. siapa yang tak nak kawin kan?semua orang nak kawin dan semua orang sebenarnya bakal berkahwin.cuma masanya sahaja belum tiba, atau sedang dalam perjalanan untuk tiba atau sedang menghampiri dan dah tersangat-sangat hampir.INSYA ALLAH.

Bagi yang sedang membuat persiapan perkahwinan pastinya pelbagai perancangan sedang bermain difikiran.semakin hari kita dibuai cerita-cerita ''wedding of the year'' yang mana baju pengantin sahaja dan sama harga dengan jumlah pinjaman PTPTN.*eh?huhu..tu belum lagi kek bertingkat-tingkat, pelamin..bla..bla..dah akhirnya lepas kawin nanti get ready ye suami-suami di luar sana. kalau tak gugur rambut.agak-agak sampai cucu ke berapa baru habis nak bayar hutang.tu belum campur hutang coki-coki lagi tu.eh?*PESANAN PENAJA : DAH HUTANG JANGAN LUPA BAYAR :)

seriously, sepanjang saya membesar dan menjadi besar sehingga sekarang, saya difantasikan dengan majlis kawin yang memang gah-gah, dikampung atau juga dibandar.sehinggalah saya dibukakan mata tentang majlis perkahwinan yang BERKAT dalam ISLAM itu bagaimana. dulu bila ke kenduri kawin, satu sahaja soalan yang sering bermain diminda saya.''kenapa lepas makan kena pergi bagi duit kat pengantin?mcm kedai makan pun ada''..dan hari ini saya tahu bahawa ianya hanyalah adat. 

ADAT?YES..ADAT yang semakin hari semakin menengelamkan apa yang seharusnya kita lakukan sebenarnya dalam mencari keberkatan sesebuah perkahwinan. ''kalau tak buat grand-grand nanti orang mengata'', percaya tak kalau saya cakap, dalam 10 orang, susah nak jumpa sorang yang tak akan berfikir mcm ni?kenapa?kerana kita semua semakin hari lupa KEREDHAAN siapa yang harus kita cari. meh kita baca ape kata ENCIK dari Syahirul.Com :)


Rasulullah s.a.w bersabda: Adakanlah walimah (kenduri kahwin) sekalipun dengan seekor kambing. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Seekor kambing nilainya sama seperti 1 dinar emas. dalam lingkungan rm700-rm800 sahaja. seekor kambing boleh dimakan oleh berapa orang? tak ramai bukan? jadi itulah seminima yang mampu untuk seseorang melangsungkan kenduri kahwin. kenduri ni sunat, tak buat pun takpe, namun ia sunat yang dituntut untuk buat. kenduri ni tujuan menghebahkan bahawa lelaki dan perempuan ini telah sah bernikah.

Dalam kehidupan seharian masyarakat akhir zaman ini, ramai yang terpedaya dengan mengikut nafsu walaupun ia seorang yang faham agama. Ini kerana adanya dalam diri sifat 'mengharap keredhaan manusia' lebih dari 'mengharap keredhaan Allah'. Oleh kerana itu, maka ramai golongan muda yang ingin bernikah 'disusahkan' dan 'dilambatkan' dengan 'pandangan manusia' ini kerana terpaksa menurut hawa nafsu mereka dalam hal perkahwinan dengan terpaksa mencari harta sampai cukup, walhal islam tak pernah membebankan umatnya.

Jom kita berubah dan cuba sedikit demi sedikit mengikut sunnah, yakni mahar yang murah yakni yang berkat, dan kenduri yang semampunya dari kedua pihak. Di samping itu kita buang semua amalan yang bercanggah dalam perkahwinan seperti bersanding, tabarruj, ikhtilat lelaki dan perempuan, "selamat pengantin baru", berlebih-lebihan, pembaziran, kemegahan, dll..

Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api. (H.R. Tirmidzi)



Jadi, apa yang nak dibimbangkan dengan kata-kata orang atau desakan nafsu sehingga sanggup berhutang. apa guna majlis meriah tapi segalanya hanya pinjaman yang menanti untuk menjerut leher selepas hari bahagia yang hanya seketika. hutang cokelat 20 sen belum tentu dah bayar ke tidak.ni pulak beribu. jadi renung-renungkan dan selamat beramal :) *sila komen jika  ada yang tidak kena, tapi jangan mencarut okeh?! good ! wassalam (_)v


SURAT CINTA : 
NAK KONGSI YANG NI JUGAK BOLEH? :)

mak ayah, saya nak kahwin.. janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

mak ayah, saya nak kahwin. janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

mak ayah saya nak kahwin.jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

mak ayah, saya nak kahwin. walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

mak ayah, saya nak kahwin.. jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

mak ayah, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.

mak ayah, saya nak kahwin.. dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.

mak ayah, saya nak kahwin.. percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.


mak ayah, saya nak kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.

mak ayah, saya nak kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.

mak ayah, saya nak kahwin.. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.

mak ayah, saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.

mak ayah, saya nak kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.

mak ayah, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.

mak ayah, saya nak kahwin. tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan ayah, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan ayah ini, amin. 

2 comments:

  1. wah...pnjg nya surat cinta kali ini.semoga segala d permudahkan.amin =p

    ReplyDelete