Monday, 23 April 2012

PENGHARGAAN.

ASSALAMUALAIKUM semua ..

Alhamdulilah., praktikum berakhir sudah. perasaan bercampur baur. sedih dan gembira kerana kami bakal konvo tidak lama lagi dan memulakan dunia baru. tapi tak dapat dinafikan sedih kerana meninggalkan anak-anak yang setiap hari menceriakan hari kami, warga SKTBT yang sudah seperti satu keluarga. tapi semua tu lumrah kan? apepun ''kenangan yang ada tak mungkin mati kerana ianya tetap hidup dalam diri kita semua'' ( dipetik dari kata-kata cikgu nizam.heee ! :) )

belum berkesempatan untuk update mengenai majlis perpisahan dan juga coretan akhir dihari terakhir bersama mereka. insya allah akan diupdate. rasa terharu amat sangat bila membaca mesej dan komen yang bertanyakan bagaimana minggu terakhir di SKTBT. insya allah akan diupdate selepas ini sampai lebam.hehe.

hari ini menugal jagung
hari esok menugal jelai
hari ini kita berkampung
hari esok kita bercerai

dari mana hendak ke mana
tinggi rumput dari padi
hari mana bulan yang mana
dapat kita bertemu lagi


setinggi-tinggi penghargaan buat warga SKTBT yang sudi menerima kedatangan saya dan kawan-kawan untuk menimba ilmu dan belajar terus belajar. Kepada Puan Nik Aziah, terima kasih kerana sudi menjadi ibu kepada kami dan tidak henti-henti memberikan kami nasihat serta dorongan. tidak dilupakan juga buat Puan Yasmin, Puan Norazila, Puan Hayani serta semua guru-guru yang banyak membantu kami untuk menyesuaikan diri dan belajar banyak perkara baru di sekolah yang memberikan saya dan rakan-rakan 1001 kenangan. 


tiada kata-kata untuk mengambarkan betapa berharganya kenangan bersama kalian. cikgu nizam, kak ayu, kak gee & juga kak ina. setiap hari pasti ada sahaja gelak tawa mencuit hati. terima kasih kerana sudi memberi tunjuk ajar dan juga banyak membantu kami sepanjang menjaga anak-anak yang berbagai kerenah.semoga kalian sentiasa dalam rahmatNYA :) .. going to miss u all !


Buat Puan Fazlina , terima kasih Puan kerana banyak membantu saya dan rakan-rakan sepanjang tempoh menamatkan praktikum kami. dan juga buat Cik Ain , terima kasih kerana ketegasan cik ain ketika mengajar kami banyak membantu kami untuk menyesuaikan diri di alam praktikal. pastinya tak kan melupakan apa yang telah kalian berdua ajar dan juga terima kasih yang tak terhingga buat  kalian berdua dan semua pensyarah yang mengajar saya dan rakan-rakan. semoga kalian semua sentiasa dalam rahmatNya. :)


buat anak-anak cikgu yang cukup cikgu sayang, terima kasih haiqal, fateeh, amirul, aiman, azam, farhan, jazil, hakim, abdullah hakim, rafiq, izwan, syazwi, saiful alif, aleya, intan, laila, fatin, qistina, dhia, amelia, eyzah, nadhirah, iman, aisyah, dan syarifah. terima kasih kerana mengajar cikgu dan cikgu aza erti kesabaran dan terima kasih kerana memberikan kami kenangan yang cukup bermakna. semoga kalian semua akan menjadi umat yang cemerlang, anak yang baik,murid yang gemilang & manusia yang terbilang. amin :)


 buat teman-teman seperjuangan, TAHNIAH kerana sudah menamatkan praktikum dengan jayanya. buat yang bakal berpraktikum.. selamat maju jaya dan menempuh alam praktikum. terima kasih buat semua rakan-rakan yan g saling membantu dalam menempuh alam praktikum. rinduuuuuu  !!!! cepat-cepat plan untuk reunion ! miss u all K9G2 :)

bintang barat terbit petang
bintang timur terbit pagi
jika tidak melarat panjang
ada umur ketemu lagi.

SURAT CINTA : 
Dear Allah...
I want to take a minute...
not to ask for anything from You... but
simply to say thank YOU, for all I have.
ALHAMDULILLAH.

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillahirabbil alamin..Wossolatu wassalamu a'la ashrafil mursalin..saiyidina Muhammadin khotimin nabiyyin. Wa a'la alihi wasohbihi ajmain. Allahumma inna nas aluka minalkhairi kullihi a'jilihi wa ajilihi ma a'limna minhu wama lamna'lam..wa na u'zubika minash sharri kullihi a'jilihi wa ajilihi ma a'limna minhu wama lam na'lam. Allahumma ya fatahu ya a'lim..

Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang aku telah tahu atau yang belum aku ketahui, kurniakan kepadaku nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yang sejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan segala kebaikan dalam hidup ku.

Wahai Tuhan, aku memohon rahmatMu, nikmat dan ihsan, menadah tangan berdoa memohon taufik dan hidayahMu, petunjuk dan inayahMu, bukakanlah hati dan fikiranku dalam menyumbang buah fikiran dan pendapat yang bernas lagi bermanfaat bagi mengembang dan mempertahankan syariatMu serta mengangkat darjat umat.

Ya Rahman, bukakanlah pintu hati ku dengan kebijaksanaan ilmu dan hikmah.

Allahumma, aku sentiasa mengharapkan bimbingan rahmatMu, kerana itu janganlah engkau membiarkanku mengendalikan urusanku sendirian tanpa hidayahMu, walau sekecil mana pon urusan itu.

Wahai Tuhan ku, tiada perkara yang mudah melainkan Engkaulah yang menjadikan ianya mudah. Engkaulah jua yang dapat menjadikan sesuatu yang sukar itu juga menjadi mudah sekiranya Engkau mengkehendaki.

Ya Allah, aku mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan irihati, sama ada aku telah tahu atau yang belum aku ketahui..

Ya Allah, makmurkanlah hidup ku dan saudara-saudara Islam ku dengan limpahan rahmat dan kasihMu..Perteguhkanlah hubungan tali silaturrahim di kalangan kami. Lembutkanlah dan satukanlah jiwa-jiwa kami, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami bagi menunaikan amanahMu dengan lebih berkesan.

Jadikanlah kami bangsa yang taat kepadaMu, kuat berusaha dan mampu menghadapi segala cabaran serta ingin terus maju kehadapan sesuai dengan peredaran zaman bagi meneruskan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Amin ya Rabbal alamin.. Rabbana atina fiddunya hasanah wafil akhirati hasanah waqina a'za bannaar..wasallallah hu a'la saiyidina Muhammadin wa a'la alihi wasohbihi wa barak wasallam. walhamdulillah hi Rabbil a'lamin.

Amin.


No comments:

Post a Comment