adalah penyakit eksklusif wanita. Tetapi, tahukah anda kanser di duktus susu itu turut menyerang kaum lelaki?
Walaupun wanita adalah 100 kali lebih cenderung mengalami kanser payudara tetapi mana-mana lelaki sekalipun boleh menghidapinya.
Berikut adalah petikan artikel yang saya baca di internet untuk dikongsi bersama. JOM BACA !
OLEH : SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN.
‘‘Lelaki mempunyai tisu payudara yang jauh lebih sedikit berbanding wanita namun mereka juga mempunyai sel-sel payudara yang boleh mengalami perubahan berkanser. Yang berbeza cuma bilangan duktus dan lobul yang sedikit dan tidak membesar berbanding wanita.
‘‘Kebiasaannya kanser payudara lelaki ini lambat dikesan. Anggaran masa di antara simptom pertama dan diagnosis adalah 19 bulan atau lebih setahun setengah. Ini mungkin kerana orang tidak menyangka kanser payudara akan menyerang lelaki dan kerana itu sedikit atau tiada langsung pengesanan awal dibuat,” kata Dr. Abd. Hamid Mat Sain.
Menurut Pakar Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan itu, berdasarkan kajian, 65 peratus daripada lelaki dapat meneruskan kehidupan sehingga lima tahun selepas diagnosis dan 51 peratus hidup selepas 10 tahun.
Sementara itu, satu perempat daripada lelaki tersebut mempunyai sejarah kanser di dalam keluarga dan 12 peratus mempunyai anggota keluarga yang menghidap kanser payudara. Kanser payudara terjadi kepada lelaki apabila mereka mempunyai keabnormalan dalam gen kanser payudara BRCA2.
Menurut Dr. Abd. Hamid, penyelidikan mendapati bahawa sifat-sifat klinikal kanser payudara lelaki adalah sama sahaja dengan perempuan. Bagaimanapun, diagnosis kanser payudara lelaki mengambil masa yang lebih lama untuk dikesan.
‘‘Sekalipun kanser payudara jarang berlaku di kalangan kaum lelaki, adalah penting bagi orang ramai menyedari bahawa ia boleh berlaku. Kanser payudara lelaki adalah sama dengan kanser payudara yang menyerang perempuan.
‘‘Kanser saluran susu adalah jenis yang biasa berlaku dan mempunyai tindak balas yang baik dengan rawatan. Ramai lelaki yang malu dengan anggapan orang ramai tentang penyakit yang cuma menyerang wanita ini.
‘‘Adalah sangat penting bagi mereka untuk mengetahui maklumat yang sama dan memerlukan sokongan dan keprihatinan seperti kaum wanita yang menghidap penyakit kanser payu dara,” ujar beliau sambil menambah, kanser payudara mungkin berlaku kepada lelaki , tidak mengira peringkat umur.
Kebiasaannya, ia dikesan di antara umur 60 hingga 70 tahun.
Jenis-jenis kanser payudara lelaki
* Duktal karsinoma in situ: Kewujudan sel-sel tidak normal dalam lapisan duktus; dipanggil intraduktal karsinoma
* Inflamasi/radang kanser payudara: Payudara kelihatan merah, bengkak dan pesakit akan terasa panas di bahagian tersebut
* Penyakit Paget pada puting susu: Ketumbuhan yang membesar dari duktus di bahagian bawah puting susu ke permukaan puting susu.
Lobular karsinoma in situ iaitu sel-sel abnormal di dalam lobus atau bahagian payudara yang terjadi kepada wanita, mungkin tidak dapat dilihat berlaku pada lelaki.
Faktor-faktor risiko
* Terdedah kepada radiasi
* Menghidap penyakit yang berkait dengan kadar estrogen tinggi seperti sirosis (penyakit hati) atau sindrom Klinefelter (ketidakseimbangan genetik)
* Mempunyai saudara perempuan yang menghidap kanser payudara terutamanya mereka yang mempunyai perubahan dalam gen BRCA2. Kanser payudara bagi lelaki disebabkan oleh mutasi atau perubahan gen melalui keturunan.
Diagnosis
Pemeriksaan bagi kanser payudara digunakan untuk mengesan dan mengenal pasti kanser payudara bagi lelaki. Jika terdapat perubahan pada payudara, anda perlu berjumpa dengan doktor. Lelaki yang menghidap kanser payudara akan berasa ketulan atau benjol di bahagian buah dada mereka.
Biopsi – pembuangan sebahagian dari ketulan atau tisu atau cecair yang mencurigakan dengan jarum halus boleh dilakukan bagi mengesan kanser. Selepas pembuangan tisu atau cecair, pakar patologi akan membuat pemeriksaan bagi memeriksa sel-sel kanser.
Peluang bagi lelaki yang menghidap kanser payudara untuk terus hidup adalah sama dengan wanita yang menghidap kanser payudara jika peringkat diagnosis mereka adalah sama. Tetapi, kanser payudara lelaki hanya dapat dikesan pada peringkat yang agak lewat dan ini menyebabkan kesukaran untuk disembuhkan.
Prognosis atau keupayaan untuk sembuh dan rawatan pilihan bergantung kepada peringkat kanser sama ada di payudara atau telah merebak ke bahagian tubuh yang lain, jenis kanser, ciri-ciri sel kanser, kebarangkalian kehadiran kanser di payudara yang lain, umur pesakit dan kesihatan secara am.
Selepas diagnosis, beberapa pemeriksaan dilakukan untuk mengetahui sama ada sel-sel kanser merebak di bahagian payudara atau bahagian tubuh yang lain. Proses ini dipanggil pemeringkatan.
Adalah penting untuk mengetahui peringkat penyakit kanser dalam merancang rawatan. Pemeringkatan bagi kanser payudara lelaki adalah sama dengan wanita. Penularan kanser dari payudara ke nodul limfa dan bahagian tubuh badan yang lain adalah sama di antara wanita dan lelaki.
Pilihan rawatan
Kanser payudara lelaki dirawat sama seperti kanser payudara wanita. Cara rawatan diberikan bergantung kepada jenis dan peringkat kanser. Empat jenis rawatan standard bagi merawat kanser payudara lelaki ialah:
* Pembedahan: Pembedahan kanser payudara lelaki ialah mastektomi radikal yang melibatkan pembuangan buah dada bersama noda-noda limfa pada ketiak berdekatan dan otot-otot yang menghubungkan bahagian atas dada kepada bahu. Sebahagian noda-noda limfa yang dibuang diperiksa dengan mikroskop.
* Kemoterapi: Kemoterapi adalah rawatan kanser yang menggunakan ubat-ubatan dalam memberhentikan tumbesaran sel-sel kanser, sama ada membunuh sel-sel tersebut atau menghentikan sel-sel tersebut daripada membahagi. Kemoterapi yang diambil melalui oral (mulut) atau disuntik ke vena atau otot, akan melalui saluran darah dan sampai ke sel-sel kanser melalui tubuh badan (sistemik kemoterapi). Apabila kemoterapi diletakkan di turus spina atau tulang belakang, kaviti tubuh seperti abdomen atau organ, ubat-ubatan cuma memberi kesan terhadap sel-sel kanser yang terdapat pada bahagian itu sahaja.
* Terapi hormon: Rawatan kanser ini membuang hormon atau menghalang pergerakan dan menghentikan sel-sel kanser dari membesar. Hormon adalah bahan yang dihasilkan oleh kelenjar-kelenjar di dalam badan dan diedarkan ke saluran darah.
Kehadiran sesetengah hormon mengakibatkan kanser membesar. Jika ujian menunjukkan terdapatnya sel-sel kanser di mana hormon- hormon ini terikat pada reseptor, ubat-ubatan, pembedahan atau terapi radiasi digunakan bagi mengurangkan penghasilan hormon atau menyekat hormon-hormon ini dari berfungsi.
* Terapi radiasi: Ini adalah rawatan kanser yang menggunakan tenaga sinar-X yang tinggi atau jenis radiasi yang boleh membunuh sel-sel kanser. Terdapat dua jenis terapi radiasi iaitu terapi radiasi luaran di mana penggunaan mesin bagi menghantar radiasi terhadap kanser dan terapi radiasi dalaman menggunakan bahan-bahan yang bersalut radiasi seperti jarum, wayar, benih atau kateter (tiub) yang diletakkan melalui atau dekat dengan sel-sel kanser.
SURAT CINTA :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”
(Abu Daud)
Setiap penyakit ada ubatnya, jika bersesuaian ubat tersebut, maka ia akan sembuh dengan izin Allah S.W.T.
Meskipun Islam mengharamkan penggunaan bahan-bahan tertentu seperti najis, air kencing, alkohol dan sebagainya untuk tujuan perubatan namun terdapat keadaan di mana seseorang itu diberi keharusan (rukhsah) untuk berbuat demikian iaitu bilamana berada dalam peringkat darurat (kecemasan) dan tiada lagi ikhtiar-ikhtiar lain yang boleh dilakukan. Atau dengan lain perkataan diharuskan untuk yang terpaksa.
Dalam masalah ini pengambilan benda-benda yang haram sebagai ubat hendaklah sekadar perlu sahaja bagi menyembuhkan penyakit yang menimpa. Manakala rawatan tersebut mestilah dikendalikan oleh seorang doktor Muslim yang dipercayai tentang agama dan ilmunya.
Rukhsah ialah hukum keringanan yang disyari'atkan oleh Allah dalam keadaan- keadaan tertentu (iaitu ketika dharurat) manakala pengertian darurat pula ialah kesusahan yang memudaratkan iaitu bencana yang tidak ada sesuatu yang boleh mencegahnya.
Selaku seorang Islam kita diwajibkan berikhtiar untuk mendapatkan rawatan yang halal dan menjauhi perkara yang haram apalagi yang melibatkan perbuatan syirik kepada Allah.
INSYA ALLAH ADA JALANNYA -LOVE-
No comments:
Post a Comment