Wednesday, 14 March 2012

Sebelum VS Selepas.

ASSALAMUALAIKUM semua...
hari ni masuk hari ke 4 cuti sekolah bermula, aku mula teringat-ingat anak-anak permata.hohoho..penyayang giler tetiba rasa..but honestly memang tak dapat dinafikan teringat-ingat diorang ditambah lagi adik aku yang bongsu tu kejap-kejap duk ulang tayang tengok video aku mengajar.*malu malu =_=''

mcm biasa mukadimah yang memang lari pecut & menyimpang bersimpang-simpang dari tajuk utama kenapa aku nak merepek hari ni, meh sini meh dekat-dekat.nak ajak mengumpat.eh tak tak !! nak cerita satu story yang buat aku tetiba bertukar jadi the hulk.huhu

kejadian ni berlaku ketika aku ke kenduri.mcm biasalah.aku memang jenis pakai yang aku selesa,janji tak nampak selekeh.then nak dijadikan cerita.waktu aku sampai.mak andam tengah cat muka pengantin.aku pun saje lah duk borak-borak ngan kawan-kawan yang ada.kemudiannya tetiba...drama seram pun bermula...

mak andam : hah..yang muka takde cat tu meh sini nak pakaikan mekap sikit.takdelah nampak cam orang tua berkedut sgt.

sentap sambil ternganga, muka kawan-kawan aku pun turut berubah.aku senyum lagi dan jawab :
aku : eh takpelah.saya memang jenis tak mekap.dah selesa mcm ni.

dengan lasernya mak andam tu balas balik :
mak andam : kau jangan mcm ni.nanti tak de jantan nak kat kau.kena lah mekap.time muda2 ni lah nak cari pasangan, bibir tu wat meroh sikit biar ada yang terliur.

dalam hati aku mula meyumpah seranah, kawan-kawan aku dah mula tarik muka.dengan nada bercampur baur aku jawab :
aku : saya tak nak nanti makin saya tua, saya terpaksa duk tepek 5 6 lapis bedak nak tutup kesan muka yang dah terbiasa pakai mekap, lagipun saya sayang kulit saya.tak pe lah makcik, nanti saya kawin,saya berhias habis-habisan untuk lelaki yang sudi terima saya seadanya.bukan sebab bibir saya merah.atau pipi saya yang pink. ( fuh..aku jawab sambil kontrol marah + ada nada nak ke arah kurang ajar)

belum sempat mak andam tu balas balik, kawan aku angkat kaki panggil mak dia.aku dengan kawan-kawan aku blah dan kami pun bukak forum meluahkan rasa geram masing-masing.dan kemudiannya bla..bla....ENDING.


MAAF  mak andam..tapi saya tak mahu situasi dibawah berlaku terhadap saya !



kalah tranformer kan?dan saya juga tak nak kelihatan begini 








SURAT CINTA : 


ALLAH dah ciptakan kita semua dengan sempurna.kita cantik.cuma kecantikan kita semua ada yang tersembunyi.bukankah lebih tersembunyi lebih misteri?kalau ditayang-tayang dah sekali pandang je orang dah nampak.masih misteri & terlindung lagi x? Yes..kita berbeza pandangan.dan saya tegaskan disini saya melihat kepada apa yang miliki dan apa yang saya mahu adalah menjadi diri saya sendiri.saya tak nak saya pakai mekap tebal-tebal tapi bila saya keluar, saya asyik nak belek cermin.cek lipstik, cek bedak dah kurang inci ke belum.itu bukan saya.setakat nak cek takut-takut muka comot tu tak salah tapi bila kita buat sesuatu yang mana itu bukan diri kita.seriously bagi saya, ianya seolah-olah membadutkan diri saya sendiri.
kita berbeza, saya dan kamu semua berbeza sama sekali.tapi tu bukan bermakna kita boleh sesuka hati nak hodohkan orang lain.siapa cakap tak pakai mekap tu tak cantik?bukankah kecantikan semulajdi tu terpelihara bila tak ada satu pun bahan pengawet kita letak berlebihan.menjaga kecantikan bukan bermakna kita nak kena tepek 5 6 inci bedak.pastu kaler pulak 5 6 7 jenis kaler.asalkan kita kemas, jaga kebersihan diri & sedap mata memandang.itu lebih penting.hah lagi satu..jaga bau badan jugak ok?! 
ini pandangan saya.anda bagaimana? 

Firman Allah Taala: 
"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, supaya mereka mengenakan jilbab ke seluruh badannya, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal; kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59) 

Di dalam surah al-Nur, ayat 31: 
"Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa keliahtan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.." 

-LOVE-

2 comments:

  1. Salam.

    Eh, eh. Sama lah kita. Biar la orang cakap kulit muka tak berseri ke apa. Tak suka la make up. malu kot orang tengok. Haha.

    Mak andam semua memang macam tu kot. Makcik saya pun ada sorang, dia geram je nak calit muka saya ni. Tapi, saya selalu tak nak. Dia buat kat adik je. Adik suka la benda2 gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah..tekpelah.janji kita selesa.kalau kita buat ape yang kita tak selesa.kita jugak nanti yang akan rasa tak selesa :)

      Delete