Thursday, 9 February 2012

SuperBoySuperGirl

ASSALAMUALAIKUM semua..

Pernah melihat keadaan pensel disebelah?eleh..malu-malu katak pulak nak mengaku time sekolah dulu habis semua pensel bercop dengan gigi sendiri, kekadang pensel kawan pun jadi mangsa *kejam gila merosakkan harta benda awan.huhu
ala..budak-budak..camtu la perangainya.so sekarang kalau budak2 nakal tak boleh nak marah jugak, sebab kita dulu lebih nakal dari mereka 
*saya budak baik.comel je. ( jawapan nak mintak pelempang.huhu.
ape lagi kenakalan korang buat time sekolah?time cikgu mengajar buat bising?conteng dinding sekolah?...bla bla..apa?pukul cikgu?tu bukan kenakalan tu.tu MENEMPAH PENAMPAR namanya.*sadis sadis =_=''.haipp..zaman sekarang tampar budak '' see u in court'' la jawabnya cikgu-cikgu ye''! huhu..

ALHAMDULILAH..masuk minggu ke dua memulakan alam 'GURU' di SK TAMAN BUKIT TERATAI,AMPANG. minggu pertama kami belum mengajar sepenuhnya.cuma membantu guru pembimbing apa yang perlu sahaja dahulu dan setelah jadual mula disusun.minggu ni kami mula mengajar.dan oleh kerana isnin dan selasa cuti.semalam saya dan aza mengajar bersama.untuk hari ini hanya Aza yang mengajar dan saya ditugaskan untuk menjadi guru ganti di kelas darjah tiga.oh hari ni saya denda budak.*kejam gila cikgu ni.peace :) 
hari ni juga kami merasai pengalaman bermesyuarat bersama-sama guru-guru disekolah ini bagi membincangkan tentang sambutan Maulidur Rasul yang bakal berlangsung minggu hadapan.

HERE WE GO ! 
pengalaman baru & juga cabaran baru sedang menanti dihadapan !!

 * sempat lagi snap sebelum memulakan mesyuarat 

Melangkah masuk ke sekolah ni, memang pada mulanya agak cuak.memikirkan bagaimana keadaan.siapa guru pbimbing?bagaimana penerimaan mereka terhadap kami.bla..bla..tapi sebagaimana yang diceritakan dalam entri ini KlikSini. ALHAMDULILAH, kami berempat dapat menyesuaikan diri. Guru Pembimbing pun mesra  & selalu memberi tunjuk ajar, jadi kami akan memanfaatkan peluang yang diberi untuk menimba ilmu sebanyak yang boleh.kami juga banyak dibantu olh pembantu Pra yang tidak lokek menghulurkan bantuan. Semoga mereka sentiasa dalam rahmatNYA -CIKGU NIZAM, CIKGU MUZIRAH, KAK AYU & KAK INA-

Kerenah budak?
ni hah !
waktu tengah mengajar. ''PRUTTTT'' .. ada yang kentut =_=''
bila nak ajak belajar je 
'' cikgu cikgu nak main nenek nenek''
'' cikgu cikgu, bila nak menari''
Kalau tanya sorang je soalan apa-apa
yang lain nak jugak menjawab tapi lain ditanya lain pulak dijawab =_=''
degil memang tak boleh nak dinafikan tapi mereka semua masih boleh dengar cakap.dan bila bagi kerja dan ajar apa-apa.seronok tengok gelagat masing-masing.
baru je beberapa hari tapi kat rumah pun teringat-ingat mereka semua, bila balik sekolah, sampai je rumah, terus buat meeting cerita kerenah anak murid masing-masing.HAHA
walaupun banyak benda baru kami belajar dan cuba menyesuaikan diri tapi ianya sgt menyeronokkan.

MEMPERKENALKAN SUPERBOY & SUPERGIRL PERMATA !
TERIMA KASIH MEMBERI KAMI PENGALAMAN BARU DALAM HIDUP






SURAT CINTA : “Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."[94:5-6]].  SHINE ON and don't give up on what you have decided to do! FIGHTING !! -LOVE-

2 comments:

  1. hahaha adoiii garang nih cikgu nih.dh siap denda murid2.hahaha

    best kan kalo soh budak2 wat apa pun.tgk bila nk tgkp gmb je suma muka hepi siap peace lg =)

    ReplyDelete