Saturday, 4 February 2012

SALAM MAULIDUR RASUL 1433H

ASSALAMUALAIKUM semua ...


 Jika dahulu waktu dizaman comel-comel bertudung senget sambil membimbit beg berisi AL-QURAN kelas mengaji, jika ditanya tentang siapa NABI MUHAMMAD S.A.W. pastinya panjang lebar jawapan diberi.dicerita satu persatu siapa ibu baginda, bila tarikh kelahiran baginda. bagaimana pula sekarang?adakah masih kekal dalam ingatan sejarah hidup BAGINDA?

Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim 
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali
 sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah) 
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
 
 
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
 
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
 
 
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
 perempuan bapa Rasulullah SAW) 
 
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
 
 Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali
 Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN 
 Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di 
dalamnya.

USIA 6 TAHUN 
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah) 
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN 
Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia. 
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). 
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. 
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN 
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. 
Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN 
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. 
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.. 
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. 
 Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN 
 Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah. 
 Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. 
 Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN 
Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN 
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. 
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN 
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

SURAT CINTA : Tujuan menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w. yang diadakan setiap tahun ialah untuk mengingati perjuangan baginda menyebar dan meninggikan syiar Islam.Kasih terhadap Nabi s.a.w. diistilahkan sebagai hubbu `t-takzim iaitu kasih dengan memuliakannya. Dalam usaha memuliakannya, hari kelahiran baginda disambut dengan perarakan, sambil berselawat, marhaban dan sebagainya termasuk mengadakan syarahan, forum, bacaan al-Quran dan sebagainya. Amalan seperti ini juga merupakan salah satu daripada tanda-tanda kebesaran Islam (syiar Islam).
Pada suatu ketika iaitu ketika baginda sedang duduk bersama para sahabat, seorang ketua kaum Auz bernama Saad bin Muaz telah datang. Kaum Bani Auz yang sedang duduk bersama baginda tidak bangun menyambut kedatangan ketua tadi. Baginda bersabda menyuruh mereka bangun menyambut kedatangan ketua mereka.Imam Jalaluddin Sayuti ketika ditanya tentang sambutan ini menyatakan bahawa punca amalan tersebut ialah perhimpunan manusia, di mana ketika itu ayat-ayat al-Quran dibacakan, peristiwa-peristiwa perjuangan baginda diperdengarkan. 
Kemudian orang ramai akan duduk menjamu selera kemudian berpisah.Amalan tersebut termasuk dalam amalan bid'ah hasanah (bid'ah yang baik) di mana orang yang melakukannya akan mendapat pahala kerana dalam amalan tersebut terdapat amalan memuliakan nabi, melahirkan kesyukuran kepada Allah atas rahmat-Nya menurunkan Islam melalui Muhammad sebagai pesuruh-Nya. Pendapat ini sama dengan pendapat Imam Abu Syamah, seorang ulama terkenal dari kalangan mazhab Syafie.Umumnya ulama mazhab Syafie menghukumkan sunat merayakan hari keputeraan baginda s.a.w. Sebahagian daripada mereka menganggapnya sebagai bid'ah hasanah, iaitu amalan yang tidak diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.
Tujuan utama mengadakan majlis memperingati kelahiran Rasulullah s.a.w. adalah jelas yang pada umumnya tidak melibatkan gejala-gejala buruk secara terancang dalam acara-acara yang ditetapkan. Walaupun demikian andainya keadaan seperti itu berlaku, ia adalah di luar kawalan dan tujuan dilakukan majlis ini. Alasan-alasan seperti ini sebenarnya terlalu remeh untuk dijadikan hujah dengan memperlihatkan bahawa amalan ataupun upacara seperti ini tidak seharusnya diadakan kerana ia mengundang perkara-perkara buruk akibat daripada sambutan tersebut.
Tidak pernah terjadi dalam mana-mana majlis Maulidur Rasul kaum lelaki dan perempuan duduk ataupun bercampur gaul seperti yang berlaku di kelab-kelab malam atau kelab dangdut. Tujuan menghadiri majlis maulud adalah kerana Nabi s.a.w. Ia merupakan satu ibadat yang diberi ganjaran oleh Allah. Kerana itu perilaku ketika seseorang itu menghadirinya adalah dalam batasan syariah, iaitu tidak melanggar ajaran Islam. Berbeza dengan mereka yang bercampur-gaul di kelab-kelab malam ataupun kelab dangdut. Kehadiran mereka ialah untuk berseronok-seronok memberi runtunan nafsu yang bertentangan dengan konsep ibadat.
Amalan menyambut Maulidur Rasul telah sebati dalam kehidupan orang Melayu. Ia merupakan salah satu budaya yang terterap dalam kehidupan masyarakat hasil daripada pengaruh Islam, agama yang diyakini. Kerana itu, pendapat-pendapat yang menentangnya secara tidak langsung telah menentang suatu amalan agama yang telah dilakukan oleh orang Melayu sejak begitu lama.
Walaupun demikian andainya upacara seperti ini diadakan untuk menunjuk-nunjuk, ada rasa riak oleh individu atau kumpulan-kumpulan tertentu, berlakunya pembaziran yang keterlaluan untuk mendirikan pentas misalnya, manakala kesan atau faedah mengadakan majlis itu tidak ada, pada hal wang rakyat yang digunakan tadi boleh disalurkan untuk tujuan lain, yang lebih memberi manfaat, maka ia perlu difikir secara serius dan ikhlas keperluan mengadakannya.Untuk membuktikan seseorang ataupun satu kumpulan manusia itu berarak semata-mata kerana Allah dan nabinya atau kerana riak menunjuk-nunjuk adalah di luar kemampuan manusia untuk menentukannya. Ini kerana niat itu terletak dalam hati bukan pada kain samping yang dipakai atau langkah yang diatur sambil berselawat atau sambil memegang kain rentang. Fikir-fikirkan :)

SALAM MAULIDUR RASUL 1433H.semoga kita semua sentiasa dalam rahmatNYA -LOVE-

2 comments:

  1. alhamdulillah.sekurangnya ingatan sy kembali ttg biodata n kehidupan Rasulullah..bkn nk buka pekung d dada tp hakikatnya separuh dh lupa =(

    ReplyDelete
  2. kita semua tak lari dari kealpaan.begiutu juga saya. :)
    semoga kita akan terus belajar & belajar :)

    ReplyDelete