Wednesday, 15 February 2012

Kelebihan Ayat Kursi.

ASSALAMUALAIKUM semua..

BISMILAHIRAHMANIRAHIM



Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
  • Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”
Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah swt maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan ,jin dan manusia seperti :
  • dikenakan sihir antaranya ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan(sakit santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan
  • terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol ,kecurian mahu kena pembuli jalanan.
  • dijauhkan dari fitnah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya. Semua perlindungan ini adalah datangnya dari Allah S.W.T atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah swt dan RasulNya Nabi Muhammad saw. Bagi kaum lelaki jangan lupa selepas selesai solat jumaat duduklah sebentar untuk melakukan amalan membaca 7 kali ayat Kursi ini dan 7 kali bagi setiap 3 Qul. Hikmah kelebihanNya banyak bagi mereka yang mengamalkan. InsyaAllah.                   
    SURAT CINTA : 5 Rahsia Ayatul Kursi
Sesiapa membaca Ayatul Kursi sebanyak 170 kali,Tidak ia :
1.Menuntut sesuatu darjat yang mulia dalam kehidupan nya di dunia dan akhirat melainkan diperolehi.
2.Meminta rezeki yang halal,mudah dan lapang melainkan mendapat.
3.Membayar hutang-piutang walau banyak seperti gunung sekalipun melainkan didorongkan sebab hingga terjelas hutang piutangnya.
4.Jika dikepung oleh musuh, atau orang jahat atau binatang buas melainkan dilepas ia dari kepungan itu.
5.Jika musuh benar-benar menyakiti,menganiaya,menyusah dan membuat fitnah.Apabila ingat di hati musuh itu hendah dimusnahkan, melainkan dikabulkan Allah dan muanahlah musuh itu.
Subhanallah.

2 comments:

  1. Mmg byk krlebihan ayat kursi..aritu pun ada sy wat entry ttg ni..sama2 kita amalkan ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul-betul..sama-sama kita amalkan.ALLAH bersama kita :)

      Delete