mengintai sorotan apakah berita menarik hari ni di kosmo secara online*nak beli paper mana ada lagi pagi-pagi buta ni..huhu..jadi segalanya dihujung jari.baca je melalui on9..diluar negara ini kisahnya..
SEJAK memiliki anak perempuan, David Beckham mengakui dia kini tidak lagi berjalan sambil berbogel di kediaman mewahnya di Los Angeles. Suami bekas anggota Spice Girls, Victoria Beckham itu berkata: "Zaman bogel saya sudah berlalu. Saya boleh berjalan dalam persekitaran kediaman saya (di Los Angeles) dengan hanya memakai seluar dalam, tapi berbogel tidak sama sekali.
"Saya tak kisah berbogel di depan tiga anak lelaki saya tetapi sejak ada anak perempuan, saya rasa berbogel dalam rumah tidak lagi sesuai."
Hasil daripada perkahwinannya dengan Victoria, dia kini mempunyai tiga anak lelaki terdiri daripada Brooklyn, 12, Romeo, sembilan, dan Cruz, enam tahun, serta anak perempuan, Harper yang kini mencecah usia enam bulan.
Beckham, 36, mengeluarkan kenyataan tersebut pada majlis pelancaran koleksi seluar dalam lelaki jenama H&M di London baru-baru ini. Dalam pada itu, Beckham mengakui dia dihimpit perasaan malu apabila anak-anaknya itu melihat foto dirinya yang menjadi model seluar dalam.
"Setiap kali melihat saya dalam paparan iklan seluar dalam, anak-anak saya akan berkata, 'Oh tidak, ayah lagi! (muncul dalam iklan seluar dalam)'. Mereka seperti 'Ayah kelihatan hebat tetapi semua orang tengok ayah pakai seluar dalam'. Malu saya dibuatnya," tutur Beckham.
....................................................................................................................................................................
SURAT CINTA : saya post atau tertarik dengan cerita ini bukan kerana saya peminat setia atau juga dihard fan beckham tapi saya terfikir adakah artis-artis diMALAYSIA boleh berfikir seperti dia?.bayangkan suatu hari nanti anak-anak kamu semua melihat ayah mereka diranjang bersama wanita lain yang bukan ibunya sendiri.bayangkan apa perasaan seorang anak apabila ibu mereka dipeluk sesuka hati oleh lelaki lain.bayangkan juga apa perasaan anak-anak kamu apabila tubuh yang kamu dedahkan semua orang melihatnya seolah-olah kamu lukisan potret yang boleh ditayang sesuka hati.jangan hanya berfikir untuk masa yang singkat.fikirkan akan datang :) -LOVE-
....................................................................................................................................................................
hahaha..kalau dia tak der ank perempuan..nan bogel lagi letteww
ReplyDeletehehehe..berkemungkinan besar tapi jika dilihat dari pemikiran dia dan perasaan malu tu wujud akibat kata-kata anak lelaki dia.jadi bkemungkinan juga dia dah malu berbogel bila anak-anak lelaki dia menegur :)
Delete"Saya tak kisah berbogel di depan tiga anak lelaki saya tetapi sejak ada anak perempuan, saya rasa berbogel dalam rumah tidak lagi sesuai"
ReplyDeleteayat tu myebabkan sy ulang baca 2 kali.hahaha
x kisah la ank dia laki ke pompuan ke tp kalo d pikir logik akal waras manusia ni,dh ilang la nmpknya satu sifat malu dlm diri dia selama ni ye.ni baru nk datang blk kot sifat tu =)
tu lah tapi dia ada perasaan sedar dan mahu berubah untuk anak dia :)
ReplyDelete