Wednesday, 30 November 2011

Encik Rokok Bin Bunuh Diri



sedap?sedapppppp kan?oh dah terbayang2..huhu * gogel gambar ni buat perut lapar..hoho..tapi kan peminat moist kek ni sama banyak jugak x dengan peminat setia artis kat bawah ni?




ha ni dia..Encik Rokok Binti Bunuh Diri..see?peminat dia ni bukan sahaja lelaki tapi jugak wanita..are you smoker? huhu...then if yes..sila fikirkan dan sedar yang anda sedang membunuh diri serta orang disekeliling kamu perlahan-lahan.pernah menghadapi situasi dimana tengah bersesak2 dengan orang ramai tetiba orang kat sebelah kita selamba je duk sedut racun ni..time makan pulak dengan selamba badak je orang lain makan nasi dgn lauk asam pedas..orang kat belakang makan nasi lauk sambal rokok..frust?sakit hati?nak marah?honestly tiap kali hadapai situasi camni bila di kedai makan..hati aku selalu myumpah2 mintak orang tu tercekik asap rokok yang dia duk sedut tu..huhu...

Alhamdulilah..ayah aku,adik2 dan juga encik power rangers bukan seorang perokok..tapi sad jugak bila ada yang rapat seorang perokok..lagi rasa sedih bila ada yang dah menerima akibat tapi masih xsedar2..apa yang korang dapat sebenarnya sedut mende ni?boleh jadi jutawan?boleh jadi femes? * femes la bila masuk berita mati kat tepi jalan gara2 hisap 8 kotak sehari..nak camtu?...xnak berleter panjang..jika anda seorang perokok..sila baca ni..artikel ni aku ambik dari laman web Fatwa Ulama Tentang Rokok : 

Kemudaratan merokok secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu kemudaratan kepada kesihatan dan kemudaratan kepada harta benda dan ekonomi. Di bawah adalah antara fakta-fakta menarik tentang rokok:
  •   Kandungan NIKOTIN dalam rokok untuk beberapa jenama semakin meningkat.  (Kajian Universiti Harvard dan Jabatan Kesihatan Massachusetts)
  •   Nikotin adalah sejenis dadah dalam tembakau yang menyebabkan ketagihan.
  •   Pengeluar rokok U.S dapat lebih banyak duit dengan menjual rokok di negara-negara lain daripada menjual di Amerika sendiri.
  •   Bahan kimia, UREA digunakan sebagai bahan perasa di dalam rokok.
  •   Rokok mengandungi arsenic, formaldehyde, lead, hydrogen cyanide, nitrogen oxide, carbon monoxide, ammonia and 43 bahan lain yang dikenali sebagai carcinogens.
  •   Nikotin boleh pergi kepada otak dalam masa 10 saat selepas disedut.
  •   3,000 bukan perokok dewasa mati disebabkan ‘second hand smoke’ setiap tahun.
  •   EPA telah mengklasifikasikan ‘secondhand smoke’ adalah carcinogen sejak 1992.
  •   Di kebanyakan negara, umur yang sah untuk membeli rokok telah dinaikkan dari 16 tahun kepada 18 tahun, manakala di Jepun umur minimum ialah 20 tahun.
  •   Merokok adalah dilarang di tempat umum di kebanyakan tempat di seluruh dunia, yang mengakibatkan penurunan yang ketara di tempat seperti di restoran, bar dan pub.

“Without nicotine....there will be no smoking....” -1972 Philip Morris, reseache

See?dah baca?ada dia tulis dalam tu ada vitamin C untuk menguatkan minda?atau juga mencantikkan kulit? CERDIK ke membelanjakan wang membeli racun untuk diri sendiri?..ego boleh menyebabkan ada darah yang mengalir ditangan sendiri...kan?

Berikut pula adalah Pandangan Ulama dan Fatwa mereka tentang rokok, yang diambil dari buku ‘Isu-Isu Dalam Masyarakat Islam Malaysia oleh Dr. Haji Mat Saad Abd. Rahman..

1.     Dr. Yusuf al-Qardawi dalam kitabnya “Halal dan Haram Dalam Islam” telah memberi fatwa bahawa merokok (tembakau) selama dinyatakan membahayakan, hukumnya adalah haram kerana jelas membazir dan mensia-siakan harta pada jalan yang tidak mendatangkan faedah sama ada untuk agama ataupun urusan dunia. (Rujukan: Al-Halal Wal-Haram fi al-Islam oleh Dr.  Yusuf al-Qardawi, hal 78)
2.     Al- Imam Abd. Halim Mahmud dalam kitabnya “ Fatwa al-Imam Abd Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makhruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika hanya mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. (Rujukan: Fatwa al-Imam Abd Halim Mahmud, 2:1)
3.     Al-Imam al-Akhbar Mahmud Shaltut telah menjelaskan bahawa pendapat yang mengatakan merokok hukumnya haram atau makhruh adalah pendapat yang kuat. (Rujukan: al-Fatwa al-Imam Abd Halim Mahmud)
4.     Dr. Abd Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan dan masyarakat.
5.     Dr. Hamid Jamek (Pakar Ensiklopedia Fiqh Islam Kuwait) mengatakan merokok adalah haram kerana ia dikategorikan sebagai suatu perkara keji atau kotor (al-khaba’ith).
6.     Dr. Zakaria al-Barri (Anggota Akedemi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa al-Azhar) mengatakan merokok hukumnya antara haram dan makhruh tahrim.
7.     Sheikh Mustafa Muhammad al-Hadidi al-Tahrir (Anggota Akedemi Kajian Islam) mengatakan merokok hukumnya haram.
8.     Al-Sheikh Abdullah al-Masyad (Anggota Akedemi Kajian Islam dan Ketua Lujnah Fatwa al-Azhar) mengatakan tidak syak lagi merokok wajib diberi hukum haram.
9.     Dr. Ahmad Umar Hashim (Ketua bahagian Hadis, Kuliah Usuluddin, Universitial-Azhar) mengatakan tidak syak lagi merokok hukumnya haram kerana telah jelas ianya memudaratkan.
10.   Dr. al-Husaini Hashim (Rahimahullah) (Wakil al-Azhar) mengatakan sesungguhnya merokok hukumnya haram (Rujukan: Hal al-Tabgh wa al-Tadkhin min al-Muharramat oleh Dr. Muhammad Ali Al-Bar, hal.)
11.   Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya haram kerana padanya terdapat kemudaratan (Rujukan: al-Lajnah al Daimah li al-Buhuth al-‘Ilmiyyah, hal.52)
12.   Berdasarkan kepadapengesahan pakar-pakar perubatan dan pandangan-pandangan ulama’, jelaslah bahawa merokok boleh dikategorikan sebagai haram. Dengan merujuk kepada kesan buruk tabiat merokok kepada kesihatan dan ekonomi, maka Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia dalam muzakarahnya yang berlansung pada21 Jun 1995 telah mengambil keputusan dengan memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan.

Jadi macam mana? ALLAH berikan kita nyawa..dan kita perlahan-lahan mahu membuat lubang-lubang kecil pada perjalanan yang masih panjang?i have something for u..this is ur body :


perjalanan kita masih panjang lagi harus kita tempuhi..kecerdikan dinilai bukan hanya kejayaan dalam peperiksaan atau pelajar terbaik atau juga berjaya dalam kerjaya..tapi juga bagaimana anda menjalani kehidupan seharian dan juga apa yang anda lakukan. masih ada masa untuk perubahan dilakukan..so ape lagi?jom sama2 mulakan sesuatu yang baru bukan untuk kehidupan sendiri tapi juga untuk mereka2 yang disekeliling bersama. Salam Sayang semua :)


Deman Poseidon ~

Poseidon?ape tu? Racun?makanan?sejenis mamalia berdarah beku? * sains fail..huhu..ni ha Poseidon..sejenis pizza...

Hey guys..lately gila melayan Poseidon..almaklum lah time exam hari tu baru download..haha * org stadi aku download movie..huhu..nak dijadikan cerita dalam drama ni Si Won Super Junior blakon..kenal x?kenal x?actually dia ex aku..kami putus sbb dia gatal nak kejar cita2 kat korea.dan aku pun putuskan hubungan kami sbb aku terjatuh cinta dgn encik power rangers..dan akhirnya ini satu penipuan..best x sinopsis?* mesti rasa nak lempang bagi gg btrabur je kan?huhu

Kegilaan terhadap korea memang dah xboleh dirawat..so nak buat camne..tapi yang penting adalah cerita yang aku tengok ni mempunyai jalan cerita yang mana banyak nilai2 kita boleh fikirkan..biasanya kalau aku tengok cerita yang 2 3 episod pun xkeluar lagi apa motif cerita ni dibuat..aku padam trus dari external dan menganggap aku dah habis tgk.selesai ! hehe.

Aku xnak huraikan  sinopsis atau nama2 pelakon cite tapi nilai yang paling kuat yang menyentuh hati aku dalam crita ni adalah kepercayaan pada orang yg kita sayang.actually dalam drama ni bukan heroin aje tapi siwon dan juga salah seorang rakan sekerja mereka juga mencari pembelaan atas kematian insan terapat dalam hidup mereka yang xbersalah..dalam cerita ni heroin yang dibintangi oleh Lee Si Young berjuang habis-habisan untuk membersihkan nama ayahnya yang tercemar gara2 perbuatan orang lain.kerana dia dan ibunya lebih mengenali lelaki yang hidup bersama mereka berpuluh2 tahun.apa saja yang berlaku tidak dipercayai membai buta selagi bukti belum didepan mata..agak tersentuh jugak tgk crita ni bila tengok sindiket penyeludupan yang membunuh nyawa orang yang xberdosa..membunuh satu nyawa boleh memusnahkan berpuluh ribu kehidupan yang lain.See..dalam drama ada realiti yang sedang berlaku di luar sana.the world become scary now..huhu..nak tahu lebih lanjut lagi kena lah tgk jugak.. :)

Berminat nak tengok?boleh download di link ni  Poseidon MediaFire & untuk mendapatkan subtittle boleh juga ke laman web ni Poseidon Sub...yang ni semua pun saya dapat dari kawan saya en.malik dan juga nina untuk subtittle..* terima kasih daun keladi korang... :) 
jadi kalau berminat..boleh lah tgk..xsemua cerita korea ni bukan hanya layan jiwang je..masih ada nilai2 yang menguatkan plot yang ada..opss sebelum terlupa..nah beberapa gambar dari cerita ni..kiopta siwon..heeee :)

-ni ha dia siwon..hensem kan?mcm lolipop ke hensem..heeee :) * tp En.Mohd Sobri lagi hensem.sori siwon !


-ni pula sebahagian dari para pelakon yang turut menjayakan cerita ni. pelakon pembantu penting ok.kalau xde diorang.xkan hero ngan heroi je nak blakon.huhu


- bagi peminat TVXQ, U-know Yunho  juga turut berlakon dalam cerita ni.


ok xde dah..hehe..nak tgk lagi jgn lupa menonton. jangan tengok aje tapi xhayati apa yang cerita ni nak paparkan. Selamat Menonton :)

Tuesday, 29 November 2011

Dragon Ball ~

Dulu masa kecik, setiap jumaat sabtu mengadap je depan tv awal2 pagi dgn muka xbsuh..gg belum gosok mgadap katun..* eleh..korang pun sama kan kan?hehe...time tu mana layan lagi drama2 melayu..kalau tgk pun cite P.Ramlee..time tu ayah peminat setia P.Ramlee..jadi bila ayah tgk cte tu kat tv..semua pakat duk mgadap..kalau hari sekolah..ptg2 baru boleh tgk cte katun..tapi selalu jeles sebab mase tu mesti tgk kat iklan banyak cerita katun hari ahad..ayah cakap kalau ahad pantai timur sekolah..yang aku tahu masa tu kat Kuala Lumpur ct hari ahad..aku kutuk habis-habisan saluran tv sbb  xadil..huhu..

Time tu cte katun yang femes dan paling aku suka cte power rangers, dragon ball dgn sailormoon..alah yang dgn kuasa bulan akan menghukummu tu..time tu fathiah..adik ppuan bongsu aku xlahir lagi..jadi duk berebut dgn fadhilah la nak jd yang mana satu..haha..kalau power rangers pulak aku warna kuning, aiman warna merah, fadhilah warna pink..haha..harith time tu kecik lagi..kami bagi kat dia warna hitam sebab dia paling gelap time kecik.. * sorry acik..hehe

Familiar kan dengan kata-kata ‘’ dragon ball ada 7 bijik kesemuanya’’ ..lagi satu  ‘’ kameha meha’’.. alah yang kuasa Goku tu.. kalau kat sekolah suka tnya kat kawan-kawan “ nak tahu rahsia x?’’ dengan muka seyes..bila diorang jawab nak..dengan muka xde perasaan “ dragon ball ada 7 bijik semuanya”..kalau nak cerita pasal katun..xkan habis..bnyak lagi katun2 yang menarik..Doraemon, Detektif Conan dan mcm2 lagi..power rangers pun dah makin banyak jenis..masa zaman aku dulu yang nama mighty morphin tu..skarang ni aku tgk dah bermcm2 jenis dah..segalanya semakin berubah mengikut zaman..mengikut aliran..

Mcm tu jugak kita..manusia akan berubah mengikut aliran masa tapi tidak pegangan agama..fesyen jugak berubah tapi tidak bermaksud mengetepikan agama..masa kita umur 5 6 7 tahun..berseluar pendek..bergaun..yup..semua tu sebab zaman comel lote lagi..kita semakin dewasa..setiap jam..setiap saat yang kita lalui sudah jauh kita tinggalkan tubuh kecil yang berlari kesana ke sini ..zaman bertocang dua ..bereben merah di kepala..kedewasaan yang tiba untuk kita hargai dengan apa yang ada hari ni..bukan untuk kita terus berada ditubuh kecil yang sudah lama meningkat matang..semua itu mungkin masih muat dia badan kita..tapi terlalu ketat untuk dipakai bila tiba masanya kita teruskan perjalanan disana. 


* kenal kan?tapi sekarang Goku dah kawin.dah ada anak pulak tu..heeeeee :)


* hah..yang ni pulak power rangers yang ada zaman aku kecik2 dulu.



Aku juga tergoda dgn fesyen2 yang ada.tapi aku malu untuk pakai bukan sebab lemak-lemak yang akan nampak bila pakai baju ketat. bukan juga kerana potongan badan yang xde bentuk inci yang ideal.tapi aku malu bila aku fikirkan yang aku gunakan duit ayah aku yg kerja siang dan malam untuk beli dan pakai pakaian untuk tarik dia ke neraka. dan aku malu dengan Dia yang memberikan aku nikmat disini dan aku gagal memberi semula. Jauhkan Hambamu ini ya ALLAH dari melakukannya.amin.

Ada keberanian?


Perkahwinan boleh menjadi jalan ke neraka & juga ke syurga..mana satu pilihan anda?mengemudi sebuah kapal jika nakhoda mabuk laut..silap2 karam xtimbul2.arjuna-arjuna diluar sana. biar hensem iman..bukan hensem muka aje...jangan hanya menjanjikan syurga dunia.tapi bawalah wanita yang kamu cinta menuju syurga disana..Gud Luck !

Monday, 28 November 2011

Perubahan ~

Seorang gadis cuba membunuh dirinya kerana gagal dan kecewa bercinta..frust pakwe curang atau ditinggalkan?*xperlu kot nak nyatakan..huhu..dan kita yang melihatnya cuba untuk menasihati dan babak cemas bertukar menjadi pertandingan debat antara kamu dan dan dia :

saudara : Jangan menempah pintu ke neraka..membunuh diri besar dosanya dik..
Gadis yang nak bunuh diri tu balas balik : akak tahu ke neraka tu apa?akak sendiri pun bukan baik sgt..huh!

see??didunia inilah kita berada sekarang ni..dunia dimana kalau " kau xbaik jgn jgn nak memandai2 nasihat orang''..ermm..kat kepala saya terbayang mcm ni..kalau dah tahu kat sungai tu ada buaya..jgn larang sape2 g mandi..lantak dia lah nak kena makan atau kena buat steak ngan buaya tu...masak lomak pon sodappp..huhu..camtu ke pemikiran yang kita kena ada?nanti kalau nasihat dikata berlagak alim..hah..yang takut tu ce tengok kat bawah ni ape Ustaz Azhar kita yang encem ni kata :


Soalan : salam ustaz boleh tak mintak pandangan dan ulasan tentang kita dituduh berbuat baik dan berlagak alim apabila kita pergi ke msjid atau surau untuk bersolat.adengan ni berlaku di Malaysia, apa bidasan lisan yang seeloknya selain kita berdoan didalam hati supaya Allah memberi hidaya dan petunjuk kpd org yang cakap mcm tu?
 Jawapan dari Ustaz Azhar : TERIMA KASIH SEBAB MEMBERI PAHALA KEPADA SAYA. :)

Berterima kasih pada mereka yang memberi kita pahala..kita berniat baik..dan niat kita kerana kita sayangkan mereka.. adakalanya kita takut untuk menasihati apa yang berlaku kat depan mata..dengan alasan :

- takut nanti menguris hati kawan..* kalau kwn mkn selipar.buat xtahu je sebab tu feveret dia..camtu eh?..
-xsemua manusia ni boleh trima kritikan sebab nanti silap2 seumur hidup jadi musuh..kita xtahu belakang kita apa orang buat..apa orang cakap..
-takut nanti kena kondem balik sebab yelah manusia..xada yang xbuat silap..tapi tu xbermakna kita xbelajar atau boleh diam je bila benda buruk berlaku kan?

saya juga bukan manusia yang sempurna..ada masanya lancang berbicara tanpa mengambil kira hati pihak yang ada..maafkan saya..tapi saya selalu berfikir..bila kita perlukan sahabat yang boleh menegur keburukan yang kita ada...kenapa susah sgt nak jumpa?yang kita jumpa hanyalah kawan yang akan bagitahu " dia ni bagitahu kau ni camni..camtu'' .. sad kan?? 

dan kemudiannya bila kita mengadu pada kawan kita..benda jadi besar..lebih lagi bila kawan yang kita cerita tu menyampai2 pulak..kalau versi sama xpe..ni menambah2 lagi.. * lepas ni dengan orang mcm ni..nak share pun jauh skali..dan dengan ini makan buruklah reputasi kamu di mata2 yang xpernah kenal tapi hanya mendengar...huhuhu...waktu ni kalau kau pernah bagi sepuluh juta dekat dia pun..duit tu jadi mcm sepuluh sen je...* bangkrap tetiba..

Jadi apa yang kita nak buat? buat xtahu je apa yang berlaku depan mata dan kemudian bila kita nak cuba mengubahnya kita xmampu kerana kita pun buruk? dear readers..see this 



kita juga sedang belajar sesuatu & cuba menjadikan kesilapan sebagai pengajaran agar pisang xbbuah 2 3 kali... kalau kita dah tahu org yang nak bercinta dgn kawan kita tu saje2 nak mainkan perasaan dia..dan kita kononya xnak hancurkan hati yang tengah ada taman tu jadi buat xtahu je lah..then kawan kita tu di kecewakan separuh nyawa..masa tu xkan xde perasaan bersalah?..saya juga sedang belajar dari apa yang saya fikirkan..anda bagaimana? salam sayang semua :)

Main masak-masak ~


Amacam?terliur x tengok? * xyah cakap korang..yang duk menulis ni pun hari2 kalau boleh nak makan..huhu..NASI KERABU...ni nama dia..nama saintifik pula..NASI ULAM. Asal-usul nama dia terhasil sebab nasi ni dimakan dgn ulam-ulaman yang banyak jenis* fakta atau auta?..hehe..bagi penduduk pantai timur..ini adalah salah satu menu sarapan pagi yang menjadi pilihan selain nasi dagang, nasi berlauk dan juga nasi lemak.

Mula2 masuk Unisel dulu, time first time sambut puasa kat sana..waktu jalan2 kat bazaar ramadhan..rupanya benda* main tibai je letak nama makanan sebagai benda..huhu.. femes kat sana..penuh woooo kat gerai tu..kebetulan pulak yang menjualnya orang Kelantan..”nyakut molek’’..dan alhamdulilah semester akhir kali ni pun bkesempatan bpuasa di Unisel dan suasananya tetap sama..nasi kerabu memang femes dan menjadi pilihan..rata2 yang suka tu bukan orang Trg dan Kelantan aje tapi jugak orang luar..contohnya roommate dan housemate saya sendiri..finas,kmyra dan kak daya.hehe..ok rindu diorang sgt !!
Ok xpayah merepek panjang2..actually untuk entry kali ni saya nak berkongsi cara2 nak masak nasi kerabu..ni resepi mak..bukan resepi saya..kalau resepi saya confirm lah btukar jadi makanan lain kalau korang masak nanti..haha * xlawak pun!

Baiklah penonton dirumah..jgn tukar channel anda kerana hari ni kita akan memasak nasi kerabu..jgn lupa sediakan pen dan kertas..* aku bajet tengah buat iklan sebab g ujibakat selalu kena reject =_=’’

Cara-cara untuk memasak nasi..nasi ni penting..xde nasi dah tentulah bukan nasi kerabu namanya....huhu

-4 pot beras Siam ( untuk hidangan 4-6 orang)
-Sebatang serai yg diketuk
-5-6 kuntum bunga telang
-2 helai daun limau purut
-sedikit halia (ketuk tapi jgn bagi hancur plak)
- air (seeelok2nya jangan bg nasi lembik)
-sedikit garam.
*caranya taruk je sume bhn tu sekali…kacau skit bagi rata & masak.
Hah..yang ni pulak untuk sambal tumis :
 -10 biji bawang merah
-5 tangkai cili kering
-1 inci halia ( ukur pkai pembaris pun boleh kalau xnak agak2 * sila jgn percaya)
-2 batang serai
-secubit serbuk kunyit

-sebiji kelapa(ambil santan yg agak pekat)
-garam ,gula secukup rasa
-2 keping asam gelugor
Untuk memasak sambal tumis pula ye puan-puan & encik2 (tukang makan) memerlukan bawang,cili,halia serai dimesin halus dan gunakan minyak yang agak banyak utk menumis( tapi sukatan minyak mesti terkawal ye.jgn guna satu botol plak)huhu...Bila naik bau,letak santan,asam dan rasa garam,gula dan masak agak pekat. Jangan sampai hangit plak kalau ye pun sambil masak sambil menyanyi..heeeee...hah..kalau nak bagi ngam letak budu sikit..tapi biasanya nanti time hidang akan letak jugak jadi ikut citarasa masing-masing.
hah..tidak ketinggalan bas juga sambal ikan pula :
-2 ekor ikan kembong/sardin sederhana besar
-2 batang serai
-5 ulas bwg. Merah
-garam, gula secukup rasa
-1/2 biji kelapa parut

Caranya:
-ikan bakar tadi diambik isi dan digoreng tanpa minyak sekali ngan
kelapa parut. Bila agak garing ,blend kering sume bhn atau pun
ditumbuk ngan lesung lagi sedapp…bagi yang tinggal berjiran tu jgn la pulak kul 2 3 pagi menumbuk ye..huhu..
Sekarang kita tengok pulak ulam2nya yang terdiri daripada :
taugeh,kacang panjang,timun,kubis, bunga kantan, daun kesum, pucuk putat, pucuk gajus, daun pegaga..ulam2 ni kena hiris halus2..tapi taugeh tu xpayah lah pulah hiris..boleh letak dalam tu je..nanti bila gaul2kan semua ulam tu patah2kan * fuh terbayang dah..perut dah lapar =_=’’

dah siappp..ready nak makan..eh jap..nanti dulu..bawak2 la bsabar..nak gtau jugak..nanti bolehlah dihidang ngan budu yg dicampur ngan cili padi(kalau nak pedas ditenyeh2)..Lagi satu perah asam limau nipis skitt…dalam budu taburkan kerepok atas nasi. Boleh dimakan dengan ikan goreng celup tepung,daging bakar, ayam goreng berempah,telur masin,ayam percik,solok lada sebagai lauk juga.

Camne?senang x?senang je kan?kan kan?..cuba la..nanti dah xpayah beli kat kedai..mana tahu boleh bukak perniagaan..fuyoooooo..boleh kayoooo tu..hehe. eh jap..jgn lupa tgk jugak yang kat bawah ni.. :)

ni la pelakon-pelalakon utama dalam drama ni.kacak x?

yang kat bawah ni adalah bunga telang..bunga ni lah yang digunakan untuk buat nasi kerabu jd biru..ingat syampu feather je guna bunga ni?
p/s : bunga ni tidak mengandungi sebarang alkohol atau racun terlarang...huhu



yang ni pulak antara ulam2 yang ada dalam nasi kerabu
p/s : gambar rembat gogel tapi edit pkai photoscape..hehe :)




eh jap..ni pelakon tambahan ye...heeee :)




.jangan lupa cuba ! salam sayang semua. (^_=)v




Saturday, 26 November 2011

Drama Cinta ~

‘’ kaulah bulan kau bintang’’..wow..manusia hebat sekarang..makwe dan pakwe tu dan elok2 cantik..kau samakan dengan bulan dan bintang? Eh tahu x bulan tu berkerak-kerak? * xtahu?try la gogel kat tenet tu.. demi mu lautan api sanggup u redah’’..abang...sayang rasa kan belum sempat sayang sampai dah lama tenggelam x timbul2..huhu..

Saya mencintai sastera..sejak dari zaman sekolah lagi..SAYA PEMINAT SETIA A.SAMAD SAID.heeeeeeee J .. I LOVE PAK SAMAD..lebih dari saya sukakan pelakon-pelakon korea tu tapi didunia realiti..kita tidak boleh menjadikan bahasa-bahasa puitis itu sebagai ayat cintan cintun untuk mendapatkan kepercayaan dan menjamin kebahagiaan kita di masa akan datang.. *sila cepat bangun dari mimpi kalau xnak jatuh katil..sakitttttt wooo ..huhu..
Musim percintaan yang indah tidak menjamin xkan ada guruh rebut petir dialam perkahwinan jika kita tidak menjaganya dari awal..saya bukan pakar percintaan tapi kita matang untuk menilai dan berfikir dengan melihat apa yang berlaku di sekeliling kita..

yes..i’m in LOVE...ceececece * perlu ke nak bagitahu kat sini?huhuhu..tapi saya selalu cakap dengan encik power rangers saya yang ‘’ jangan belajar mengenali saya dengan menerima segala kelemahan saya dari awal tapi akhirnya bila perhubungan ini mula tawar,ungkit tu ungkit ni..xsuka tu xsuka ni..be honest to me & saya akan perbaiki diri tapi biarlah bertempat’’..kalau tetiba dari bertudung kau mintak bukak tudung memang sah la “ IT’S OVER..GOODBYE ROMEO’’ .banyak benda sebenarnya kita terlepas pandang bila bercinta kan? Bila dah mula bosan, dah mula berlaku pape..time tu drama sedih pun xleh menandingi drama realiti yang berlaku...* time ni baldi dan tisu laku dijual.

Petang tadi saya borak2 dengan kawan sy..alhamdulilah..dia semakin pulih dr kisah pahit yang betul-betul mengubah hidupnya.sebelum ni saya pernah diamanahkan untuk berkongsi serba  sedikit kisah dia. Dan kali ni dia mebenarkan saya mengunakan kembali note yang pernah saya tulis di facebook untuk diletakkan di belog ni yang mana mungkin dapat memberi pengajaran dan membuka mata kita semua tentang cinta. Mungkin hasil tulisan ini tidak menarik atau berjaya menyampaikan maksudnya tapi saya berharap ada mata yang kembali celik,ada hati yang kembali berbisik dan ada akal yang kembali berfikir...
‘’macam mana sekalipun rupa awak,awak tetap cantik di mata saya’’.ungkapan yang cukup bermakna. Bila diselak kembali memori-memori awal percintaan segalanya begitu indah. Tapi derita yang datang tanpa sebarang tanda amaran meruntun erti sebuah bahagianya cinta.

Sebagai seorang wanita,menjadi yang terbaik dimata seorang lelaki yang begitu dicintai adalah satu kebanggaan. Mungkin bukan semua tapi rata-ratanya berkongsi kejayaan dengan orang yang disayangi. ‘’awak cantik’’,perkataan yang kini tingal kenangan dan berganti dengan tengok perempuan tu,cantik,ramping,seksi,mata bulat, dan sebagainya lagi’’. Ianya bukan gurauan jika akhirnya diakhiri dengan pergaduhan yang membawa kepada sepak terajang. Sabarnya seorang perempuan yang kononya kerana cinta tapi sebenarnya kebodohan yang cuba untuk dinafikan.

oh,ni adik aku, Cuma senyuman yang pahit mampu terukir bila status KEKASIH bertukar kepada ADIK. Dimana kebahagiaan cinta yang dicari jika segalanya malap. Tapi hati tetap tewas dengan rasa cinta kononya dan cuba menafikan cinta dibina diambang kemusnahan. Dalam derita ada bahagia dan dalam bahagia ada derita. Tapi kesilapan diri sendiri adalah tidak lari dari derita dan membina kehidupan baru. Berkali-kali melihat dengan mata sendiri lelaki yang dicintai dengan wanita lain. Tidakkah terdetik seharusnya disitu tempat aku, ya terdetik tapi istilah cemburu akan bertukar dengan cacian dan tuduhan yang diri tidak professional. Cuba untuk mengatakan bagaimana pula perasaan awak kalau masa tu saya keluar dengan bekas kekasih saya,pergi jalan-jalan,makan bersama dan saya ketepikan awak sebagai kekasih? Tapi gagal. Gagal  dengan alasan aku tidak mahu menyakiti hati lelaki yang aku sayangi.tapi itu yang dia lakukan dan aku menerimanya.

Air mata yang mengalir tak mampu ditutup dengan bedak padat yang ku pakai. Mata yang membengkak tak mampu untuk aku sembunyikan dengan pembayang mata & eyeliner. Bibir yang pucat saban hari menahan diri untuk kurus tak mampu aku tutup dengan kemerahan lipstik. Saban hari menahan diri untuk makan, setiap kali makan menimbang berat makan demi memastikan ukuran badanku seperti yang dia mahu. Aku menyeksa tubuhku sendiri sehingga aku lupa nikmat yang Allah berikan.

Ya Allah..jauhnya aku tersasar dari jalan Mu. Aku menghamba diri pada lelaki yang bukan pasti menjadi suami ku. Aku menyeksa diri demi kehidupan yang tak pasti. Aku tersasar jauh dari jalan sebenar untuk mencari bahagia. Itu bukan cinta tapi derita yang aku tempah sendiri. Aku hampir menjadi hambamu yang kafir kerana terlalu mengikut kata hati yang alpa bahawa kecantikan seorang wanita bukan untuk dipamerkan,bukan untuk dijadikan tatapan sehingga membuka jalan untuk syaitan bermaharaja lela. kini ku sedari bahagia yang ku ada adalah cintaMU. Ketenangan hati yang ku cari adalah dengan sujud padaMU.
‘’Dari anas bin malik radliyallahu’anhu bahawa Rasulullah shallallahu’alaihiw a sallam bersabda: “Ada tiga hal yang barangsiapa memilikinya niscaya ia akan mendapatkan manisnya iman: .Allah ta’ala dan Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam lebih ia cintai daripada yang lainnya, Mencintainya seseorang, tidaklah ia mencintainya melainkan karena Allah ta’ala,. Benci untuk kembali kepada kekafiran setelah Allah ta’ala menyelamatkan darinya sebagaimana ia benci dirinya dimasukkan ke dalam api”
Merasakan manisnya sesuatu merupakan buah dari cinta terhadapnya. Di kala seseorang mencintai sesuatu atau menyukai lantas mendapatkannya, maka ia akan merasakan manis, lezat dan bahagia karenanya. Demikian pula manisnya iman yang dirasa oleh seorang mukmin; kelezatan dan kebahagiaan yang ia dapatkan dalam keimanannya sebanding dengan cinta yang ada dalam dirinya. Dan hal itu akan ia dapatkan dengan melakukan tiga hal yang disebutkan oleh hadits di atas.’’
(petikan sumber hadis diatas dari http://lovefull.blog.uns.ac.id/2009/12/15/hadis/ )

Kini aku berjalan kembali dibumi yang nyata, kini aku tidak mahu lagi berangan memetik bintang yang terlalu tinggi. Cukupla jika aku mampu melihat dari jauh dan membiarkannya disana kerana aku menyedari dimana seharusnya sesuatu rasa dan perasaan itu ada bila diri sendiri gagal menyedari apa yang sebenarnya mahu dimiliki. Tidaklah seorang hamba beriman hingga aku menjadi orang yang lebih ia cintai daripada keluarganya, hartanya dan manusia semuanya. (HR. Bukhori). Inilah sebenarnya bahagia yang ku cari. Inilah juga bahagia yang kumiliki setelah menderita dalam mencari bahagia.

Saya juga bukan manusia yang sempurna tapi kita belajar dari kebangkitan lalu..putus cinta..dicurangi..apa yang terjadi pada teman2 sekeliling..tapi itu bukan penamat kebahagiaan yang kita ada..BUKTIKAN pada mereka-mereka semua yang mereka yang telah kehilangan insan yang ikhlas mencintai mereka mereka..tapi jangan la pulak kau pergi buktikan dengan bertekad nak cari pakwe lagi hensem, lagi kaya, lagi cantik..* tampar diri sendiri bagi gg tu berterabur boleh?huhu..maksud saya berusaha buktikan yang “ DUNIA BELUM BERAKHIR BILA KAU PUTUSKAN AKU’’...selain insan bernama kekasih kita ada masih DIA, KELUARGA & KAWAN-KAWAN..mereka akan selalu ada..terserah pada kita untuk celik atau pejam melihatnya..got it?gudddddd :D


motif : DIA pasti memberikan kita kebahagiaan..tapi kita jangan pula hanya tahu meminta..rajin2 kan jugak memberi. :)