Friday, 18 January 2013

Muslimah kontemporari?

Assalamualaikum semua..

Apa khabar?.. alhamdulilah kita masih lagi diberi peluang bernafas dibumiNYA. ok..let make it simple..mcm biasalah..takde pendahuluan panjang-panjang..straight to the point.. sejujurnya saya sendiri masih lagi banyak kekurangannya untuk menyentuh isu ini..tetapi sebagai seorang wanita..eh remaja lagi 23 kan? haha..ok dah lari tajuk.back to the reality..penyalahgunaaan ''fesyen muslimah'' semakin menjadi-jadi. bukan sahaja di media massa, media elektronik. tetapi seluruh dunia. konsep menutup surat disalah erti dan ''menutup aurat'' menjadi ''membalut aurat''.

belit sana belit sini..awas.. bonggol di hadapan tak diambil peduli..bonggol di kepala makin dinaik taraf dan akhirnya bergoyang-goyang apabila berjalan.. saya akui..kecantikan dan wanita tak dapat dipisahkan.tetapi sayang apabila persepsi kecantikan itu tidak dapat difahami dengan baik oleh wanita itu sendiri. sedih apabila feseyn bertudung dijadikan bahan pelaris media kini. rancangan yang berbentuk muslimah kontemporari pula muncul.dan adakah anda yang menontonnya merasakannya ianya menepati definisi seorang muslimah islam itu sndiri?tudung dililit hingga menampakkan bentuk2 leher ,tudung disingkat-singkatkan...baju2 di sendatkan dengan syarat ada gaya ala 'muslimah'. pemakaian jubah ditelanjangkan..baju kurung dijarangkan..tudung dan selendang disingkatkan..dan akhirnya fesyen membalut aurat menjadi trend.

tertarik untuk saya memetik sebahagian dari status yang diambil dari page: Hilal Asyraf (Official)

Pernah dengar Islam berwarna lain? Islam yang berwarna lain itu adalah yang terkeluar daripada keaslian ini. Bukanlah ini bermakna Islam melarang kreativiti atau jumud. Tetapi kreativiti sepatutnya punya limitasi. Sekiranya tidak dikawal, maka ia akan terkeluar daripada kebaikan.

Contoh, penutupan aurat. Hari ini kita lihat, bagaimana dunia mempromosikan Islam berwarna lain ini dalam hal penutupan aurat. Islam mengarahkan agar aurat dijaga sehingga tidak menampakkan bentuk tubuh. Tetapi kita dapat lihat bagaimana hari ini ada yang mempromosi tudung, bersama pakaian ketat, kemudian dikatakan itu fesyen Islam terkini.

Saya ada terjumpa dalam satu majalah komik yang popular di Malaysia ini. Ada salah satu ahli kelabnya menghantar gambar pada majalah itu. Perempuan. Dia memakai tudung, kemudian berbaju ketat menampakkan bentuk tubuh. Apakah komentar majalah itu?

"ya, inilah dia muslimah era terkini. Fesyen Islam yang rugged. Tahniah!"

Ya. Begitulah kekeliruannya.

Islam hanya diambilnya separuh-separuh pada bahagian yang disukainya sahaja, tetapi dinamakan keseluruhannya sebagai Islam hanya berdalilkan separuh yang diambilnya itu.

 (Petikan dari Buku Motivasi Batu-Bata Kehidupan.)

 



SURAT CINTA :
Wanita tidak seharusnya menjadi BULAN yang boleh ditatap oleh semua LELAKI. Tetapi perlu menjadi MATAHARI yang silaunya akan membuat LELAKI tertunduk sebelum memandangnya.

Monday, 14 January 2013

Saham SHARE.

Assalamualaikum semua..

“Dari Abi Umamah al-Bahiliy: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.”
(HR. al-Tirmizi)

realitinya ada dalam kalangan kita yang takut dikata ''bajet alim'' apabila menulis perkara yang baik-baik di FB. sehingga lupa..apa yang kita tulis dan kongsikan di Fb juga merupakan sebahagian daripada apa yang dicatat di kiri dan kanan kita seharian..cuba fikirkan begini..

Dari Abdullah bin 'Amr ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sampaikanlah (apa yang kamu dapat) dari ku walau satu ayat sekalipun; dan ceritakanlah (apa yang sampai kepada kamu) darihal Bani Israel dan (dalam pada itu) tidak ada salahnya (kalau kamu tidak ceritakan). Dan (ingatlah!) sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyediakan tempatnya dalam neraka.
(Bukhari dan Tirmizi)


 
kita harus memandang positif mereka yang cuba berkongsi ilmu dan sedar setiap dari kita harus berubah ke arah yang lebih baik. jangan sombong..sebab nanti yang akan usung jenazah kita ke kubur..adalah orang-orang yang berada disekeliling kita..tapi kalau kita rasa boleh berjalan sendiri ke kubur takpelah. teruskan hidup dalam kesombongan.tetapi ingat apa yang kita tulis mungkin boleh dipadam..tetapi sahamnya tetap kekal..jadi tulislah apa yang bakal membantu kita disana. :)

 
SURAT CINTA : 
Tidak ada yang boleh kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri. Tak boleh kita mengubah diri sendiri sebelum mengenal diri sendiri. Takkan kenal pada diri sendiri sebelum mampu menerima diri ini apa adanya.