Friday, 13 April 2012

NO TITTLE.

ASSALAMUALAIKUM semua..

di fb mahupun twitter, kecoh bila 2 artis bergaduh, kecoh bila artis bercerai berai..dan kita di luar kaca layar lakonan mereka menjadi pelakon tambahan. Peminat si A bertarung komen melawan Peminat si B. bla bla..bla..peng peng..dan akhirnya..YES..syaitan mula ' let's get party babeh ! yup..kecewa, kecewa hanya gara-gara artis. orang kita seperti bakal kehilangan duit berjuta-juta. dan lebih kecewa.gara-gara artis, orang kita sibuk sana sini SHARE & LIKE THIS. dan para-para blogger pula mula tak cukup tangan untuk update dari semasa ke semasa tweet tweet dari artis. para-para wartawan mula tak cukup masa untuk makan nasi dengan teh tarik sebab nak berkejar cari berita artis. HEBATNYA PENANGAN DUNIA ARTIS.  itu baru gara-gara artis, belum lagi penangan parti politik, belum lagi soal selak kain orang yang sedang tersidai, belum lagi soal bahan guarauan tak bertempat hingga lupa hukum hakam, belum lagi soal masing-masing nak bercakap ''ini soal kubur masing-masing sebab nanti mati, masing-masing berjalan sendiri ke kubur''...*oh ya?


SURAT CINTA : 
sesetengah orang tak boleh ditegur, katanya '' dah besar, dah tahu yang terbaik untuk diri sendiri''. tahu apa maksud yang TERBAIK?tahu apa maksud KEPUTUSAN UNTUK KEHIDUPAN? jika memilih untuk ke arah jalan yang bertentangan, sekalipun kita sendiri tidak sempurna, kita tak boleh menyokong dan sama sekali tak boleh mengiyakan jika ianya bertentangan dari apa yang disyariatkan. jangan jadi manusia yang lantang berbicara sedangkan dalam bicaranya hanya DUSTA semata-mata ~
-LOVE-
-sila baca dengan nada suara yang lembut & jangan emo-emo ok ?  ;D -

Wednesday, 11 April 2012

GIGI.

ASSALAMUALAIKUM semua.. 
detiknya semakin hampir, masih lagi berbaki 7 hari bergelar guru praktikal di SKTBT..hati mula terasa direntap2..kaki mula rasa berat nak tinggalkan anak-anak disini..sejujurnya kasih sayang dah tertumpah habis pada mereka..huhu.. tapi apepun..langkah harus diteruskan sebab kalau tak..bila lah aku nak grad..*tahu pun ! hehe..


nak tahu ape aktiviti kami minggu ni?banyakkk ! tapi kat sini nak kongsikan aktiviti melancong ke luar negara .*eh tipu ! =_=''. ingat tak zaman sekolah rendah dulu, bila korang kena bawak berus gigi gi sekolah, kemudiannya duk mencangkung tepi longkang, tengok cikgu pegang gigi besar gedabak dari gigi tikus..dan ajar korang semua mcm mana nak gosok gigi dengan betul?ingat tak?ingat tak?*kalau tak ingat, sah korang selalu ponteng sekolah..huhu..

Jom tengok anak-anak PERMATA gosok gigi. :D










SURAT CINTA : 
ALLAH bagi kita semua rupas paras yang sempurna..cantik dari berbeza pandangan..tapi sayang kalau kita jaga hanya untuk cantik didepan manusia..jangan dicari pujian manusia..kerana kita akan tua dalam pencarian..senyummm..klikk ! ~

 -LOVE-