see? dah bertukar warna...hihi.. disebabkan ketidakpakaran dalam bab-bab nak mengedit blog ni..inilah aje yang termampu..dan yang penting diri sendiri suka tengok.yihaaa... *koya sorang ! ( translation : perasan sorang-sorang).
apa khabar semua? sihat? sakit? alhamdulilah..Allah berikan kita kesihatan yang baik dan kerana sayangkan kita dia bagi kita hadiah lagi..dengan kesakitan. supaya kita jadi manusia yang sentiasa mensyukuri dan ingat pada nikmatNYA. alhamdulilah.
ha..sebelum nak melalut sampai buat yang membaca pun muntah. nah ! nak share untuk korang.moga-moga bermanfaat.inshaaAllah. :)
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.” H.R. Ibn an-Najjar
Sesungguhnya kemiskinan dan kesempitan hidup adalah satu ujian daripada Allah namun begitu perlu direnungkan juga bahawa pendapatan (rezeki) yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia itu sebenarnya adalah lebih baik daripada pendapatan (rezeki) yang banyak tetapi melalaikan. Di sinilah pentingnya keberkatan rezeki yang bakal menentukan kebahagian hidup manusia di dunia dan akhirat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah kepadanya. Maka takutlah kepada Allah dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.”
( H.R. Ibn Majah dan at-Tabrani )
kesimpulannya disini, betapa pentingnya dalam mencari rezeki yang halal. mesti pernah dengar ''kalau makan duit haram nanti jadi darah daging.'', kerana itulah duit/ harta dunia boleh menjadi madu atau racun..yang bukan sahaja membunuh diri kita sendiri tapi juga menyebabkan orang lain menjadi mangsa. Moga-moga kita dijauhkan dari menjadi pembunuh dan membunuh diri sendiri. sampai disini sahaja perkongsiaan kali ni. moga-moga bermanfaat apa yang dikongsi. dan apa yang saya tulis juga adalah ingatan untuk diri sendiri yang terlalu banyak kekurangan.semoga kita peroleh keberkatan dlm hidup, inshaAllah...salam sayang. jaga diri semua. :)
Surat Cinta :
semuanya bukan milik kita..