Friday, 18 January 2013

Muslimah kontemporari?

Assalamualaikum semua..

Apa khabar?.. alhamdulilah kita masih lagi diberi peluang bernafas dibumiNYA. ok..let make it simple..mcm biasalah..takde pendahuluan panjang-panjang..straight to the point.. sejujurnya saya sendiri masih lagi banyak kekurangannya untuk menyentuh isu ini..tetapi sebagai seorang wanita..eh remaja lagi 23 kan? haha..ok dah lari tajuk.back to the reality..penyalahgunaaan ''fesyen muslimah'' semakin menjadi-jadi. bukan sahaja di media massa, media elektronik. tetapi seluruh dunia. konsep menutup surat disalah erti dan ''menutup aurat'' menjadi ''membalut aurat''.

belit sana belit sini..awas.. bonggol di hadapan tak diambil peduli..bonggol di kepala makin dinaik taraf dan akhirnya bergoyang-goyang apabila berjalan.. saya akui..kecantikan dan wanita tak dapat dipisahkan.tetapi sayang apabila persepsi kecantikan itu tidak dapat difahami dengan baik oleh wanita itu sendiri. sedih apabila feseyn bertudung dijadikan bahan pelaris media kini. rancangan yang berbentuk muslimah kontemporari pula muncul.dan adakah anda yang menontonnya merasakannya ianya menepati definisi seorang muslimah islam itu sndiri?tudung dililit hingga menampakkan bentuk2 leher ,tudung disingkat-singkatkan...baju2 di sendatkan dengan syarat ada gaya ala 'muslimah'. pemakaian jubah ditelanjangkan..baju kurung dijarangkan..tudung dan selendang disingkatkan..dan akhirnya fesyen membalut aurat menjadi trend.

tertarik untuk saya memetik sebahagian dari status yang diambil dari page: Hilal Asyraf (Official)

Pernah dengar Islam berwarna lain? Islam yang berwarna lain itu adalah yang terkeluar daripada keaslian ini. Bukanlah ini bermakna Islam melarang kreativiti atau jumud. Tetapi kreativiti sepatutnya punya limitasi. Sekiranya tidak dikawal, maka ia akan terkeluar daripada kebaikan.

Contoh, penutupan aurat. Hari ini kita lihat, bagaimana dunia mempromosikan Islam berwarna lain ini dalam hal penutupan aurat. Islam mengarahkan agar aurat dijaga sehingga tidak menampakkan bentuk tubuh. Tetapi kita dapat lihat bagaimana hari ini ada yang mempromosi tudung, bersama pakaian ketat, kemudian dikatakan itu fesyen Islam terkini.

Saya ada terjumpa dalam satu majalah komik yang popular di Malaysia ini. Ada salah satu ahli kelabnya menghantar gambar pada majalah itu. Perempuan. Dia memakai tudung, kemudian berbaju ketat menampakkan bentuk tubuh. Apakah komentar majalah itu?

"ya, inilah dia muslimah era terkini. Fesyen Islam yang rugged. Tahniah!"

Ya. Begitulah kekeliruannya.

Islam hanya diambilnya separuh-separuh pada bahagian yang disukainya sahaja, tetapi dinamakan keseluruhannya sebagai Islam hanya berdalilkan separuh yang diambilnya itu.

 (Petikan dari Buku Motivasi Batu-Bata Kehidupan.)

 



SURAT CINTA :
Wanita tidak seharusnya menjadi BULAN yang boleh ditatap oleh semua LELAKI. Tetapi perlu menjadi MATAHARI yang silaunya akan membuat LELAKI tertunduk sebelum memandangnya.

Monday, 14 January 2013

Saham SHARE.

Assalamualaikum semua..

“Dari Abi Umamah al-Bahiliy: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.”
(HR. al-Tirmizi)

realitinya ada dalam kalangan kita yang takut dikata ''bajet alim'' apabila menulis perkara yang baik-baik di FB. sehingga lupa..apa yang kita tulis dan kongsikan di Fb juga merupakan sebahagian daripada apa yang dicatat di kiri dan kanan kita seharian..cuba fikirkan begini..

Dari Abdullah bin 'Amr ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sampaikanlah (apa yang kamu dapat) dari ku walau satu ayat sekalipun; dan ceritakanlah (apa yang sampai kepada kamu) darihal Bani Israel dan (dalam pada itu) tidak ada salahnya (kalau kamu tidak ceritakan). Dan (ingatlah!) sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyediakan tempatnya dalam neraka.
(Bukhari dan Tirmizi)


 
kita harus memandang positif mereka yang cuba berkongsi ilmu dan sedar setiap dari kita harus berubah ke arah yang lebih baik. jangan sombong..sebab nanti yang akan usung jenazah kita ke kubur..adalah orang-orang yang berada disekeliling kita..tapi kalau kita rasa boleh berjalan sendiri ke kubur takpelah. teruskan hidup dalam kesombongan.tetapi ingat apa yang kita tulis mungkin boleh dipadam..tetapi sahamnya tetap kekal..jadi tulislah apa yang bakal membantu kita disana. :)

 
SURAT CINTA : 
Tidak ada yang boleh kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri. Tak boleh kita mengubah diri sendiri sebelum mengenal diri sendiri. Takkan kenal pada diri sendiri sebelum mampu menerima diri ini apa adanya.


Saturday, 12 January 2013

Crayon

Assalamualaikum semua.. 


SURAT CINTA :

Sometimes you have to see people as a Crayon. They may not be your favourite colour but you need them to complete your picture.



Monday, 7 January 2013

POSITIF atau NEGATIF

Assalamualaikum semua.. 
 
semalam saya ada terbaca mengenai rintihan seorang teman di FB, katanya dia selalu disindir kerana dari berbaju adik dia berubah memakai tudung dan mula menutup aurat. dunia..dunia..begitulah manusia.kalau bercakap dan m'persoalkan perangai manusia seperti ini kita cuma akan membuatkan kita jadi seorang yang negatif. 
 
Dear, 
 
Menjadi POSITIF atau NEGATIF adalah pilihan kita sendiri. Tiada siapa yang boleh mempengaruhi kita menjadi salah satu darinya kalau kita sendiri yang TIDAK MAHU.
(IBNU MUSSAL)



Sewaktu sesi ceramah bersama Ustazah Fatimah Syarha, seorang pelajar perempuan bertanya:

"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Bagaimana pula perempuan yang pernah melakukan dosa diwaktu silam akibat terlanjur, adakan mereka akan dapat jodoh yang tidak baik?"

Kita jangan sesekali "label" diri kita keji atau jahat sebab kita fitrahnya baik. Jika kita pernah buat silap itu waktu silam kita, hari ini kita bartaubat, kita beristighfar, kita bukan lagi orang yang keji dan orang yang tidak baik, kita sekarang berada dikalangan orang yang baik-baik, jangan kita ikat diri kita dengan dosa silam selama-lamanya. Janganlah menghukum diri kamu dengan melabel kamu tidak baik, kerana anda akan merasakan perbuatan yang baik tidak sesuai dengan dirimu, "Orang jahat mana buat baik". Yang berlalu biarlah berlalu. Anda sekarang adalah orang baik, dan akan dapat yang baik, bersangka baik terhadap jodoh yang Allah SWT akan beri kepadamu kerana, Rasulullah bersabda :

"Allah SWT berfirman : "Aku berada di dalam sangkaan hambaKu tentang diriKu. Aku menyertainya ketika dia menyebutKu. Kalau dia menyebutKu kepada dirinya, maka Aku menyebutnya kepada diriKu, kalau dia menyebutKu didepan orang ramai, maka Aku menyebutnya di depan orang dengan keadaan yang lebih baik daripada diri mereka." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kalau kita sangka baik terhadap Allah SWT. Insyaallah kita akan dapat orang yang membantu kita ke Syurga Allah. Insha-Allah.


SURAT CINTA : 

 .Istighfar. Taubat. Muhasabah.

Sunday, 6 January 2013

Matlamat Penjual susu

Assalamualaikum semua.. 

Jika sukar menjaga pandangan mata kerana terlalu ramai mereka yg 'berbogel' di luar rumah, maka ambil la nasihat dari kisah ini.
 
Seorang pemuda datang kepada seorang syeikh dan bertanya kepada syeikh itu: Aku seorang pemuda yg masih lagi muda dan keinginan-keinginanku tersangat banyak, dan aku tidak mampu untuk menghalang diriku dari melihat kepada manusia dan kepada wanita-wanita di pasar. Apakah yg patut aku lakukan?

Kemudian syeikh itu memberikan kepada pemuda itu segelas susu yg penuh sehingga ke bibir gelas dan memberikan pesanan kepadanya supaya dia sampaikan gelas itu kepada suatu tempat tertentu dengan melalui pasar itu tanpa air susu itu tertumpah sedikit pun.

Dan syeikh itu memanggil seorang daripada pelajarnya untuk menemaninya dalam perjalanan itu dan syeikh menyuruh pelajarnya itu memukul pemuda itu di hadapan orang ramai apabila tertumpahnya air susu itu.




Dan kemudiannya, pemuda itu sungguh dapat menghantar segelas susu itu ke tempat yg dikendaki tanpa tertumpahnya air susu itu.

Dan apabila syeikh itu bertanya kepada pemuda itu: Berapa banyakkah pemandangan dan berapa banyakkah wanita muda yg kamu lihat dalam perjalanan itu?

Pemuda itu menjawab: Wahai sheikhku, aku tidak pernah melihat mana-mana pemandangan yg indah, aku hanya takut dipukul atau dimalukan di hadapan orang ramai apabila tertumpahnya air susu itu.

Kemudian syeikh itu berkata: Dan demikianlah keadaannya orang yg beriman. Orang yg beriman takutkan Allah dan takutkan kehinaan pada hari kiamat apabila dia melakukan maksiat. Merekalah orang-orang yg beriman yg menjaga diri mereka dari melakukan maksiat. Merekalah orang-orang yg sentiasa menumpukan perhatian mereka pada "HARI KIAMAT".



SURAT CINTA :





Thursday, 3 January 2013

Dua puluh Tiga.

Assalamualaikum semua.. 

Alhamdulilah.. berkat izin dan rahmatNYA, saya masih lagi bangun dan menikmati usia saya yang ke 23.. happy birthday to me ! 1 JANUARI 2013, i'm 23 years old now. bukan makin tua okeh? angka je tu *ayat cover..seperti tahun-tahun sebelumnya..mcm biasalah kan..satu Malaysia bercuti kerana meraikan hari lahir saya. *(tolongla lempang dia ni) .. hahaha.. 

oleh kerana mungkin entri ini akan ada part lain pulak.bajet ada orang nak baca le tuuu..*perasan perasan.. =_=''
 
dgn rasa terharu dan sangat-sangat berterima kasih saya nak ucapkan kepada mereka-mereka semua..sms di hp & juga di inbox fb..video col & juga panggilan telefon dr mereka-mereka yang buat persembahan secara live pun kalau boleh letak nak letak. tapi reti la pulak eden ni hah nak printskrin. *erk..blh ke? tapi yang pasti rasa terharu dan bersyukur kerana anda semua mengingati dan mendoakan saya tak dapat terungkap dengan kata-kata.

"Tidaklah dua orang yang saling mencintai karena Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah di antara keduanya adalah yang paling besar kecintaannya kepada saudaranya." (Riwayat Al-Bukhari dalam Al-Adabul-Mufrad, dan di-shahih-kan oleh Al-Albani dalam Shahih At-Targhib Wa Tarhib 3014).








"Wahai manusia, dengarkan dan fahamilah; ketauhilah bahwa Allah memiliki para hamba yang mereka itu bukan para nabi ataupun syuhada. Para nabi dan syuhada ingin seperti mereka, padahal mereka memiliki kedekatan dan kedudukan di sisi Allah."
Seseorang Badui berkata, "Wahai Rasulullah tolong sifatkan mereka kepada kami." Rasulullah lantas tersenyum mendengar ucapan lelaki badui tersebut , dan bersabda, "Mereka adalah orang-orang yang tidak dikenal dan asing, mereka tidak memiliki tali kekerabatan satu sama lain, mereka saling mencintai karena Allah dan menjadi satu barisan. Allah menyediakan mimbar-mimbar dari cahaya, untuk mereka sebagai tempat duduk mereka dan menjadikan wajah dan pakaian mereka bercahaya. Pada hari kiamat manusia diliputi rasa takut namun mereka tidak, mereka adalah wali-wali Allah, mereka tidak merasa takut dan bersedih." (Riwayat Ahmad, di-shahih-kan Al-Albani dalam Shahihut Targhib 3027)
 

Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya di surga terdapa pilar-pilar dari yakut, di atasnya ada kamar-kamar dan zamrud. Kamar-kamar ini memiliki pintu yang terbuka dan bersinar seumpama mutiara." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah penghuninya? " Beliau menjawab, "Orang-orang yang saling mencintai karena Allah, orang-orang yang duduk bersama karena Allah dan orang-orang yang bersua karena Allah." (Riwayat Al-Bazzar, dilemahkan oleh Al-Albani dalam At-Targhib dan di-hasan-kan oleh para pen-tahqiq At-Targhib).




SURAT CINTA : 

jatuh dan bangun..segalanya terubat kerana anda semua. pahit dan manis, semuanya tidak menjadi tawar kerana anda semua. dan saya menyayangi anda semua. LillahiTaala. 


ILOVEYOU

Tuesday, 1 January 2013

Menu 2013


Assalamualaikum semua..

Alhamdulilah.. Tabir 2012 sudah tertutup dan 2013 sudah tiba. Setelah 365 hari perjalanan beliau akhirnya berjumpa destinasi.  1 Januari 2013, tibanya Tahun Baru versi omputeh, genaplah 23 tahun umur saya. Alhamdulilah. Saya tak sambut tahun baru, saya meraikan ulangtahun diri sendiri. Happy birthday  to  me *nyanyi sendiri. Hohoho..ok-ok tak nak cite hal besday lagi.nanti makin panjang.yang tu lain entry aje. *bajet la tu ada orang nak baca. hehe

Tertarik untuk saya kongsikan disini, perbezaan yang jelas kelihatan. Kalau dulu saya hanya tahu setiap malam sebelum tahun-tahun menutup tirai dan tahun baru datang. Pastinya percikan bunga api dan juga majlis joget-joget yang menjadi pemeriah suasana. Versi omputeh katekan. Yang makan belacan pun busy nak jadi omputeh celup. Huhuhu… tapi alhamdulilah. Semalam, tirai 2013 dibuka dengan alunan zikir dan juga puji-pujian untuk NYA. Majlis yang diadakan bukan untuk meraikan Tahun baru tetapi sebagai alternatif untuk menarik anak-anak muda mendekatkan diri dan kembali ke jalanNYA. Walaupun tidak ada siaran langsung di tv tetapi alhamdulilah, walaupun tiada liputan meluas tetapi  lautan ribuan manusia yang dahagakan ilmu hadir. Di khabarkan 120,000 orang yang hadir   walaupun ada 7 lagi program sambutan tahu baru di tempat lain mlm tadi. hasil usaha mereka-mereka yang memanfaatkan fb dan juga teknologi-teknologi yang ada untuk terus menyampaikan dakwah. mereka yang dirumah juga dapat melihatnya.  sebelah tempat dibuka dengan dentuman ''let's get party'' & sebelahnya pula lagi dibuka dengan alunan zikir dan makanan rohani. 

Memetik kata-kata IMAM MUDA Asyraf   

''Malam Tahun Baru 2013 ada pelbagai menu..pilihlah menu yg mengenyangkan hati, dan menenangkan kita selepas menjamahnya..krn apa yg kita makan akan menjadi darah daging kemudiannya..org yg sayang Nabi SAW, bijak memilih menunya'' 

Tahniah buat mereka-mereka yang bijak memlilih menu. bak kata UAI ''orang muda geng kita'' ~ 


Subahanallah..Tanpa bunga api, tanpa jogek2,tanpa seksi2, hanya laungan takbir pun 120,000 orang yang hadir..saya yang tengok di laptop ni pun rasa rugi tak dapat g, bila baca perkongsiaan dari sahabat-sahabat di fb. Alhamdulilah. sinar ISLAM makin menyinar kita bumi ALLAH. Allahuakbar ! Selain dari para-para Ulama, rakan-rakan artis yang sudah pun berhijran juga turut sama berada di sana. disini ada beberapa keratan dan perkongsiaan dari sahabat-sahabat di FB yang boleh saya kongsikan. 



Pierre Andre : Ustaz,nanti kalau saya buat filem dakwah, sudi tak ustaz berlakon dalam filem saya?

UAI : Saya akan berlakon kalu filem nie macam filem tantanic dan heroinnya mesti muda, cantik dan putih... (UAI bergurau sokmo malam tadi, kikiki3).

UAI: Apabila ada mana2 artis atau kawan2 kita yang hendak berubah, maka kita bantulah meraka, jangan kutuk mereka, bersangka baiklah dengan mereka. (ini tidak orang melayu suka dengki.. Dulu masa dia laro/lalai dsb tidak ada pula yang kutuk dia dsb)

UAI: Pierre Andre biasanya buat filem (rakaman filem) pakai apa, yang warna ke hitam putih.

Pierre Andre: saya guna yang warna.

UAI: Ooo ia ke, saya tidak guna yang warna tapi saya guna yang digital. Kikiki3 :)

UAI: Oleh kerana awak ada kelebihan dalam mengarah drama dan filem.. Buatlah banyak2 drama dan filem Islamik ya.

Pierre Andre: Ustaz apa hukum jika dalam berlakon drama dia kata aku ceraikan kamu. Sedangkan isteri yang betulnya di rumah.

UAI: Jika "kamu" itu di maksudkan hanya isteri dalam lakonan itu tidak jatuh talak isteri yang betul di rumah.

Tapi jika drama itu dia cakap ke kawan dia, "Aku cerai dah isteri aku...." Walaupun yang dia maksudkan isteri dalam drama sahaja yang dia ceraikan tapi yang jatuh talak adalah isteri yang di rumah sana ya..


Perkongsiaan ini saya ambil di Page : Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus

Jadi sambil-sambil berfb tu bolehlah jenguk-jengul laman web ni ye. sambil berFB sambil belajar gtu. ha..baru masa tak terbuang mcm tu je. ok?


 SURAT CINTA :

sayang-sayang semua, bertambahnya tahun-tahun sama ada dalam kalendar islam atau juga versi omputeh. semua tu tak berguna jika masih ditakuk lama. menyalahgunakan ''alaf baru'' untuk kembali di zaman purba. maju mundurnya diri kita terletak pada bagaimana kita mengubah apa yang seharusnya diubah dan apa yang tidak. di dunia ini tiada manusia yang berjaya bersih dari kisah silam, dan tiada manusia yang penuh dosa tidak mempunyai masa depan. siapa kita di mata DIA bukanlah dari pujian dan redha manusia.

“Perkara yang paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah ” - Ibn Mas’ud.
renung-renungkan dan selamat memulakan perjalanan ke destinasi CINTA untuk bersamaNYA. InshaaALLAH.