Thursday 29 November 2012

hai ubat hai ubat ~

Assalamualaikum semua..


Jika anda adalah golongan-golongan diatas, meh luangkan masa 5 minit untuk baca apa yang ingin saya kongsikan disini. tadi selepas temuduga *nak jugak cite bagi sedap cite.huhu.. saya sempat singgah dibooth yang memberi penerangan mengenai ubat-ubatan dan dipamerkan untuk para pengunjung melihat dan memeriksa jenis-jenis ubat yang tidak berdaftar dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. jika anda rakyat Terengganu yg berdekatan dgn Bandar Kuala Terengganu, sambil-sambil nak shopping tu kt pasaraya Giant Bandar Kuala Terengganu,bolehla singgah ke booth yang berada dihadapan kedai kasut Bata. alah..nanti mula-mula masuk terus dah nampak. mana tahu ada ubat-ubat yang anda ambik selama ini terlepas pandang. makan hari tak sakit lg, esok lusa belum tahu kesannya dah terlambat? 

jadi nak dipendekkan cerita, tadi sempat ambik beberapa maklumat mengenai ubat-ubatan yang sedikit sebanyak boleh membantu. jom skodeng2 *maaf atas kualiti gambar yang kureng photogenik =_=''






bukan ini sahaja, sebenarnya banyak lagi maklumat yang terdapat dalam risalah yang diberi, jadi jika anda semua nak tahu lebih lanjut lagi dan juga untuk rujukan bolehlah ke sini : 


SURAT CINTA :

Kesalahan Menjual Ubat Tidak Berdaftar Hukuman di bawah Akta Jualan Dadah 1952 :

DENDA RM25,000 atau PENJARA tidak melebihi 3 tahun atau keduanya sekali.
DENDA RM50,000 atau PENJARA tidak melebihi 5 tahun atau keduanya sekali.

  

Tuesday 27 November 2012

Don't be sad.

Assalamualaikum semua.. 



 SURAT CINTA : 
Allah S.W.T will never take anything away from you without the intention of replacing it with something much better.everything happens for a reason. Janji ALLAH itu pasti. IN SHAA ALLAH.

Saturday 24 November 2012

Past & Future.

Assalamualaikum semua.. 

Dear,
siapa anda untuk mengadili hidup manusia lain?
bercakap seolah-olah diri terlalu sempurna.
tiada garisan parut pun dalam diri. 
bicara sinis bercampur gurauan, 
belum lagi santapan daging 
saudara sendiri yang setiap hari menjadi makanan.
kamu lalui apa yang dia laui?
kamu rasai apa yang dia rasai?
jika tidak, lihat jari yang kamu tunding.
renung bait kata-kata yang kamu tutur,
apa kamu juga tidak punya saudara mara?keluarga?
bagaimana jika kamu ditempat mereka?
seronok bergelak tawa atas kehinaan orang lain 
atau mungkin juga kamu tidak nampak langkah yang dia 
hayun memerlukan teman untuk dia berpaut? 
sedarlah, dia yang kau hina sebenarnya untuk kau bimbing.bukan untuk dibiar terumbang-ambing~


 SURAT CINTA :
 they may have heard about your stories but they never once felt what was felt in your heart. no one has the right to judge you because no one really knows what you've been through.


Thursday 22 November 2012

The Best Listener.

Assalamualaikum semua.. 



SURAT CINTA : 

Barangsiapa yang tidak sanggup atau tidak berani menguasai dirinya, jangan harap dia sanggup menguasai orang lain,bukan keberanian kalau hanya sanggup berkelahi dengan macan, tetapi keberanian ialah kesanggupan berkelahi dengan kehendak nafsu. - HAMKA-


Tuesday 20 November 2012

Saudara Baru

Assalamualaikum semua..

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana kita dilahirkan dalam nikmat islam. diluar sana masih ada mereka-mereka yang mencari kiblat. tetapi bersyukurkah kita dengan nikmat islam ini?isu perkahwinan campur antara orang islam dan juga individu beragama lain bukan lagi tabu dalam kalangan kita. Saudara baru tersebut boleh jadi dari bangsa Cina, India, Inggeris dan lain-lain yang asalnya beragama Hindu, Kristian, Budha dan sebagainya. malahan tidak dinafikan saudara baru yang terbuka hatinya memeluk islam kerana kesedaran dan kecintaan terhadap islam menjadi seorang muslim yang jauh lebih baik berbanding mereka yang telah dilahirkan dalam nikmat islam.

saya ada terbaca di laman blog Ustaz Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang mana juga merupakan seorang mualaf dan kini menjadi pendakwah yang terus menyebarkan benih cintanya terhadap islam kepada kita semua :

ISTILAH mualaf atau orang yang memeluk Islam disebut dalam al-Quran. Ini bermakna, menjadi mualaf atau gelaran mualaf itu adalah satu kemuliaan kerana mereka ibarat kanak-kanak yang baru lahir, bersih daripada dosa dan noda. Mualaf bukanlah golongan kelas kedua atau ketiga, tetapi mereka adalah golongan istimewa yang perlu diberikan perhatian. Malangnya, golongan ini selalu dilupakan. Ingatan Allah SWT yang bermaksud:
Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang menguruskannya dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. (Surah At-Taubah: 60)
Mualaf berhak mendapat apa-apa yang sepatutnya menjadi hak mereka, tanpa mengira usia, warna kulit, latar belakang, kaya atau miskin. Surah At-Taubah, ayat 60 seperti yang dipetik di atas, tidak menjelaskan mualaf itu kaya atau miskin, muda atau tua, yang penting mereka layak dan berhak untuk dibantu melalui wang zakat, di samping bimbingan dan tunjuk ajar. Perbuatan menghina atau memandang rendah terhadap mereka dilarang sama sekali.
buat diri sendiri & juga teman-teman : 
Saudara baru yang berkahwin dengan orang Islam memerlukan didikan agar kecintaan dan kefahamannya kepada Islam akan bertambah subur hari demi hari. Tetapi kesilapan yang dilakukan oleh segelintir umat Islam telah menyebabkan nama baik agama turut tercalar kerana bagi saudara baru, apa yang ditemui dari pasangannya dan cara pergaulannya adalah gambaran kepada ajaran Islam dan ia memberi kesan besar kepada mereka dalam menilai apakah sebenarnya Islam yang suci ini. 
dalam contoh yang lebih mudah, pastinya anda semua pernah menonton drama-drama melayu yang mana apabila seorang muslim A berkahwin dengan pasangannya Si B yang berbeza agama. si A ni pulak yang lebih baratnya dari si B. apa yang kita takutkan adalah jika hal ini berterusan tidak mustahil berlakunya kes perceraian dan kembali ke agama asalnya kerana kerana mereka tidak mendapat sokongan moral, bahkan tidak dapat melihat kecantikan Islam daripada pasangan yang dikahwininya. alangkah manisnya jika pasangan ini sama-sama belajar agama. dalam masa yang sama juga dapat  belajar untuk menjadi muslim yang lebih baik.

oleh itu, janganlah golongan ini dipandang hina.mereka juga seperti kita. darah mereka merah seperti kita. seharusnya kita rasa malu kerana kita yang sudah lahir dalam nikmat islam ini sendiri tidak kehausan ilmu seperti mereka. seperti yang Ustaz Ridhuan Tee sebut dalam artikel beliau ''Mualaf tidak boleh dipandang hina. Jika mereka memerlukan latihan, berikanlah latihan, jika mereka kurang ilmu, maka berikanlah ilmu, jika mereka memerlukan apa-apa jua bantuan, berikanlah kerana mereka berhak.''  Semoga kita semua bersatu hati dan saling berpaut kerana Lillahitaala. Allahuakbarr!


SURAT CINTA : 

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a : “Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.” (al-Bukahri)

Monday 19 November 2012

GAZA

Assalamualaikum semua..



SURAT CINTA : 
Sayangku, kau masih mampu tersenyum saat kematian menjemputmu. Ya, kau tersenyum kerana melihat tempatmu di syurga. Bahagialah kau di sana”- Imam Muda Hassan

darah saudara kita sedang mengalir disana. kita disini?tempat mereka sudah pasti disyurga. kita? Allahuakbar. Semoga Gaza kembali aman. aminn~

Friday 9 November 2012

GPMS SINGA PERJUANGAN BANGSA

Assalamualaikum semua..

 Pernah membaca keratan akhbar ini? 


Di era globalisasi ini, pemakaian tanjak hanya dapat dilihat oleh generasi masa kini hanya di majlis-majlis perkahwinan atau juga didalam drama-drama melayu lama. jika pakaian barat ''skinny jeans'' kita agung-agungkan, cuba telusi kembali keunikan yang kita miliki tetapi hanya kita pandang sebelah mata. kini segalanya dihidupkan kembali dengan adanya generasi yang masih lagi menyanjung tinggi apa yang nenek moyang kita tinggalkan pada kita untuk dijaga.siapa mereka?apa yang mereka perjuangkan? mereka bukan pelakon teater bangsawan atau juga generasi alaf baru yang tenggelam dalam rimbunan teknologi dunia tetapi mereka adalah : 



Sejarah penubuhan GPMS Caw Khas UNISEL Bestari Jaya



Pada tanggal 24 Februari 2008, GPMS Cawangan Khas UNISEL Bestari Jaya secara rasminya telah ditubuhkan oleh Saudara Mohd Haidir Anuar Bin Zubir yang juga merupakan Pengerusi Penaja GPMS Caw Khas UNISEL Bestari Jaya. Pada ketika itu, beliau telah dibantu oleh 4 orang ahli jawatankuasa penaja iaitu saudara Abdul Taib B Maerad, saudara Khairul Zaman B Mohd Nor, Saudara Ahmad Zahry Iswandi B Yunus serta saudara Mohd NorHazri B Abu Bakar. Kesemua mereka inilah yang telah membawa dan memainkan peranan terhadap penubuhan GPMS di UNISEL.

 Abang Long Haidir ( Mohd Haidir Anuar Bin Zubir )

Saudara Ahmad Zahry Iswandi B Yunus 

Tujuan penubuhan GPMS ketika itu adalah untuk menyatukan seluruh tenaga mahasiswa Melayu di UNISEL. Ini adalah selari dengan prinsip 4 sedar yang menjadi teras perjuangan GPMS iaitu:

SEDAR - atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar Melayu di Semenanjung Tanah Melayu

SEDAR - akan kemunduran kami di alam pengetahuan

SEDAR - atas kewajipan kami untuk meningkatkan darjat pengetahuan bangsa

SEDAR - bahawa maju mundur, kaya miskin, dan hina mulianya bangsa itu terletak ditangan kami

Diatas rasa tanggungjawab dan kesedaran terhadap prinsip inilah yang telah menyebabkan GPMS Caw Khas UNISEL Bestari Jaya perlu ditubuhkan. Di awal penubuhan, GPMS Caw Khas UNISEL Bestari Jaya telah menempuh pelbagai rintangan dan halangan. Ia termasuk penentangan daripada pelbagai pihak yang memandang penubuhan ini sebagai alat perkauman dan pelbagai tohmahan yang telah dilemparkan ke atas penubuhan ini. Kertas cadangan penubuhan ini pada awalnya telah ditolak oleh pihak atasan sebanyak 3 kali. Namun itu, pelbagai usaha telah dijalankan antaranya mendapatkan sokongan daripada Presiden GPMS Kebangsaan, dato' Reezal Merican Naina Merican. Hasil berkat usaha pengerusi dan ahli jawatankuasa serta rahmat daripada Allah SWT, akhirnya GPMS Caw Khas UNISEL Bestari Jaya ditubuhkan. Prof Dato Dr Razali B Agus yang ketika itu merupakan Naib Canselor UNISEL telah meluluskan penubuhan ini.

Selepas itu, GPMS Caw Khas UNISEL Bestari Jaya julung kalinya mengadakan program iaitu program "Perjumpaan Mahasiswa Melayu". Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan GPMS disamping memberi pendedahan dan kesedaran mengenai kepentingan menuntut ilmu. Perjuangan GPMS bukanlah bersifat materialistik dan politik semata-mata, dasar yang diperjuangkan adalah untuk membela dan menjaga hak mahasiswa Melayu di UNISEL Bestari Jaya. Pendirian yang dipegang GPMS Caw Khas UNISEL Bestari Jaya adalah menolak politik partisan atau dengan kata lain tidak berpihak kepada mana-mana badan politik diluar. Penubuhan ini juga diwujudkan atas kesedaran yang wujud dalam diri terhadap memperjuangkan pendidikan mahasiswa Melayu selain menjadi platform kepada penyatuan mahasiswa. Kesedaran ini wujud kerana persekitaran di UNISEL sendiri iaitu kebanyakkan mahasiswa Melayu UNISEL ketinggalan dalam bidang akademik disamping ketandusan daya kepimpinan.

Jadi sebagai usaha kearah membendung permasalahan ini, barisan penggerak GPMS Caw Khas UNISEL Bestari Jaya merasakan penubuhan ini adalah relevan dan rasional. Dalam erti kata lain, penubuhan ini dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada mahasiswa melayu UNISEL Bestari Jaya tetapi keseluruhan warga termasuk pentadbiran UNISEL. untuk mendokong cita-cita untuk melahirkan mahasiswa yang berketerampilan, GPMS Caw Khas UNISEL Bestari Jaya akan berusaha seupaya mungkin bagi mencapai hasrat mengikut konteks UNISEL.

Baru-baru GPMS UNISEL BJ telah tercalon dalam senarai GPMS CAW KHAS TERBAIK bersama-sama GPMS UITM MACHANG dan GPMS UTEM..penyampaian anugerah telah disampaikan oleh Datin Seri Rosmah Mansur pada 21 Oktober di UPM sempena perasmian seminar motivasi SPM dan pelancaran Dana Ibunda Pendidikan Negara.Di majlis tersebut GPMS UITM MACHANG telah memenangi Anugerah Khas Presiden GPMS CAW. KHAS TERBAIK. Alhamdulilah, walaupun tidak mendapat sebarang tempat, kejayaan menempatkan diri diantara 3 finalis terbaik sudah jelas membuktikan segala usaha penat lelah mereka yang terdahulu dan pelapis yang ada berjaya menempatkan GPMS UNISEL BJ diantara cawangan yang terbaik.


  
Finalis Anugerah Khas Presiden (GPMS CAWANGAN KHAS TERBAIK 2012)

Pelbagai kejayaan & program yang telah dijayakan ahli-ahli GPMS UNISEL BJ atas tali yang dipaut kukuh dengan ikatan ''belajar terus belajar''

Pertandingan bowling anjuran GPMS  Uiam.
Karnival Sukan GPMS Unisel BJ

Pasukan Bola Sepak Unisel Bestari Jaya.
 Program Pemerkasaan Pemimpin Mahasiswa Dan  Pengurusan GPMS Caw.Khas


Penyerahan Netbook 1Malaysia daripada GPMS Selangor kepada  YDP GPMS Caw Khas Unisel Bestari Jaya Saudara Mohd Abu Al Ghida Bin Jamaluddin.Disaksikan oleh Yang Berhormat Dato’ Ir Mohamed Busho Mat Johor, ADUN Paya Jaras serta Kepimpinan GPMS Selangor.

Baru-baru ini, ketika berlangsungnya Adat Istiadat Konvokesyen Ke-7 Universiti Industri Selangor (UNISEL)  para Alumni GPMS Unisel BJ telah disambut  oleh hulubalan-hulubalang Perkasa GPMS yang segak berbusana Melayu dan bertanjak diluar Dewan Utama Unisel BJ. sesuatu yang pastinya tidak akan anda temui dimana-mana universiti lain diluar sana. 

bukan ini sahaja, untuk mengenali dan menyelusuri lebih banyak lagi pengalaman dan aktiviti menarik yang telah dijalankan oleh GPMS UNISEL BJ anda juga boleh melawati laman page fb  ini : GPMS UNISEL BJ.



SURAT CINTA :

Timbulnya Gabungan Pelajar Melayu,
Setelah menempuh halangan,
Bahagia hendaknya memimpin pelajar,
Bagi ibu kandungan .
Kekal berpanjangan, khidmat mulia,
Dengan tulus dan setia,
Cekal bersatu lambang kita,
Menuntut hingga berjaya

Allahyarham Aminuddin Baki ada menyebut beliau tidak kesal sekira bangsanya menitiskan "air mata darah bercampur keringat" tetapi tidak mahu bangsanya menitiskan "air mata darah bercampur kekesalan" akibat kealpaan mereka sendiri. Jangan merelakan bangsa Melayu "ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan" menjadi kenyataan. Semoga Singa GPMS akan terus mengaum untuk membela anak bangsa. GPMS SINGA PERJUANGAN BANGSA. InsyaAllah. Allahuakbar !



*saya tidak hanya belajar ketika didalam kuliah tetapi juga dihutan.mahu tahu?jom jenguk disini:


Wednesday 7 November 2012

Kerana Lidah

Assalamualaikum semua.. 

"... Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah Ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan di Akhirat. Dan Allah Ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya..." [HR Muslim]

Hadis ini menyeru kita untuk memelihara keaiban orang lain. Sebagai timbal balik, Allah akan menutup keaiban kita di dunia dan di Akhirat. Subhanallah! Masihkah kita berhajat untuk mencanangkan dosa orang lain sehingga Allah juga akan membuka keaiban kita nanti?

Malulah kepada Allah, takutlah kepada ancaman Allah. Jika kita hanya malu kepada manusia, kita tidak akan malu berbuat dosa di belakang mereka. Namun jika kita malu kepada Allah, kita akan sentiasa memelihara diri daripada dosa, dalam terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.

Waspadalah akan firman Allah:
"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui." [Surah an-Nuur: 19]

Apabila Allah telah menutup keaiban kita, janganlah pula kita yang membukanya. Setelah selesai dosa sembunyi-sembunyi kita, janganlah diceritakan kepada orang lain. Renungilah sebuah hadis di bawah:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A ia berkata,
"Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah." [Muttafaqun 'alaih HR Bukhari dan Muslim]

  

SURAT CINTA :
Kalau Allah membuka segala dosa yang kita lakukan sembunyi-sembunyi baik dalam pandangan, pendengaran, perbuatan, ataupun lintasan hati, nescaya tidak akan ada pun manusia yang mahu memuji kita.Jasad kita adalah amanah pinjaman dari-Nya. Sampai waktu, ia tetap akan dikembalikan. kita tidak tahu bagaiman pengakhiran diri sendiri, jadi bagaimana kita boleh mengadili pengakhiran orang lain? -MUHASABAH DIRI SENDIRI-